Tunku Ismail bin Tunku Yahaya
Yang Berhormat Mulia Tunku Ismail Hamid Halim Shah I | |
---|---|
![]() Tunku Ismail | |
Menteri Besar Kedah ke-2 | |
Dalam jawatan Januari 1954 – 24 Mei 1959 | |
Didahului oleh | Mohamad Sheriff Bin Osman |
Digantikan oleh | Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin |
Majoriti | c |
c | |
Dalam jawatan c–c | |
Didahului oleh | c |
Digantikan oleh | c |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kulim, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu | 23 April 1907
Meninggal dunia | 24 November 1969 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 62)
Cause of death | Serangan jantung |
Tempat semadi | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Parti politik | UMNO |
Tinggi | c |
Pasangan | Dayang Fatimah binti Yop |
Anak | (7 orang)
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara | (cucu-cucu kandung)
|
Kediaman | c |
Pekerjaan | c |
Laman web | c |
c | |
Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I bin Almarhum Tunku Haji Sir Yahayar Hamid Halim Shah I (23 April 1907 – 24 November 1969) ialah seorang bangsawan yang berasal daripada keluarga DiRaja Kedah dari Tunku Yahaya I ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2 dari tahun 1954 sehingga tahun 1959.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan asas di sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Tunku Ismail bin Tunku Yahaya pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri besar Kedah. Tunku Ismail memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan sebagai Kadet Perkhidmatan Awam pada tahun 1926. Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Ahli Majlis Perbadaran Kota Setar, Pegawai Tanah Kubang Pasu dan Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi. Seterusnya beliau pernah dilantik sebagai "First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar", Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Majistret Alor Setar dan 'Food Controller' Negeri Kedah.
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kemudian sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1948.
Menteri Besar Kedah
[sunting | sunting sumber]Beliau memangku jawatan Menteri Besar Kedah dari tahun 1949 hingga tahun 1951 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kedua dari tahun 1954 hingga tahun 1959. Beliau juga merupakan duta Malaysia ke Perancis. Ditugaskan pada 22 Ogos 1959.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi hari Isnin 24 November 1969 pada usia 62 tahun akibat sakit jantung di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Petaling Jaya pada lewat petang hari yang sama. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman turut menziarahi jenazah beliau.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pengarah Straits Times — bekas Duta Malaysia ka-Pranchis meninggal dunia". Berita Harian (diterbitkan 25 November 1969). 24 November 1969. Dicapai pada 21 Mei 2020 – melalui NewspaperSG.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kedah 1954 – 1959 |
Penyandang Kemudian |
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman | Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Menteri Besar Kedah
- Kelahiran 1907
- Kematian 1969
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Kematian akibat serangan jantung
- Orang dari Kulim
- Kerabat diraja Kedah
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia (Emas)
- Duta Besar Malaysia ke Perancis