Tristam Speedy
Kapten Tristam Charles Sawyer Speedy ialah seorang pegawai British yang dilantik oleh Ngah Ibrahim menjadi Setiausaha (Pentadbir) di Jajahan Larut Matang untuk memodenkan pentadbiran Larut dan menjaga keamanan Larut berikutan Perang Larut yang Pertama dan Kedua.
Ringkasa hidup
[sunting | sunting sumber]Kapten Tristam Speedy dilahirkan di India di mana bapanya James Speedy berkhidmat sebagai anggota tentera.
Kerjaya tentera awal
[sunting | sunting sumber]Kapten Tristam Speedy berkhidmat dengan cemerlang dalam Tentera British India dan terlibat menundukkan Pemberontakan India tahun 1857. Kapten Speedy juga berkhidmat semasa Perang New Zealand antara tahun 1864 hingga 1867 untuk menentang puak Maori. Selepas New Zealand, Kapten Speedy berperang pula di Abyssinia dalam tahun 1867 hingga 1868.
Perkhidmatan Dengan Ngah Ibrahim
[sunting | sunting sumber]Kapten Speedy kemudiannya ke Pulau Pinang dan menjadi Penguasa Polis di Pulau Pinang. Dalam tahun 1873, Ngah Ibrahim mengambil Kapten Speedy bekerja dengannya sebagai Setiausaha (Pentadbir) bagi Jajahan Larut. Kapten Speedy sepatutnya memodenkan pentadbiran Jajahan Larut supaya setanding dengan pentadbiran British. Kapten Speedy juga bertanggungjawab atas keselamatan dan keamanan di Larut yang terjejas teruk akibat Perang Larut dalam tahun 1861 dan 1865, yang banyak merugikan Ngah Ibrahim.
Kapten Speedy mendapati pasukan polis yang terdiri daripada 40 orang anggota Melayu tidak berkesan. Dia mahukan penubuhan pasukan polis yang lebih mantap. Kapten Speedy mendapatkan persetujuan untuk pergi ke India untuk merekrut 110 orang Sepoi Sikh dari Punjab. Pasukan ini dilengkapkan oleh Kapten Speedy dengan senjata moden termasuk 4 laras meriam Krupps. Pasukan polis ini kemudiannya menjadi pasukan Polis Bersenjata Perak (Perak Armed Police). Pasukan ini berpengkalan di Taiping.
Kapten Tristam Speedy ditukarkan ke daerah Durian Sebatang dalam tahun 1877. Dia meanggap ini sebagai penurunan pangkat kerana daerah Larut lebih berprestij, dan akhirnya meletakkan jawatan dalam tahun 1877. Selepas itu, dia kembali ke Abyssinia dalam tahun 1884 dan 1897.
Kapten Tristam Speedy juga diingati kerana kumpulan wang syilingnya yang kini disimpan di New Zealand. [1]