Supermarine Spitfire
Spitfire | |
---|---|
| |
Peranan | Pejuang |
Pengeluar | Supermarine |
Direka oleh | R. J. Mitchell |
Penerbangan sulung | 6 Mac 1936[1] |
Mula digunakan | 4 Ogos 1938[1] |
Dihentikan | 1955 |
Pengguna utama | Tentera Udara Diraja Britain |
Dikeluarkan | 1938–1948 |
Jumlah dibina | 20,351[2] |
Kos seunit | £12,604 (1939)[3] |
Kelainan | Seafire Spiteful |
Supermarine Spitfire merupakan pesawat pejuang satu tempat duduk yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain dan kebanyakan negara Berikat semasa Perang Dunia II.
Sayap melengkung berbentuk bujur Spitfire memberikan bentuk yang jelas berbeza; keratan rentasnya yang nipis meningkatkan kelajuannya; reka bentuk pintar oleh Ketua Rekabentuk R.J. Mitchell dan yang selepasnya (dia meninggal pada tahun 1937) bererti Spitfire digemari oleh juruterbangnya. Ia berkhidmat sepanjang Perang Dunia II, dalam semua medan peperangan, dan dalam pelbagai variasi.
Lebih daripada 20,300 contoh pelbagai variasi di bina, termasuk pesawat latihan dua tempat duduk, dengan sebahagian Spitfire kekal dalam perkhidmatan sehingga pertengahan 1950-an.
Pesawat ini digelar Spitfire oleh Sir Robert MacLean, pengarah Vickers pada masa itu, dan apabila mendengar ini, Mitchell dilaporkan berkata, "...jenis nama bodoh yang mereka berikan padanya - (...sort of bloody silly name they would give it.)" Perkataan tersebut berasal daripada zaman Elizabethan dan merujuk kepada seseorang yang bengis, berkepala angin (fiery, ferocious', biasanya wanita. Nama tersebut pernah digunakan secara tidak rasmi bagi rekabentuk F.7/30 Jenis 224 Mitchell terdahulu.
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Ketua Rekabentuk Supermarine, R.J. Mitchell telah memenangi tiga perlumbaan kapal terbang laut Tropi Schneider dengan pesawatnya, dengan menggabungkan enjin Napier atau Rolls Royce yang berkuasa dengan tumpuan terperinci pada streamlining. Kualiti yang sama juga terbukti juga berguna pada reka bentuk pejuang, dan pada 1930 Mitchell menghasilkan kapal terbang sebegitu sebagai jawapan kepada permintaan Kementerian Udara (Air Ministry) bagi pesawat pejuang bersayap tunggal yang baru dan moden.
Cubaan pertama membina pesawat pejuang menghasilkan kapal terbang sayap tunggal terbuka dengan sayap-gull dan and a large fixed spatted undercarriage. Supermarine Jenis 224 tidak mencapai prestasi yang diharapkan; juga kesemua rekaan yang bersaing yang turut dianggap gagal.
Mitchell serta merta mengalih perhatiannya kepada rekaan yang diperelok sebagai usaha peribadi, dengan sokongan Vickers, pemilik Supermarine. Rea bentuk baru menambah gear penarik (retraction), kokpit tertutup, peralatan oksigen, dan enjin Rolls Royce PV-12 yang lebih berkuasa, kemudiannya dinamakan Merlin.
Pada tahun 1935 Kementerian Udara telah melihat peningkatan dalam kemajuan bagi mencuba reka bentuk sayap tunggal semula. Mereka menolak reka bentuk baru Supermarine berasaskan bahawa ia tidak membawa beban lapan laras mesingan yang diperlukan, dan kelihatannya tidak mempunyai ruang bagi membawanya.
Sekali lagi Mitchell berjaya menyelesaikan masalah ini. Ia dicadangkan bahawa dengan melihat pada pelbagai kapal terbang Heinkel, dia memutuskan penggunaan penggunaan planform melengkung, yang mempunyai legih banyak chord bagi membenarkan lapan mesingan yang diperlukan, sementara mengekalkan seretan rendah yang terdapat pada rekaan sayap terdahulu yang lebih ringkas. Beverley Shenstone, pakar aerodinamik Mitchell, bagaimanapun, menegaskan bahawa sayap Mitchell bukanlah salinan langsung daripada Heinkel He 70, sebagaimana didakwa oleh sesetengah orang; sayap Spitfire lebih nipis dan mempunyai seksyen yang berlainan. Walau bagaimanapun, sayap melengkung (elliptical) memenuhi syarat Kementerian Udara bagi Jenis 300, yang mereka biayai sebagai F.10/35.
