Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/23 April
Penampilan
23 April: Hari Buku Sedunia; Hari St George di pelbagai negara; Hari Kanak-Kanak di Turki.
- 1014 – Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf.
- 1661 – Charles II dimahkotakan sebagai Raja England, Ireland dan Scotland di Westminster Abbey.
- 1827 – Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton mengemukakan Teori Sistem Sinarannya, membantu membuktikan teori gelombang cahaya.
- 1923 – Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di Teluk Gdańsk, di barat daya Laut Baltik.
- 1968 – Para pelajar Universiti Columbia di Bandar Raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
Hari-hari sebelum: 22 April – 21 April – 20 April