Pergi ke kandungan

Wikipedia:Calon rencana pilihan/2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piala AFF 2010 (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan) 15:56, 21 Disember 2022 (UTC)'[balas]
Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2010.

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 merupakan edisi kelapan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Suzuki. Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010, di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.


Revolusi Jingga (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan) 11:25, 25 Oktober 2022 (UTC)'[balas]
Penunjuk perasaan berpakaian serba jingga berkumpul di Dataran Kemerdekaan.

Revolusi Jingga (Bahasa Ukraine: Помаранчева революція) ialah satu siri tunjuk perasaan dan peristiwa politik yang berlaku di Ukraine dari akhir November 2004 hingga Januari 2005, sejurus selepas pusingan akhir pilihan raya presiden Ukraine 2004. Pilihan raya itu yang didakwa dicemari oleh rasuah besar-besaran, ugutan pengundi dan penipuan pilihan raya. Kyiv, ibu negara Ukraine, adalah titik tumpuan kempen penentangan awam bagi gerakan itu, dengan beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi setiap hari. Di seluruh negara, revolusi itu diserlahkan oleh beberapa siri tindakan keingkaran awam, duduk-duduk, dan mogok umum yang dianjurkan oleh gerakan pembangkang.


Lee Zii Jia (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan) 11:31, 6 Ogos 2022 (UTC)'[balas]

Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉pinyin: Lǐ Zǐjiā, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan sabahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021.


Daerah Kecil Sadong Jaya (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Wiki Farazi (bincang · sumbangan · log) 4:13 (MST), 30 April 2022
Sebuah sekolah di Sadong Jaya.

Daerah Kecil Sadong Jaya ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya. Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sadong Jaya. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Asajaya. Daerah Kecil Sadong Jaya pernah dikenali sebagai "Pendam" dan daerah perikanan di negeri Sarawak.

Sebelum ini, ia terletak di bawah pentadbiran Daerah Simunjan, tetapi pada tahun 2002, ia berpisah dan bergbaung dengan Daerah Asajaya. Ekonomi utama penduduk setempatan ialah pertanian. Ia memiliki keluasan sebanyak 332.48 kilometer persegi (128.37 bt2) dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Terdapat 24 kampung atau rumah panjang di bawah Daerah Kecil Sadong Jaya. Geografinya terletak di Batang Sadong dan sentiasa terdedah kepada banjir seperti banjir kilat dan banjir monsun. Ia dihubungkan dengan pengangkutan darat seperti kemudahan jalan raya serta pengangkutan air seperti perkhidmatan feri.

Volodymyr Zelenskyy (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan) 11:53, 29 April 2022 (UTC)[balas]
Potret rasmi Zelenskyy, Oktober 2019

Volodymyr Oleksandrovych Zelenskyy (Bahasa Ukraine: Володимир Олександрович Зеленський, IPA: [wɔlɔˈdɪmɪr ɔlɛkˈsɑndrɔwɪtʃ zɛˈlɛɲsʲkɪj], lahir 25 Januari 1978) ialah pelakon, pelawak, pengarah filem dan ahli politik dari Ukraine. Beliau ialah Presiden semasa negara tersebut dan yang ke-6. Zelenskyy merupakan bekas pelawak dan pelakon.

Zelenskyy dibesarkan sebagai penutur asli Bahasa Rusia di Kryvyi Rih, bandar utama Oblast Dnipropetrovsk di tengah Ukraine. Sebelum kerjaya lakonannya, beliau memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang dari Universiti Ekonomi Kebangsaan Kyiv. Beliau kemudiannya mengikuti komedi dan mencipta syarikat produksi Studio Kvartal 95, yang menghasilkan filem, kartun dan rancangan TV termasuk siri TV Sluha Narodu, di mana Zelenskyy memainkan peranan sebagai presiden Ukraine. Siri ini disiarkan dari 2015 hingga 2019 dan sangat popular. Sebuah parti politik yang mempunyai nama yang sama dengan rancangan televisyen itu diwujudkan pada Mac 2018 oleh kakitangan Kvartal 95.


