Mamat Exists
Mamat Exists | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Ali bin Kamarudin 23 April 1978 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Marshila Mustapha Kamal (k. 2001; c. 2009) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Jawiyah Hamid |
Bapa | Kamarudin Samad |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Exists |
Mamat Exists (lahir Mohd Ali Kamarudin; 23 April 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah bekas vokalis kepada kumpulan pop rock Exists. Beliau bergerak secara solo pada tahun 1995 dan popular dengan lagu Salju Di Danau Rindu dan Hanya Engkau Kekasih.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik ketika berusia 13 tahun bersama kumpulan remaja Exists pada tahun 1990an. Beliau disingkirkan Exists pada 1994 dan meneruskan kerjaya Joget secara solo.[2] Pada tahun 1995, Mamat muncul dengan album solo pertamanya berjudul Oh Momok Jangan Cari Pasal yang diterbitkan oleh Mat Penang di bawah label Jojo Datang Lagi. Lagu hit dalam album ini ialah Salju Di Danau Rindu.
Gegar Vaganza 2014
[sunting | sunting sumber]Mamat merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama pada 2014. Beliau telah memenangi tempat ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.[1][3] Beliau juga telah dianugerahkan Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 1) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Throwback | "Rahsia Pohon Cemara" | Exists | Ke-12 | SELAMAT |
Minggu 2 | Memori Berkasih | "Kamelia" | Sweet Charity | Ke-7 | SELAMAT |
Minggu 3 | Kenangan Mengusik Jiwa | "Teguh" | Amy Search | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 4 | Ada Berani? | "Ibu" | Exists | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 5 | Impian dan Dedikasi | "Kau Ilhamku" | Man Bai | Ke-3 | SELAMAT |
Minggu 6 | Berdua Lebih Baik | "Sandarkan Pada Kenangan" (duet bersama Ikka Razman) | Jamal Abdillah & Siti Sarah | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 7 | Carta Lagu Hits | "Dealova" | Once Mekel | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 8 | Akhir | Medley: "Salju Di Danau Rindu" dan "Janji Padamu" Battle (Hip Hop): "HAVOC" (bersama Fazli Zainal) |
Dirinya sendiri dan Exists Joe Flizzow, Altimet & SonaOne |
Ke-5 Ke-2 |
TEMPAT KETIGA |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 9 tahun apabila mereka bercerai talak dua pada 29 Oktober 2009.[1][4][5]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Mamat (1995)
- Pasrah (1996)
- Seminit Bagiku (2004)
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Dulu...Sekarang (2003)
- Naluri Kasih (2006)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Muhammad Fairoz Azizan (24 Januari 2016). "Mamat Exists menyesal, sejarah hitam jadi iktibar". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2016.
- ^ Pengalaman matangkan Exists Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine Kosmo!. 13 September 2015. Dicapai pada 14 Mac 2016.
- ^ Budiey (5 Januari 2015). Keputusan pemenang program Gegar Vaganza musim pertama Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Januari 2015.
- ^ "Mamat Exist sah bercerai talak dua dengan Marshila". Utusan Malaysia. 25 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 14 Mei 2010.
- ^ "Mamat Exist disahkan bercerai talak dua dengan bekas isteri". Utusan Malaysia. 24 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 14 Mei 2010.