Perang New Zealand
Perang New Zealand Ngā pakanga o Aotearoa New Zealand Wars | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tempat memperingati korban perang tanah ini di Auckland War Memorial Museum, bersertakan dengan bendera-bendera British serta Kempen Tauranga turut kibarkan di sini. Slogan "Kia mate toa" di latar belakang difahamkan bermaksud "berjuang sehingga mati." | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
sekutu Māori | pahlawan Māori | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
18,000 orang (kemncak) | 5,000 orang (kemuncak) | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
745 orang terkorban (tmsk yang awam) | 2,154 orang terkorban (tmsk yang awam)[1] |
Perang New Zealand (Bahasa Māori: [Ngā pakanga o Aotearoa] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), bahasa Inggeris: New Zealand Wars ) atau Perang Tanah (Land Wars)[2] merupakan suatu siri konflik bersenjata yang berlangsung di negara tersebut dari tahun 1845 sehingga 1872 antara kerajaan British New Zealand dengan puak-puak Māori.
Meskipun perang ini asalnya berpunca dari konflik setempat yang dicetuskan pertelingkahan dalam pembelian tanah, persengketaan ini mula menjadi sengit setelah kerajaan British menyedari keadaan mereka menghadapi penentangan terhadap pembelian tanah yang selanjutnya serta keengganan puak-puak Māori mengiktiraf kedaulatan British. Maka, kerajaan tersebut mengarahkan ribuan tentera British ke kempen-kempen menawan pergerakan Kīngitanga serta juga untuk memperoleh tanah untuk tujuan pertanian dan kediaman penjajah British.[3][4] Sebahagian daripada kempen-kempen ini kemudiannya bertujuan menghapuskan pergerakan Hauhau, suatu puak ekstrimis agama Pai Mārire yang sangat menentang persempadanan tanah Māori tanah serta berhasrat mengukuhkan identiti orang Māori.[5]
Akibat selepas perang
[sunting | sunting sumber]Sebanyak 16000 km2 tanah yang dianggarkan milik orang Māori dirampas kerajaan British melalui pemaktuban Akta Pendudukan New Zealand (New Zealand Settlements Act pada tahun 1863 yang dikatakan sebagai hukuman atas pemberontakan yang dilakukan ke atas British.[6] Namun, tanah milik puak yang setia kepada pihak British turut diambil sekali. Meskipun setengah tanah rampasan kemudiannya dikembalikan kepada pihak Māori, ia tidaklah dikembalikan kepada puak-puak pemilik asal secara tepatnya.[7] Perampasan tanah ini banyak memberi kesan yang ketara kepada pembangunan puak-puak yang terlibat dalam perang ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "End of the New Zealand Wars". New Zealand Ministry for Culture and Heritage. Dicapai pada 16 April 2013.
- ^ "Story: New Zealand Wars".
- ^ King, Michael (1977). Te Puea: A Biography. Auckland: Hodder and Stoughton. m/s. 26. ISBN 0-340-22482-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Dalton, B.J. (1967). War and Politics in New Zealand 1855–1870. Sydney: Sydney University Press. m/s. 179.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Belich, James (1986x). The New Zealand Wars and the Victorian Interpretation of Racial Conflict (ed. 1st). Auckland: Penguin. m/s. 204–205. ISBN 0-14-011162-X.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ "Maori land loss, 1860–2000". New Zealand Ministry for Culture and Heritage. Dicapai pada 20 July 2010.
- ^ "Treaty of Waitangi". New Zealand Ministry for Culture and Heritage. Dicapai pada 20 Julai 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The New Zealand Wars | Nga Pakanga Whenua O Mua.oleh Danny Keenan of Victoria University of Wellington, NZ
- New Zealand's 19th Century Wars di NZHistory.net.nz
- Historical Chronology - New Zealand Army
- New Zealand Wars (1845–1872) collection at the New Zealand Electronic Text Centre