Pergi ke kandungan

Tilde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
~

Tanda baca

noktah (titik) .
koma ,
koma bertitik ;
titik bertindih :
tanda sempang -,
pisah , , ,
elipsis , ...
tanda tanya ?
tanda seru !
kurung ( ), [ ], { }, < >
tanda petik ‘ ’, “ ”
garis miring /
penyingkat '
Pemisah kata
jarak/
spasi
( ) () ()
( ) () () ()
titik tengah ( · )
Tipografi umum
guillemets « »
solidus
dan &
di @
tanda berbintang *
garis miring terbalik \
titik
sirkumfleks ^
hak cipta ©
mata wang generik: ( ¤ )
spesifik: ฿, ¢, $, , ƒ, , , , £, , ¥, , ,
dagger ( , )
darjah ( ° )
ditto ( )
tanda seru terbalik ( ¡ )
tanda tanya terbalik ( ¿ )
pagar ( # )
nombor ( )
ordinal (º, ª)
peratus/persen ( %, ‰, )
Pilcrow ( )
prime ( )
dagang ( ® )
tanda bahagi ( § )
tanda servis ( )
tilde ( ~ )
tanda dagangan ( )
diaresis ( ¨ )
garis bawah ( _ )
garis vertikal ( |, ¦ )
Tipografi tak umum
asterisme ( )
Indeks ( )
tanda "jadi"/"maka" ( )
tanda "sebab" ( )
interrobang ( )
ironi ( ؟ )
lozenge ( )
tanda bintang Jepun ( )
tie ( )

Tilde ([til.dĕ], dari bahasa Latin titulus - "judul" tulisan di bahagian luar) atau tanda gelombang adalah suatu grafem (" ˜ " atau " ~ ") dengan beberapa fungsi. Simbol ini awalnya digunakan di atas suatu huruf sebagai tanda pemendekan. Tilde kemudian mendapat beberapa fungsi lain sebagai tanda diakritik atau satu huruf sendiri, malah juga digandingkan bersama tanda lain dalam beberapa bahasa pengaturcaraan sebagai operator.

Pengunaan mengikut tujuan

[sunting | sunting sumber]

Linguistik

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa-bahasa Portugis, Galicia, Guarani and Nheengatu, tanda ini pada huruf vokal menandakan sebutan bersengau. Penggunapakaian sebegini turut diamalkan Abjad Fonetik Antarabangsa.

Penggandingan tanda ini dengan huruf N terutamanya menghasilkan ñ - ia paling utama dilihat dalam bahasa Sepanyol (dengan nama khususnya "virgulilla")[1] untuk menyebutkan konsonan sengauan lelangit /ɲ/ (sepertimana yang ditonjolkan dalam sebutan "ny" dalam bahasa Melayu), namun ia juga didapati dalam penulisan bahasa-bahasa lain juga:

Bahasa Melayu sendiri pernah diusulkan menggunakan huruf N bertilde ini (diberi nama nya) untuk bunyi sama dalam sistem Ejaan Kongres diperkenalkan dalam Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya ke-3 diadakan pada September 1956.[2]:54[3]:36

Bahasa Jepun sering menggunakan tanda ini sebagai tanda sebutan panjang (seumpama harkat), lagi-lagi dalam tulisan tidak formal sebagai ganti chōon.

Penandabacaan

[sunting | sunting sumber]

Penulisan tanda ini sebelum suatu nombor memberi maksud "kira-kira" atau "dianggarkan" (contoh: "~42" = "kira-kira 42".)[4] Pendekatan sama turut dipakai dalam menandakan harga barangan terutamanya dengan penggunaan tanda matawang (contoh: "~$10" = kira-kira 10 dolar.)[5]

Sebagai suatu huruf sendiri (terutama dalam leksikografi), tilde digunakan pada kamus untuk menggantikan sublema yang terdapat dalam pentakrifan menerangkan sesebuah perkataan terpilih atau dalam contoh penggunaannya.

Pengaturcaraan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Lema en la RAE". Real Academia Española. Dicapai pada 10 Oct 2015.
  2. ^ Muhammad Ariff Ahmad (1994), "Ejaan Rumi Bahasa Melayu" (PDF), Pesan: Kumpulan makalah sempena Bulan Bahasa 1993, Jawatankuasa Bulan Bahasa: 43–67
  3. ^ Mohd Naim Daipi (1990), "Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bahagian II" (PDF), Sekata, Majlis Bahasa Melayu Singapura, 8 (2): 28-48
  4. ^ "Other symbols", Abstract Math[sumber lebih baik diperlukan]
  5. ^ Using a tilde with currency

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]