Pergi ke kandungan

V.E

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
V.E.
VOICES OF EUPHONIOUS
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
VE
Berasal dariMalaysia
GenreR&B Soul/Soul/Acapella
Tahun aktif(1997–2007) (2020 –present)
Laman sesawang
https://www.instagram.com/voicesofeuphonious
AhliZafri Nazaruddin (Zaf) Abdullah Ahmad (Lah) Shahrin Azmir (Shah) Damian Mikhail (Damian) Charma Adizalilullah Khalil (Cham)

V.E atau Voices Of Euphonious[1] merupakan sebuah kumpulan penyanyi R&B Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berentak R&B dan soul dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

V.E ditubuhkan sekitar tahun 1997 sewaktu empat anggota asalnya iaitu Zaf , Lah, Shah dan JFK masih bersekolah. Bakat yang ada tidak disia-siakan dan mereka memasuki satu pertandingan nyanyian dan mendapat tempat kedua. Namun, tawaran untuk bernaung sebagai artis rakaman terpaksa disimpan dahulu demi memberi laluan kepada persekolahan. Setelah tamat persekolahan, mereka mula bergiat aktif.

V.E yang membawa maksud Voices of Euphonious, pada mulanya hanya menamakan kumpulan mereka sebagai Euphonious yang kemudian diringkaskan menjadi V.E untuk memudahkan orang mengenali mereka.

Selepas tamat persekolahan, keempat-empatnya terlibat dengan album kompilasi Ilham pada tahun 1999. Sebelum muncul dengan album duo Extreme Pleasure bersama Ruffedge (2002), tempat JFK digantikan oleh Charma. Pada tahun 2003, Damian Mikhail pula menyertai mereka.

Pada tahun 2020, kelima-lima anggota asal V.E bersatu hati mahu kembali ke industri hiburan. Namun, pertengahan jalan, Lah Ahmad mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek Bring Back VE kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya solonya.


Damian, Shah, Zaf dan Cham meneruskan projek comeback dengan kehadiran dua anggota sementara iaitu Adeep Nahar dan Luqman Hakim. Mereka merakamkan sebuah single berjudul 'Alahai Sayang' namun ia tidak kesampaian untuk diterbitkan. Sejurus selepas itu, Damian dan Shah mengundurkan diri daripada VE dan diteruskan dengan Zaf dan Cham bersama dua anggota sementara.

Single pertama mereka untuk tahun 2021 telah menemui peminat pada 26 Mac berjudul 'Tunggu'.

Single kedua mereka menyusul 16 hari selepas itu iaitu pada 10 April berjudul 'Antara Cinta Ghairah'.

Lagu Tunggu berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik Berkumpulan pada Anugerah Industri Muzik (AIM 2022).

VE tahun 2020

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Senarai anggota kumpulan V.E adalah :-

  1. Zafri bin Nazarudin (Zaf)
  2. Abdullah bin Ahmad (Lah)
  3. Shahrin Azmir (Shah)
  4. Charma Adizalillullah Khalil (Cham)
  5. Damian Mikhail Seet (Damian)
JFK

Bekas anggota:

Johan Farid Khairuddin (JFK)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi Ilham Volume One (1999)

[sunting | sunting sumber]
  1. Abadi
  2. Melodi Kasih
  3. Dian Nubari (bersama Composed Poetry)
  4. Sehati, Sejiwa
  5. Ilham (bersama Taheera, Composed Poetry & Silent Noize)

Album ini dianggap sebagai album pertama V.E biarpun ia adalah 'album duo' bersama kumpulan Ruffedge. Album yang mula berada di pasaran pada bulan September 2002 ini telah melonjakkan nama VE berikutan tidak banyak kumpulan vokal seperti mereka yang masih aktif dalam dunia muzik tempatan pada waktu itu.