Penerbangan prototaip pertama adalah pada 5 March 1936. Prestasinya sehinggakan Kementerian Udara serta merta menempah 310 buah. Pada ketika itu, ia masih "di uji" oleh juruterbang ujian Vickers, walaupun sebelum kapal terbang itu diserahkan kepada mereka bagi ujian mereka sendiri.
Ciri-ciri rekabentuk terakhir Spitfire yang seringkali disebut-sebut oleh juruterbangnya adalah ciri-ciri washout, yang luar biasa pada masa itu. Kejadian di mana sayap +2° pada pangkalnya dan −½° pada hujungnya. Lengkungan ini bererti pangkal sayap akan stall sebelum hujung [1], mengurangkan kemungkinan saat pusingan merbahaya semasa stall yangdikenali sebagai putar (spin). Ramai juru terbang beruntung daripada ciri ini semasa bertempur ketika membuat pusingan ketat hampir kepada had kapal terbang kerana apabila pangkal sayap stall ia menjadikan kayu pengawal bergegar memberikan amaran kepada juru terbang bahawa dia menghampiri had prestasi kapal terbang.
Spesifikasi (Spitfire Mk Vb)
[sunting | sunting sumber]Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 29 kaki 11 in (9.12 m)
- Rentang sayap: 36 kaki 10 in (11.23 m)
- Tinggi: 11 kaki 5 in (3.86 m)
- Sayap luas: 242.1 kaki² (22.48 m²)
- Aerofoil: NACA 2200
- Berat kosong: 5,090 lb (2,309 kg)
- Berat berisi: 6,622 lb (3,000 kg)
- Berat berlepas maksimum: 6,770 lb (3,071 kg)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 378 bsj, (330 knot, 605 km/j)
- Jejari bertempur: 410 batu nautikal (470 batu, 760 km)
- Jarak maksimum: 991 batu nautikal (1,140 batu, 1,840 km)
- Lelangit khidmat 35,000 kaki (11,300 m)
- Kadar kenaikan: 2,665 kaki/min (13.5 m/s)
- Beban sayap: 24.56 lb/kaki² (119.91 kg/m²)
Persenjataan
- Meriam: Mk I, Mk II, Mk VA
- 8x 0.303 inch (7.7 mm) Mesingan Browning, 350 butir peluru bagi setiap meriam
Versi selepasnya (pada VB)
- 2× 20 mm (0.787 in) meriam Hispano Mk II, 60 (kemudian 120 (Mk VC) butir setiap meriam
- 4× 0.303 inch (7.7 mm) Mesingan Browning, 350 butir bagi setiap meriam
- Bom:
- 2× 250 lb (110 kg) bom
Variasi
[sunting | sunting sumber]Terdapat 24 jenis Spitfire dan pelbagai sub-variati.
Versi Tentera laut
[sunting | sunting sumber]Terdapat juga Spitfire versi Tentera laut yang dikenali sebagai Seafire.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Supermarine Spitfire. |
- The Spitfire Society Diarkibkan 2008-02-24 di Wayback Machine
- Alan Le Marinel hosts Supermarine Spitfire
- Spitfire Performance Testing
- Pacific Spitfires
- Warbird Alley: Spitfire page - Information about Spitfires still flying today
- K5054 - Supermarine Type 300 prototype Spitfire & production aircraft history
- Spitfire/Seafire Serial Numbers, production contracts and aircraft histories Diarkibkan 2008-01-28 di Wayback Machine
- The Supermarine Spitfire in Indian Air Force Service Diarkibkan 2007-12-06 di Wayback Machine
- The Spitfire: Seventy Years On - Includes images of the factory Diarkibkan 2006-09-25 di Wayback Machine
- The Spitfire Site
- Spitfire Mk VIII Diarkibkan 2006-10-14 di Wayback Machine and Mk XVI Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine - Temora Aviation Museum page
- Airworthy Spitfires
- Supermarine Spitfire - History of a legend (RAF Museum)
- Article that presents the Norwegian history of famous Spitfire ML407 - The Grace Spitfire
- Spitfire restoration.com
- Airframe Assemblies.co.uk ; Company set up by ex-aviation archaeologist Steve Vizard manufacturing new components for Spitfires and for other aircraft types
- Spitfire IIA & IIB Pilot's Manual; Pdf file
- Spitfire IX, XI, XVI Pilot's Manual; Pdf file
- Spitfire Pilots, articles about Spitfires and its pilots