@Ricky250: Rencana dipilih untuk bulan Mei 2022 SNN95 16:35, 30 April 2022 (UTC)[balas]

Leftenan Adnan (filem) (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Fandi89 (bincang · sumbangan · log) 03:02, 28 Februari 2022 (UTC)[balas]

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman (gambar) dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu. Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi diperbaharui filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20.

@Fandi89: Rencana dipilih untuk bulan Mac 2022 SNN95 09:38, 4 Mac 2022 (UTC)[balas]

Terima kasih. Fandi89 (bincang) 12:02, 4 Mac 2022 (UTC)[balas]

Kim Seok-jin (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Wiki Farazi (bincang · sumbangan · log) 04:48, 25 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Kim di Anugerah Budaya dan Seni Popular Korea pada 24 Oktober 2018.

Kim Seok-jin (Hangul김석진) juga dikenali dengan nama pentas iaitu Jin, ialah seorang penyanyi, penulis lagu serta ahli dalam kumpulan BTS sejak tahun 2013 yang berasal daripada Korea Selatan. Kim Seok-jin telah dilahirkan pada 4 Disember 1992, di Gwacheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa dan abangnya. Pada tahun 2007, beliau telah pergi ke kem pengajian di Australia untuk mempelajari bahasa Inggeris. Pada asalnya beliau ingin menjadi seorang wartawan. Tetapi selepas menonton Kim Nam-gil dalam Queen Seondeok, Kim telah memutuskan untuk memilih kerjaya lakonan. Kim pada mulanya berhasrat untuk menjadi seorang pelakon, menghadiri Universiti Konkuk dan menamatkan pengajian dengan ijazah dalam seni dan lakonan pada 22 Februari 2017, dan mendaftar di sekolah siswazah di Universiti Siber Hanyang, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang selain muzik.

Setuju - Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 00:18, 1 Februari 2022 (UTC)[balas]

@Wiki Farazi: Rencana dipilih untuk bulan Februari 2022 SNN95 11:26, 1 Februari 2022 (UTC)[balas]

HEHEHEH Terima Kasih Wiki Farazi bincang 11:28, 1 Februari 2022 (UTC)[balas]

Mohd Faiz Subri (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 04:42, 1 Januari 2021 (UTC)[balas]

Mohd Faiz Subri, ASK, (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Penang F.C. sebagai pemain tengah atau penyerang. Mohd Faiz merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland.

Cadangan rencana pilihan bagi bulan Januari sempena ulang tahun kemenangan Anugerah Puskas Faiz Subri pada Januari 2017. - Ricky250 -(bincang) 04:42, 1 Januari 2022 (UTC)[balas]

Rencana telah terpilih sebagai RP Januari 2022! SNN95 15:02, 15 Januari 2022 (UTC)[balas]

Johor Darul Ta'zim FC (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 12:45, 23 Disember 2021 (UTC)[balas]
Logo Johor Darul Ta'zim.

Johor Darul Ta'zim Football Club atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Kalajengking. Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Cadangan rencana pilihan bagi bulan Disember. - Ricky250 -(bincang) 12:45, 23 Disember 2021 (UTC)[balas]

Rencana telah terpilih sebagai RP Disember 2021! SNN95 04:43, 24 Disember 2021 (UTC)[balas]

Age of Empires (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: EmpAhmadK (bincang · sumbangan · log) 06:49, 12 Oktober 2021 (UTC)[balas]
Logo Age of Empires.

Age of Empires (Jawi: ‏ءيج ءوف ايمڤايرس‎‎; Melayu: lit. Zaman Empayar) ialah satu siri permainan video strategi masa nyata berdasarkan sejarah, yang awalnya dikembangkan oleh Ensemble Studios dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios (dahulunya Microsoft Studios). Permainan pertamanya ialah Age of Empires yang diterbitkan pada tahun 1997. Lapan jumlah permainan dalam siri ini telah dikeluarkan.

