Tunjuk perasaan
Tunjuk perasaan atau unjuk rasa[nota bahasa 1] atau demonstrasi ialah perbuatan sekumpulan orang berkumpul beramai-ramai atau berarak di hadapan umum secara aman tanpa melibatkan sebarang perbuatan yang menyerang; tindakan ini biasanya dilakukan untuk menyatakan pendapat khusus kelompok tersebut[3] atau menentang balas kebijakan yang dilaksanakan suatu pihak. Ia dapat juga dilakukan sebagai sebuah upaya penekanan secara politik oleh kepentingan kelompok.
Jenis
[sunting | sunting sumber]Bantahan ramai yang dilakukan ini lazimnya dengan tujuan atau motif tertentu sama ada ia menyentuh isu ekonomi, masyarakat mahupun politik. Adakalanya apabila isu yang disentuh ini sangat menimbulkan kontroversi, maka suatu tunjuk perasaan yang melawan pendirian kelompok asal akan bermunculan; dua-dua puak yang sengit ini boleh mengganas sekiranya bertembung.
Kelompok yang terlibat dalam peramaian ini muncul sama ada secara berhimpun, berarak, malah juga secara duduk.
Kawalan khalayak
[sunting | sunting sumber]Tunjuk perasaan jika tidak dikawal dengan baik kadangkalanya cenderung menyebabkan perosakan harta benda akibat perasaan atau semangat terlalu kuat para penunjuk rasa. Sekiranya keadaan menggenting ini menjadi semakin gawat, maka pihak polis atau pasukan tentera yang memerhati akan mengamankan keadaan menggunakan pendekatan tidak membahayakan (non-lethal force) sama ada menggunakan alat melemahkan deria (seperti gas pemedih mata atau penyembur lada) ataupun senjata yang melumpuhkan seketika (misalnya peluru getah atau alat perenjat.)
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "demonstration". Istilah MABBIM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "tunjuk perasaan". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. 2016.
- ^ a b "'tunjuk perasaan' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 September 2019.
- ^ "unjuk rasa". Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 19 September 2019. Unknown parameter
|dictionary=
ignored (bantuan) - ^ "Arti kata tunjuk" (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. 2016. Dicapai pada 19 September 2019. Unknown parameter
|dictionary=
ignored (bantuan) - lihat sambungan kepada "perasaan"