Billy Zulkarnain
Billy Zulkarnain | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | KRU Records |
Pengkarya berkait | Phyne Ballerz |
Bekas ahli |
Billy Zulkarnain merupakan sebuah duo muzik pop Malaysia, terdiri daripada dua bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz, iaitu Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman (Billy) dan Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine). Duo ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat, terkenal dengan single popular seperti "Hati Terluka" dan "Talian Terputus".[1][2][3] Pada tahun 2018, mereka merupakan salah satu daripada peserta Gegar Vaganza musim kelima.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Berikutan pembubaran kumpulan Phyne Ballerz pada lewat 2005, dua daripada empat ahlinya, Billy dan Nine menubuhkan kumpulan baru yang mengambil nama mereka sebagai nama kumpulan, iaitu Billy Zulkarnain sebagai pecahan kepada Phyne Ballerz.[4] Album studio pertama senama mereka telah dikeluarkan di bawah KRU Records, 3 lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, iaitu "Hati Terluka", "Talian Terputus" dan "Kembali Lagi". Ekoran faktor pasaran muzik pada masa itu, Billy Zulkarnain hanya bertahan selama setahun, sejak itu Billy dan Nine memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.[5] Pada tahun 2018, selepas lebih 12 tahun menyepi, Billy Zulkarnain membuat kemunculan semula dalam rancangan Gegar Vaganza musim kelima.
Gegar Vaganza 2018
[sunting | sunting sumber]Billy Zulkarnain merupakan salah satu daripada 3 kumpulan yang bertanding sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Mereka telah memenangi tempat kelima sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Berikut ialah senarai persembahan duo ini:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Oh Dia Ke? | "Hati Terluka" | Diri mereka sendiri | Ke-7 | SELAMAT |
Minggu 2 | Dalam Diam Aku Mencintaimu | "Mentari Muncul Lagi" | Slam | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 3 | Lain Macam | "Mahakarya Cinta" | Faizal Tahir | Ke-3 | SELAMAT |
Minggu 4 | Bergegar Bergabung | "Hanya Memuji" (duet bersama Siti Nordiana) | Shanty & Marcell | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 5 | Lama Tak Dengar | "Antara Anyer dan Jakarta" | Sheila Majid | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 6 | Terbaik, Bos! | "Back at One" | Brian McKinght | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 7 | Road To Final | Pusingan 1: "Mengenangmu" Pusingan 2: "Mulanya Di Sini" |
Kerispatih Freedom |
Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 8 | Final Round | Duet Platinum: "Curiga" (duet bersama Idayu) Battle (Hip Hop): "Bunga" (bersama Zamani Ibrahim) |
Ning Baizura Altimet |
Ke-2 Ke-3 |
TEMPAT KEENAM |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Butiran album |
---|---|
Billy Zulkarnain |
|
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2005 | "Hati Terluka" | — | — | — | — | Billy Zulkarnain |
2006 | "Talian Terputus" | — | — | — | — | |
"Kembali Lagi" | — | — | — | — |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Muriza Abdul Hamid (30 Julai 2005). "Muzik segar Billy Zulkarnain". Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (29 September 2020). "Billy Zulkarnain belum berpecah". Berita Harian. Dicapai pada 29 September 2020.
- ^ ""Duo Billy Zulkarnain tidak berpecah, hanya direhatkan seketika" - Billy". Kopiplanet. 6 September 2020. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (12 Ogos 2005). "R&B bukan untuk orang bandar saja". Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
- ^ "Nine tepis kontroversi". CyBerita. 29 September 2005. Dicapai pada 31 Julai 2010.