Permainan pertama di dalam siri ini, Age of Empires memfokuskan pada peristiwa di Eropah, Afrika dan Asia, merangkumi Zaman Batu hingga Zaman Besi; pek tambahannya pula memasuki tentang pembentukan dan pengembangan Empayar Rom. Sekuelnya, Age of Empires II: Zaman Raja-raja, ditetapkan pada Zaman Pertengahan, sementara pek tambahannya tertumpu sebahagian daripada penaklukan Sepanyol di Mexico, selain daripada beberapa tamadun lain. Permainan ketiganya, Age of Empires III menerokai zaman moden awal, ketika Eropah menjajah Amerika dan beberapa negara Asia mengalami kemerosotan. Keluaran utama keempat dalam siri ini, Age of Empires IV, sedang dalam proses pembangunan. Francais Age of Empires turut mempunyai keluaran sampingan bernama Age of Mythology, yang ditetapkan pada masa yang sama dengan permainan Age of Empires yang pertama, tetapi memfokuskan pada unsur mitologi tamadun Yunani, Mesir, dan Norse.

Cadangan rencana pilihan bagi bulan Oktober, sempena pengeluaran Age of Empires IV pada 28 Oktober ini. EmpAhmadK - (bincang) 06:49, 12 Oktober 2021 (UTC)[balas]


Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Hanamanteo (bincang) 17:07, 11 Oktober 2021 (UTC)[balas]
Kebakaran besar di sekitar kawasan terlibat rusuhan.

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang telah berlaku selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Rusuhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara pihak kuil dengan pihak pemaju iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Kesannya, insiden rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Rusuhan ini telah pun mendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massa Malaysia.

Boleh ditampilkan pada bulan November nanti. Hanamanteo (bincang) 17:07, 11 Oktober 2021 (UTC)[balas]

  • Separuh menyokong: Walaupun rencana ini dianggap bagus jika ditampilkan bagi memperingati tragedi hitam itu, supaya tidak akan berulang lagi, saya agak keberatan untuk menampilkan rencana ini. Lebih-lebih lagi ahli keluarga berkaitan yang terkesan dengan tragedi ini. Apa-apa keputusan, saya menyokong penuh. SNN95 15:58, 18 Oktober 2021 (UTC)[balas]

Jed (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: PEACE SEARCHΞR [Bincang] 04:05, 29 September 2021 (UTC)[balas]
Sebongkah batu jed.

Jed atau giok ialah batu permata yang terdiri daripada dua jenis galian silikat yang berlainan, iaitu nefrit dan jadeit. Jed nefrit terdiri daripada galian aktinolit, sejenis amfibol yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos). Batu yang dikenali sebagai jadeitit pula terdiri hampir sepenuhnya dari jadeit, sejenis mineral piroksen yang kaya dengan natrium dan aluminium. Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Batuan jed juga banyak diterapkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia, terutamanya dalam kebudayaan Asia Timur zaman kuno dan pertengahan. Selain itu, pembudayaan batuan jed juga berlaku dalam kebudayaan-kebudayaan seperti peradaban India, Asia Tenggara kuno, Mesoamerika dan etnik Māori.

Kebanyakan sumber jed global kini digali dari kawasan Myanmar yang mengeluarkan kira-kira 70% deposit jed global. Sebilangan besar jadeit Myanmar dieksport ke negara lain, terutama di kawasan Asia untuk digunakan dalam perhiasan serta bahan kesenian. Batuan jed juga dilombong di kawasan-kawasan lain termasuk selatan Australia, pesisir barat laut Amerika Utara, Siberia dan Taiwan.

Daerah Tebedu (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Wiki Farazi (bincang · sumbangan · log) 04:48, 25 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Sempedan Tebedu-Entikong.

Daerah Tebedu ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Serian yang merangkumi Serian, Siburan dan Tebedu. Sebelum ini, Daerah Tebedu merupakan daerah kecil dalam Daerah Serian yang telah dinaiktaraf kepada daerah sepenuhnya. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Bidayuh.

