Mohamad Sheriff Bin Osman
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Amat Berhormat | |
---|---|
Menteri Besar Kedah pertama | |
Dalam jawatan 1948–1954 | |
Didahului oleh | tiada |
Digantikan oleh | Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Alor Setar, Kedah | 5 Ogos 1890
Mati | 27 September 1962 Alor Setar, Kedah | (umur 72)
Pasangan | Datin Lady Dayangku Noraini binti Pengiran Musa Bolkiah |
Dato' Sir Haji Mohamad Sheriff bin Osman (5 Ogos 1890 - 27 September 1962) ialah Menteri Besar Kedah yang pertama.
Dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Star, Sheriff mendapat pendidikannya sehingga darjah 7 di Penang Free School, sebuah sekolah bahasa Inggeris. Pada awal pembabitan beliau dalam pentadbiran, Sheriff pernah dilantik memegang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kedah, antaranya:
- 1910-1912: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II
- 1912-1914: Pengarah Tanah dan Survei Negeri
- 1915-1917: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I
- 1917-1932: Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Ketua Penterjemah/Jurubahasa di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar
- 1932-1948: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Sheriff dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1948 hingga tahun 1954.
Memandangkan bahawa kelahiran Sheriff adalah daripada golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan, dan sebagainya, pencapaian Sheriff adalah amat cermelang. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan jasa baktinya sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah, antaranya:
- 'Pingat Perkhidmatan Lama Kedah' oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- K.B.E. dan C.M.G. daripada Raja British di London
- 'Darjah Kebesaran Merit Kedah' (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid.
Dato' Haji Mohamad Sheriff kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Akar Peluru ataupun nama kini Tanah Perkuburan Masjid Al-Ghufran.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kedah 1948 – 1954 |
Penyandang Kemudian |
tiada | YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya |