The Silence of the Lambs (filem)
The Silence of the Lambs | |
---|---|
Pengarah | Jonathan Demme |
Lakon layar | Ted Tally |
Berdasarkan | The Silence of the Lambs oleh Thomas Harris |
Dihasilkan oleh | Edward Saxon Kenneth Utt Ron Bozman |
Dibintangi | Jodie Foster Anthony Hopkins Scott Glenn Ted Levine Anthony Heald |
Sinematografi | Tak Fujimoto |
Disunting oleh | Craig McKay |
Muzik oleh | Howard Shore |
Syarikat penerbitan | Strong Heart/Demme Productions |
Diedarkan oleh | Orion Pictures |
Tarikh tayangan | 14 Februari 1991 |
Masa tayangan | 118 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $19 juta[2] |
Pecah panggung | $272.7 juta[2] |
The Silence of the Lambs ialah sebuah filem thriller dan psikologi seram Amerika Syarikat tahun 1991 diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Ia adalah berdasarkan novel tahun 1988 oleh Thomas Harris dengan nama yang sama. Di dalam filem ini, Clarice Starling, seorang pelatih muda FBI meminta nasihat daripada Dr. Lecter yang dipenjara untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Buffalo Bill".
The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $272.7 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $19 juta. Ia merupakan filem ketiga selepas It Happened One Night dan One Flew Over the Cuckoo's Nest untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kesemua lima kategori utama: Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Ia juga merupakan pemenang Filem Terbaik pertama yang dianggap sebagai filem seram dan yang ketiga untuk dicalonkan dalam kategori itu selepas The Exorcist pada tahun 1973 dan Jaws pada tahun 1975.[3] Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 2011.[4]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jodie Foster sebagai Clarice Starling
- Masha Skorobogatov sebagai Clarice muda
- Anthony Hopkins sebagai Dr. Hannibal Lecter
- Scott Glenn sebagai Jack Crawford
- Ted Levine sebagai Jame "Buffalo Bill" Gumb
- Anthony Heald sebagai Dr. Frederick Chilton
- Brooke Smith sebagai Catherine Martin
- Diane Baker sebagai Senator A.S. Ruth Martin
- Kasi Lemmons sebagai Ardelia Mapp
- Frankie Faison sebagai Barney Matthews
- Tracey Walter sebagai Lamar
- Charles Napier sebagai Lt. Boyle
- Danny Darst sebagai Sarjan Tate
- Alex Coleman sebagai Sarjan Jim Pembry
- Dan Butler sebagai Roden
- Paul Lazar sebagai Pilcher
- Ron Vawter sebagai Paul Krendler
- Roger Corman sebagai Pengarah F.B.I. Hayden Burke
- Chris Isaak sebagai Komander S.W.A.T.
- Harry Northup sebagai En. Bimmel
- Don Brockett sebagai teman sel dan "Rakan Pena"
Produksi
[sunting | sunting sumber]Pembangunan
[sunting | sunting sumber]The Silence of the Lambs adalah berdasarkan novel tahun 1988 dengan nama yang sama oleh Thomas Harris dan merupakan filem kedua untuk menampilkan karakter Hannibal Lecter selepas filem tahun 1986, Manhunter. Sebelum novel ini dikeluarkan, Orion Pictures bekerjasama dengan Gene Hackman untuk membawa novel ke skrin besar. Dengan Hackman dijadual mengarah dan kemungkinan membintangi sebagai Lecter, rundingan telah dibuat untuk membahagikan kos hak $500,000 diantara Hackman dan studio.[5] Selain mendapatkan hak untuk novel ini, penerbit juga perlu mendapatkan hak untuk nama "Hannibal Lecter" yang dimiliki oleh penerbit Manhunter, Dino De Laurentiis. Disebabkan kegagalan kewangan filem yang lebih sebelumnya, De Laurentiis meminjamkan hak karakter ini kepada Orion Pictures secara percuma.[6]
Pada bulan November 1987, Ted Tally dibawa masuk untuk menulis adaptasi;[7] Ketika Tally berada pada pertengahan draf pertama, Hackman menarik diri dari projek ini. Walau bagaimanapun, pengasas Orion Pictures, Mike Medavoy meyakinkan Tally untuk terus menulis manakala studio itu sendiri akan membiaya dan mencari pengganti pengarah.[8] Orion Pictures kemudiannya meminta Jonathan Demme untuk menerajui projek. Walaupun lakon layar belum selesai, Demme menyertai selepas membaca novel.[9]
Pemilihan pelakon
[sunting | sunting sumber]Jodie Foster berminat untuk melakonkan watak Clarice Starling selepas membaca novel. Walaupun Foster baru sahaja memenangi Anugerah Akademi untuk lakonannya dalam filem 1988, The Accused, Demme tidak berasa bahawa beliau sesuai untuk peranan tersebut.[10][11] Selepas sebelum ini bekerjasama dalam Married to the Mob, pilihan pertama Demme untuk watak Starling adalah Michelle Pfeiffer yang menolak tawaran ini.[12] Disebabkan itu, Foster diberi watak ini kerana minat beliau terhadap karakter tersebut.[13]
Untuk watak Dr. Hannibal Lecter, Demme pada asalnya mendekati Sean Connery. Selepas pelakon itu menolak tawaran, Anthony Hopkins ditawarkan peranan ini.[14] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Derek Jacobi dan Daniel Day-Lewis.[15] Scott Glenn dipilih untuk watak Jack Crawford, seorang ejen Unit Sains Tingkah Laku FBI di Quantico, Virginia.