  1. Touch, Kiss, Hug, Love
  2. U Can’t Change Me (feat. Saint of M.O.B & Atom da’ Bomb of Phlowtron)
  3. Ayu
  4. Creep
  5. Izinkan

Album ini merupakan album Extreme Pleasure yang dibuat pembungkusan semula dan telah dilancarkan dengan tambahan beberapa lagu baru termasuk lagu lama yang digubah semula, Khayalan. Lagu ini berjaya menempatkan VE sebagai antara bakat baru paling mendapat perhatian penggemar muzik tanahair pada ketika itu.

  1. Saat Bahagia (duet bersama Ruffedge)
  2. Khayalan (duet bersama Ruffedge)
  3. Touch, Hug, Kiss, Love (Chynahouse Remix)

Single: Party Like This (2004)

[sunting | sunting sumber]

Single ini dikeluarkan sebagai buah tangan kepada peminat sementara menantikan kemunculan album solo V.E yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.

  1. Party Like This
  2. Party Like This (ShortySoul Remix) (feat. Altimet of Teh Tarik Crew)
  3. Kau
  4. Party Like This (Instrumental)

For You (2004)

[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan album solo V.E yang pertama. Hampir kesemua lagu ditulis dan diterbitkan oleh anggota-anggota V.E sendiri.

  1. Good Morning
  2. V.E For You
  3. Gimme Your Love
  4. Feel Good
  5. Kerna Sayang
  6. Something For The People
  7. Get On Up
  8. Pop Ye Ye
  9. Message Girl
  10. Baby
  11. Don't Go
  12. Party Like This (NewEra Mix)
  13. Detik Bersama
  14. V.E Lullaby: Goodnight (Acapella)

Specially For You (2006)

[sunting | sunting sumber]

Album ini merupakan album For You yang dibuat pembungkusan semula. Beberapa lagu baru ditambah seperti Oh! No..Kamu dan Rozana (lagu kumpulan Search yang diberi nafas baru).

  1. Pop Ye Ye
  2. Party Like This
  3. Detik Bersama
  4. Gimme That
  5. Don't Let Go
  6. Lullaby
  7. Baby
  8. Don't Go
  9. Rentak Disko
  10. Gimme Your Love
  11. Message Girl
  12. Feel Good
  13. Pop Ye Ye (remix)
  14. Oh! No...
  15. Kerna Sayang
  16. Oh! No..Kamu
  17. Rozana

V.E & Friends (2007)

[sunting | sunting sumber]

Album ini boleh dikatakan album terakhir V.E sebelum kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing selepas tahun 2008.

  1. V.E Feat. Datuk A Rahman Hassan - Tak Mengapa.
  2. V.E - Ikhlas Tapi Jauh.
  3. V.E - Ayu.mp3
  4. V.E Feat Ruffedge - Khayalan.mp3
  5. V.E feat Shakirah - Party Like This.mp3
  6. V.E Feat Urban Xchange & Zain Ruffedge - Sabarlah.mp3
  7. V.E Feat. Nur Fatima - Gadis.
  8. Lah (V.E) Feat Shazzy - Kenapa.
  9. V.E Feat. Too Phat - Just A Friends.
  10. V.E Feat. Reefa - Feel Good.mp3
  11. V.E Feat. Saint & Atomda Bomb - U Can't Change Me.mp3
  12. V.E Feat. Vince (AF 1) - Andai Ia Tahu.mp3
  13. V.E Feat Too Phat - The Most Beautiful Girl.mp3
  14. V.E Feat Joe Flizzow (Too Phat) & Daly (Ahli Fiqir) - Pop Ye Ye.
  15. V.E Feat. Quadrose - Kerana Cintamu.(Lagu sanduran Allure berjudul All Cried Out)
  16. V.E Feat. Ella, KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron - Standing In The Eyes Of The World.mp3

26 Mac 2021 : Single 'Tunggu' menemui peminat di bawah edaran Universal Music Malaysia

Komposer : Zaf, Mulah, Uno & AJ Pop Shuvit

Penulis Lirik : Zaf, Mulah & Cham

Susunan vokal : Zaf


10 April 2021 : Single kedua 'Antara Cinta & Ghairah' , edaran Universal Music Malaysia

Komposer & Lirik : Mulah

Piano : Roosa Valentino

Penampilan lain

[sunting | sunting sumber]