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Tebedu Daerah Tebedu mempunyai keluasan lebih/kurang 421 kilometer persegi (42,100.0 he) Ia juga merupakan pintu masuk antarabangsa Malaysia-Indonesia yang pertama, yang terletak di sepanjang jalan raya utama menghubungkan Kuching di Sarawak dan Pontianak di Kalimantan Barat. Bandar yang bersempadan dengan daerah Tebedu ialah Entikong. Kompleks Imigresen Tebedu juga dibina di pintu masuk antarabangsa kawasan tersebut. Pada tahun 1991, lebih 57,000 orang penduduk daripada Indonesia memasuki Malaysia melalui Entikong, sebuah pusat imigresen terletak di antara Kalimantan Barat dengan Tebedu.

Pencalon: EmpAhmadK (bincang · sumbangan · log) 03:47, 31 Mac 2021 (UTC)[balas]
Mohamed bin Hamzah.

Haji Mohamed bin Hamzah merupakan seorang ahli veksilografi dan arkitek. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu Bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan untuk membina banyak struktur dan bangunan kerajaan di negeri tersebut.

Beliau paling terkenal dengan karya-karyanya dalam mereka bentuk Bendera Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu), Jalur Gemilang. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak ditubuh, negara tersebut memerlukan satu bendera baharu bagi menggantikan bendera Malayan Union. Beliau juga terkenal kerana mereka bentuk jata negeri Johor, kad jemputan kerajaan Johor, lambang kerajaan, serta bangunan-bangunan seperti Dewan Jubli Intan di Johor.

Untuk rencana pilihan pada bulan Ogos ini sempena bulan kebangsaan. EmpAhmadK - (bincang) 03:47, 31 Mac 2021 (UTC)[balas]

Pencalon: EmpAhmadK (bincang · sumbangan · log) 03:40, 31 Mac 2021 (UTC)[balas]
Stesen makan Taman Negara Sungai Gombe.

Perang Cimpanzi Gombe merupakan sebuah konflik ganas antara dua kelompok cimpanzi di Taman Negara Sungai Gombe, Tanzania yang berlangsung dari tahun 1974 hingga tahun 1978. Kedua-dua kumpulan ini pernah disatukan dalam komuniti Kasakela. Menjelang tahun 1974, penyelidik Jane Goodall menyedari masyarakatnya berpecah. Dalam jangka masa lapan bulan, sebilangan besar cimpanzi memisahkan diri mereka ke wilayah selatan Kasakela dan namanya diubah menjadi kelompok Kahama. Kumpulan pemisah tersebut terdiri daripada tujuh cimpanzi jantan dewasa, tiga betina dewasa dan anak-anak mereka. Kelompok Kasakela ditinggalkan dengan lapan jantan dewasa, dua belas betina dewasa dan anak-anak mereka.

Selama konflik empat tahun itu, semua jantan dari komuniti Kahama terbunuh, mengakibatkan kelompok tersebut terbubar. Kelompok Kasakela kemudian berkembang ke wilayah yang lebih jauh tetapi kemudian ditolak oleh komuniti cimpanzi lain.

Untuk rencana pilihan bulan Jun ini, sempena 43 tahun tamatnya perang ini. EmpAhmadK - (bincang) 03:40, 31 Mac 2021 (UTC)[balas]

Pencalon: Hanamanteo (bincang · sumbangan · log) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]
Hospital Sultan Ismail

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (gambar). Gelombang keracunan air kedua berkuat kuasa pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai.

Melalui penyiasatan, sebuah lori tangki dipercayai telah membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim pada awal pagi sebelum mangsa jatuh sakit. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menangkap seorang pemilik kilang kimia di Kulai pada 10 Mac lalu diikuti dengan penangkapan lain yang melibatkan pemilik kilang sisa dan salah seorang pekerja di Taman Pasir Puteh pada hari berikutnya selepas beberapa siri penyiasatan. Pasukan penyiasat juga telah mengenal pasti bahan kimia yang dilupus secara haram sebagai minyak marin yang mengeluarkan gas metana yang mudah terbakar dan asap benzena. Beberapa gas toksik lain dikenal pasti terbebas berikutan interaksi bahan kimia yang bertindak balas dengan air dan udara termasuk akrolein, akrilonitril, etilbenzena, hidrogen klorida, D-limonena, toluena dan xilena yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas jika disedut.

