Pergi ke kandungan

Ubi bit merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ubi Bit Merah)

Ubi Bit Merah
Ubi bit di kedai runcit
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. vulgaris
Subspesies:
B. v. vulgaris
Variasi:
B. v. v. vulgaris
Nama trinomial
Beta vulgaris subsp. vulgaris var. vulgaris
Beetroots, cooked
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 180 kJ (43 kcal)
Karbohidrat 9.96 g
- Gula 7.96 g
- Serabut diet 2.0 g
Lemak .18 g
Protein 1.68 g
Vitamin A setara 2 μg (0%)
Tiamina (vit. B1) .031 mg (3%)
Riboflavin (vit. B2) .027 mg (2%)
Niasin (vit. B3) .331 mg (2%)
Asid pantotenik (B5) .145 mg (3%)
Vitamin B6 .067 mg (5%)
Folat (vit. B9) 80 μg (20%)
Vitamin C 3.6 mg (4%)
Kalsium 16 mg (2%)
Besi .79 mg (6%)
Magnesium 23 mg (6%)
Fosforus 38 mg (5%)
Kalium 305 mg (6%)
Natrium 77 mg (5%)
Zink .35 mg (4%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Ubi Bit Merah atau dalam bahasa Inggeris; beetroot (Beta vulgaris subsp. vulgaris var. vulgaris), juga dikenali sebagai bit meja (table beet), bit taman (garden beet), bit merah (red beet) atau secara tidak formal hanya disebut sebagai bit sahaja, adalah salah satu dari kepelbagaian jenis tumbuhan bit yang kebanyakannya hidup meliar dan tumbuh subur di Amerika Utara dan Britain.

Sebagai akar ubi sayur

[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaannya, akar ubi merah yang paling dalam akan dijadikan resipi santapan setelah ia dituai, dibersihkan dan dipotong segar serta direbus sehingga lembut terlebih dahulu. Ia juga turut digunakan sebagai sayuran dalam masakan sayur campur, atau dalam keadaan sejuk ia juga digunakan sebagai hidangan salad yang enak. Hidangan salad ubi bit merah lebih sedap jika dimasak atau digaulkan bersama minyak bijan atau minyak bunga matahari atau minyak zaitun serta ditambah sedikit dengan campuran cuka. Jika tidak suka dengan campuran pelbagai jenis minyak dan cuka, cukuplah hanya sekadar dimakan mentah atau campuran daun saderi, tomato, kentang dan lain-lain jenis sayuran. Sedap dihidangkan dengan campuran mayonis yang sejuk dan segar. Ubi bit kuning pula pada kebiasaannya ditanam ke halaman rumah pada skala penanaman yang amat kecil cukup untuk penggunaan sesuatu isi rumah sahaja.[1]

Daun juga sebagai makanan

[sunting | sunting sumber]

Daun pokok Ubi Bit Merah juga boleh dibuat makan, dijadikan sebagai ulam-ulaman, ia lebih sesuai direbus kerana rasa dan teksturnya apabila dimakan lebih seakan-akan seperti memakan sayur bayam.

  1. ^ Grubben, G.J.H. & Denton, O.A. (2004) Plant Resources of Tropical Africa 2. Vegetables. PROTA Foundation, Wageningen; Backhuys, Leiden; CTA, Wageningen.