2001 - Lagu "Just A Friend" - Too Phat feat. V.E dalam album Plan B (Too Phat)

2001 - Lagu "Nanti" - Innuendo feat. V.E dan Ruffedge dalam album BrandNuEndo (Innuendo)

2002 - Lagu "Sabarlah" - Urban Xchange feat. Zaf V.E dan Zain Ruffedge dalam album Urban Xchange (Urban Xchange)

2003 - Lagu "Tell Shorty" - Too Phat feat. V.E dan Ruffedge dalam album 360 Degrees (Too Phat)

2004 - Lagu "Gadis" dalam album Gadis (Nur Fatima)

2004 - Lagu "Jangan Simpan Rindumu" duet bersama Fran

2006 - Lagu "Ikhlas Tapi Jauh" dalam OST Cinta

2006 - Lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah" dalam album Urban Strike - Tribute to Ella

2006 - Lagu "Standing in The Eyes" (bersama KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron) dalam album Urban Strike - Tribute to Ella

2008 - Lagu "Aku Bukan Untukmu" - Zaf & Lah dalam OST Sepi

2020 - Lagu "Raikan Kemenangan" - lagu cover Hari Raya.

2020 - Lagu "Medley Lagu Raya" - Cover Lagu Raya TV3

November 2020 - Separuh Akhir AJL35, artis jemputan bersama Reshmonu

26 Mac 2021 - Single 'TUNGGU'

10 April 2021 - Single 'ANTARA CINTA DAN GHAIRAH'

10 April 2021 - Showcase 'THE PRIVATE ROOM' - YOUTUBE BISING LIVE

Syarikat Rakaman

[sunting | sunting sumber]

2002 - 2004: The Promised Clan/Positive Tone

2004 - 2008: EMI

Media Sosial

[sunting | sunting sumber]

Instagram VE [1]

TikTok Lah Ahmad

TikTok Damian Mikhail Seet

TikTok Zaf

TikTok Shah

Kelab Peminat

[sunting | sunting sumber]

GROOVE PHAMILY

  • Menerusi album Extreme Pleasure yang pertama, V.E menerima pencalonan dalam kategori Artis Harapan Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Walaupun tidak berjaya memenangi kategori itu namun VE tidak pernah putus asa.
  • V.E telah digandingkan dengan penyanyi Misha Omar untuk membuat persembahan di Anugerah Era ke-3 pada bulan Oktober tahun 2003, menyampaikan lagu Ayu yang digabungkan dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Persembahan mereka telah mendapat 'standing ovation' dari bukan saja dari para penonton malah artis-artis yang hadir di majlis tersebut. Banyak pihak mula membuka mata terhadap bakat yang dimiliki oleh V.E dan peluang demi peluang mula menghujani mereka selepas acara tersebut.
  • Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005. Ini adalah kemenangan pertama V.E setelah dua tahun berturut-turut tewas kepada Too Phat.
  • Lagu Pop Ye Ye telah berjaya memasuki peringkat akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu ke-20, juga pada tahun 2005. Bagaimanapun rezeki berpihak kepada penyanyi Hazami yang mempertaruhkan lagu Kata.
  • V.E menggungguli kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang diadakan pada tahun 2006 menewaskan pesaing-pesaing hebat iaitu Ruffedge (album Ruffera), Too Phat (album Rebirth Into Reality), Rabbani (album Suara Takbir) dan Raihan (album Ameen).
  • V.E telah diberi peluang untuk berduet dengan Amy Search menyampaikan lagu Rozana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.
  • Zaf dan Lah pernah menyertai program realiti TV3, Mentor sebagai mentor kepada protege yang dilatih sebagai penyanyi. Zaf pada tahun 2006 (musim kedua) dan Lah tahun 2009 (musim ketiga).
  • Selepas V.E dibubarkan pada tahun 2007, Zaf dan Lah muncul bersama untuk lagu runut filem Sepi 'Aku Bukan Untukmu' pada tahun 2008.
  • Lagu Tunggu telah memenangi Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-23
  1. ^ "VE - Peminat hanya orang kota?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2015-04-28.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]