Sembilan orang lagi ditangkap oleh polis berkaitan dengan kes itu, dengan dua ditangkap di Johor Bahru manakala tujuh ditahan di luar kawasan Johor Bahru pada 17 Mac. Dua suspek utama yang dipercayai berperanan dalam mengatur pengangkutan bahan toksik telah ditangkap pada 19 Mac, menjadikan jumlah itu seramai 11 orang. Satu suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas terbukti tidak berkaitan dengan kes itu. Dua pemilik syarikat dan seorang pekerja yang berusia antara 40 hingga 50 tahun telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim. Polis juga telah meminta bantuan Interpol bagi menjejaki seorang lelaki warga Singapura dalam lingkungan usia 30-an yang disyaki terlibat dengan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Boleh ditampilkan pada bulan Mac nanti. Hanamanteo (bincang) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]

Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 15:34, 3 Februari 2021 (UTC)[balas]
Pandangan hadapan makam

Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi, seorang pegawai pada masa wangsa Ming akhir di China, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, China. Makam tersebut mempunyai keluasan sekitar sekitar 3,000 meter persegi (0.74 ekar), ketinggian 2.2 meter (7.2 ka) dan berbentuk bujur.

Dikelilingi dengan tembok granit, diatasnya ditumbuhi dengan rumput hijau dan di bahagian hadapan makam terdapat pokok-pokok cendana, sedar dan suduayah. Di hadapan makam juga terdapat nisan yang bertulis lima aksara Han (徐光启之墓) yang bererti "Makam Xu Guangqi", di mana ia ditulis oleh Su Buqing. Di kiri dan kanan makam terdapat bangku batu, di depannya terdapat dua ekor patung kuda batu dari wangsa Qing serta biri-biri, gajah dan anjing yang masing-masing berpasangan serta satu salib besar. Di bahagian timur makam terdapat teres untuk beristirahat, di mana dalamnya terdapat prasasti berbentuk 12 buah buku yang berisi dengan gambar-gambar Xu Guangqi, koleksi catatan sejarah dari zaman akhir wangsa Ming dan awal wangsa Qing, "Catatan Xu Guangqi", manuskrip yang ditulis sendiri oleh Xu iaitu "Menyelidik Elemen Karya Euclid", serta tulisan peribadi dan surat-surat serta puisi dari wangsa Tang oleh Li Qi. 26 Ramadan (bincang) 15:34, 3 Februari 2021 (UTC)[balas]

Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 03:22, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]
Glic MissingNo. dalam bentuk piksel

MissingNo. (けつばん, Ketsuban) atau kadang-kala dieja sebagai MissingNO. ialah spesies Pokémon yang dijumpai dalam permainan video Pokémon Red, Blue dan Yellow. Merupakan singkatan kepada Missing Number (Nombor yang Hilang), MissingNo. digunakan sebagai pengendali ralat oleh pembangun permainan Game Freak, di mana mereka muncul apabila permainan cuba mencapai data untuk spesies Pokémon yang tidak wujud. Disebabkan oleh pengaturcaraan bagi beberapa peristiwa dalam permainan, pemain boleh bertembung dengan MissingNo. melalui glic. Spesies ini pertama kali didokumenkan oleh Nintendo di dalam majalah Nintendo Power bagi isu Mei 1999.

Bertembung dengan MissingNo. boleh menyebabkan anomali grafik dan replikasi besar-besaran barang keenam dalam menu inventori pemain, di mana kesan tersebut mendapat liputan glic oleh panduan strategi dan majalah permainan. IGN menyebut kemunculan MissingNo. dalam Pokémon Red dan Blue sebagai salah satu daripada glic permainan video yang terkenal. Para peminat siri Pokémon cuba mewajarkan MissingNo. sebagai satu kanon permainan, yang menimbulkan perbincangan dalam kajian sosiologi mengenai impak permainan video terhadap masyarakat.