The King's Speech
The King's Speech | |
---|---|
Pengarah | Tom Hooper |
Penulis | David Seidler |
Dihasilkan oleh | Iain Canning Emile Sherman Gareth Unwin |
Dibintangi | Colin Firth Geoffrey Rush Helena Bonham Carter Guy Pearce Timothy Spall Derek Jacobi Jennifer Ehle Michael Gambon |
Sinematografi | Danny Cohen |
Disunting oleh | Tariq Anwar |
Muzik oleh | Alexandre Desplat |
Syarikat penerbitan | See-Saw FilmsUK Film Council See-Saw Films Bedlam Productions |
Diedarkan oleh | The Weinstein Company Momentum Pictures |
Tarikh tayangan | 6 September 2010 (Festival Filem Telluride) 7 January 2011 (United Kingdom) |
Masa tayangan | 118 minit |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $15 juta[1] |
Pecah panggung | $414.2 juta[2] |
The King's Speech ialah filem drama sejarah 2010 Britain diarahkan oleh Tom Hooper dan ditulis oleh David Seidler. The King's Speech dicalonkan untuk 14 BAFTA, dan menang tujuh daripadanya; 12 pencalonan Anugerah Akademi, dan menang empat daripadanya termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik; dan tujuh Golden Globes, dengan Colin Firth memenangi untuk Pelakon Terbaik.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Raja George V mangkat tahun 1936 dan putera sulungnya David naik takhta sebagai Raja United Kingdom yang baharu. Walau bagaimanapun, baginda raja beberapa lama kemudian berkenan dengan seorang sosialit kaya Amerika Syarikat bernama Wallis Simpson - baginda berhasrat mahu berkahwin dengan Simpson, namun peranan baginda sebagai Ketua Gereja England di mana mazhabnya melarang berkahwin dengan seseorang janda yang masih ada bekas suami masih hidup lagi mengekangnya berbuat demikian. Pada ketika ini juga, pewaris kedua takhta U.K iaitu Putera Albert, Duke York mendapakan latihan khas daripada seorang pakar terapi percakapan dari Australia bernama Lionel Logue untuk merawat kegagapan yang sudah lama dihidapinya.
Apabila Edward VIII memutuskan untuk turun takhta serta melepaskan semua gelaran dirajanya untuk berkahwin dengan Simpson, Albert kini mendapat peluang besar mewarisi takhta diraja United Kingdom; Albert segera berbuat demikian atas saranan Perdana Menterinya Stanley Baldwin. Pewaris yang bergelar Raja George VI kini bertemu Lionel untuk membincangkan persiapan sebelum baginda ditabalkan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus dan baginda dikehendaki membuat kenyataan mengisytiharkan perang bersama Perancis ke atas Jerman Nazi pada tahun 1939, Lionel dipanggil ke Istana Buckingham untuk sama-sama menyiapkan bersama ucapan tersebut agar ia dapat dijalankan dengan lancarnya bagi rakyat jelata baginda raja di Britain dan seluruh pelusuk Empayar British.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Colin Firth sebagai Raja George VI - diberi nama samaran "Bertie"
- Geoffrey Rush sebagai Lionel Logue, pelatih terapi percakapan baginda Raja George VI
- Helena Bonham Carter sebagai Permaisuri Bonda Elizabeth
- Guy Pearce sebagai Raja Edward VIII - putera sulung George V dan pemangku takhta diraja United Kingdom sebelum turun takhta
- Timothy Spall sebagai Winston Churchill,
- Derek Jacobi sebagai Cosmo Gordon Lang
- Jennifer Ehle sebagai Myrtle Logue, isteri Lionel
- Michael Gambon sebagai Raja George V, ayahanda George VI
- Freya Wilson sebagai Puteri Elizabeth, anakanda George VI
- Ramona Marquez sebagai Puteri Margaret, George VI
- Patrick Ryecart sebagai Lord Wigram
- Simon Chandler sebagai Lord Dawson dari Penn
- Claire Bloom sebagai Permaisuri Mary
- Orlando Wells sebagai Putera George, Duke Kent
- Eve Best sebagai Wallis Simpson, kekasih Raja Edward dari Amerika Syarikat
- Anthony Andrews sebagai Stanley Baldwin, Perdana Menteri United Kingdom semasa zaman Edward VIII
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The King's Speech |
- Tapak web rasmi untuk filem
- The King's Speech di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- (Inggeris) The King's Speech di AllMovie
- (Inggeris) Footage of King George VI stammering in the 1938 speech Diarkibkan 2011-04-06 di Wayback Machine