Pergi ke kandungan

Tour de Langkawi 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johan Kriterium Kuala Lumpur, Le Tour de Langkawi 2009
Johan Kriterium Kuala Lumpur, Le Tour de Langkawi 2009
Pusingan 1, Kriterium Kuala Lumpur, Le Tour de Langkawi 2009
Pusingan 1, Kriterium Kuala Lumpur, Le Tour de Langkawi 2009

Tour de Langkawi 2009 merupakan acara tahunan edisi ke-14 kayuhan basikal yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Kali ini laluan kayuhan basikal agak terhad di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan ,sedikit laluan di Pahang dan sedikit laluan di Johor. Kejohanan ini kekal berstatus "hors classe", setaraf dengan jelajah terulung dunia seperti Tour de France, Giro d Italia dan Vuelta a Espana.

120 pelumba handalan dunia mewakil 20 pasukan dari 35 negara, dari 9 hingga 15 Februari 2009. Malaysia membariskan 15 pelumba utama negara yang mewakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF Continental dan Le Tua.Pasukan dari Itali (11), Australia, Perancis (8), Afrika Selatan (6), Kazakhstan (6), Iran (6), China (6) dan Korea Selatan (6).Pasukan Sepanyol (5), Switzerland (5) dan Jepun (5), Ukraine (3) Amerika Syarikat (2), Jerman(2), Austria (2), Venezuela (2), Tunisia (2), Algeria (2) dan Indonesia (2). Negara Belgium (1), New Zealand(1), Kanada(1), Belanda(1), Slovenia(1), Poland(1), Ireland(1), Sweden(1), Britain(1), Moldova(1), Colombia(1), Argentina(1), Mongolia(1), Syria(1) dan Qatar(1). Pelumba termuda dari Kazakhstan, Vadim Izotov - 19 tahun.Pelumba tertua dari Jepun - Shinichi Fukushima - (37) dari pasukan EQA-Meitan-Hompo.

Keseluruhan jarak ialah 1,029.9km bermula di Putrajaya dan berakhir di kriterium Kuala Lumpur. LTdL 2009 dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan status perlumbaan itu diberi kategori "Hors oleh UCI, kedudukan tertinggi dalam pertandingan lumba basikal peringkat dunia.[1]

Senarai 20 Pasukan:

Garmin-Slipstream (USA), Ag2r (Perancis), Bbox-Bouygues Telecom (Perancis), Fuji-Servetto (Sepanyol), Serramenti PVC Diquigiovanni (Venezuela), CSF (Ireland),CSF-Navigare (Ireland) Vorarlberg-Corratec (Austria), ISD (Itali), Cervelo Test Team (Switzerland), Afrika Selatan, Malaysia, China, Iran, Kazakhstan, MCF, Le Tua, EQA-Meitan-Hompo (Jepun), Seoul Cyling (Korea), Doha Team (Qatar).

  • Pada 15 Februari 2009, seramai 111 pelumba berlumba basikal di peringkat terakhir di kriterium Kuala Lumpur sejauh 80.4km iaitu dua pusingan meliputi Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Dataran Merdeka.

Peringkat

[sunting | sunting sumber]
Peringkat Tarikh Mula Tamat Jarak (km) Pemenang peringkat GC Leader
1 9 Februari 2009 Putrajaya Senawang 133.8 [[]] [[]]
2 10 Februari 2009 Senawang Melaka 160.9 [[]] [[]]
3 11 Februari 2009 Melaka Melaka 186.0 [[]] [[]]
4 12 Februari 2009 Melaka Bangi 221.0 [[]] [[]]
5 13 Februari 2009 Petaling Jaya Genting Highlands 102.0 [[]] [[]]
6 14 Februari Batang Kali Shah Alam 147.6 [[]] [[]]
7 15 Februari Kl Criterium [[]] 80.4 [[]] [[]]

Rujukan dan Pautan

[sunting | sunting sumber]
Le Tour de Langkawi
1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013