Penggambaran
[sunting | sunting sumber]Fotografi utama untuk The Silence of the Lambs bermula pada 15 November 1989 dan selesai pada 1 Mac 1990.[16] Penggambaran mengambil tempat terutamanya di dan sekitar Pittsburgh, Pennsylvania dengan beberapa babak mengambil tempat di utara Virginia Barat.[17] Babak dalaman di rumah Buffalo Bill dirakam di Layton, Pennsylvania.[18] Bahagian dalam Western Center berdekatann Canonsburg, Pennsylvania berperanan sebagai latar untuk Hospital Negeri Baltimore.[19] FBI membenarkan babak untuk dirakam di Akademi FBI yang terletak di Quantico.[20][21]
Muzik
[sunting | sunting sumber]Skor muzik untuk The Silence of the Lambs dicipta oleh Howard Shore yang juga bekerjasama dengan Demme untuk Philadelphia. Direkodkan di Munich semasa musim panas tahun 1990, skor muzik ini dipersembahkan oleh Munich Symphony Orchestra.[22] Sebuah album runut bunyi dikeluarkan oleh MCA Records pada 5 Februari 1991.[23] Muzik daripada filem ini kemudiannya digunakan dalam trailer untuk filem sekuel, Hannibal.[24]
Tayangan
[sunting | sunting sumber]The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $13,766,814 semasa minggu pembukaan. Mengatasi bajetnya sendiri selepas satu minggu, filem ini terbukti merupakan satu kejayaan besar box office. Ketika ia ditutup pada 10 Oktober 1991, filem ini mengutip $130,742,922 di peringkat domestik dengan jumlah kutipan terkumpul seluruh dunia sebanyak $272,742,922.[25] Filem ini merupakan filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 1991.[26]
Penerimaan kritis
[sunting | sunting sumber]The Silence of the Lambs adalah sebuah filem yang mencapai kejayaan tidak dijangka. Ia menerima kejayaan meluas dan pujian kritis.[27] Hopkins, Foster dan Levine menerima pujian meluas untuk lakonan mereka. Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 95% berdasarkan ulasan daripada 73 pengkritik filem dengan purata rating 8.5 daripada 10.[28] Laman web Metacritic memberikan filem ini skor 84 daripada 100, berdasarkan 17 ulasan daripada pengkritik utama, menunjukkan "penerimaan universal".[29]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Filem ini memenangi lima kategori utama di Anugerah Akademi: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Demme), Pelakon Lelaki Terbaik (Hopkins), Pelakon Wanita Terbaik (Foster) dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Ted Tally).[30] Ia juga dicalonkan untuk Adunan Bunyi Terbaik (Tom Fleischman dan Christopher Newman) dan Suntingan Filem Terbaik tetapi tewas kepada Terminator 2: Judgment Day dan JFK.[31] Pada tahun 1998, filem ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik dalam tempoh 100 tahun yang lepas oleh Institut Filem Amerika.[32]
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Akademi ke-64 | Pelakon Lelaki Terbaik | Anthony Hopkins | Menang |
Pelakon Wanita Terbaik | Jodie Foster | Menang | |
Lakon Layar Adaptasi Terbaik | Ted Tally | Menang | |
Pengarah Terbaik | Jonathan Demme | Menang | |
Filem Terbaik | Edward Saxon, Kenneth Utt, Ron Bozman | Menang | |
Suntingan Filem Terbaik | Craig McKay | Tercalon | |
Adunan Bunyi Terbaik | Tom Fleischman, Christopher Newman | Tercalon | |
Anugerah Golden Globe ke-49 | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Jodie Foster | Menang |
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Drama | Anthony Hopkins | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Jonathan Demme | Tercalon | |
Filem Terbaik – Drama | Kenneth Utt | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Ted Tally | Tercalon | |
Anugerah BAFTA ke-45 | Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama | Anthony Hopkins | Menang |
Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Jodie Foster | Menang | |
Lakon Layar Adaptasi Terbaik | Ted Tally | Tercalon | |
Sinematografi Terbaik | Tak Fujimoto | Tercalon | |
Arahan Terbaik | Jonathan Demme | Tercalon | |
Suntingan Terbaik | Craig McKay | Tercalon | |
Filem Terbaik | Ron Bozman, Edward Saxon, Kenneth Utt | Tercalon | |
Muzik Filem Terbaik | Howard Shore | Tercalon | |
Bunyi Terbaik | Skip Lievsay, Christopher Newman, Tom Fleischman | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Silence of the Lambs". British Board of Film Classification. Dicapai pada September 20, 2013.
- ^ a b "The Silence of the Lambs (1991)". Box Office Mojo. Dicapai pada November 30, 2014.
- ^ "15 Facts About 'The Silence of the Lambs' You Didn't Know". Hollywood.com. Dicapai pada 12 September 2015.
- ^ "Silence of the Lambs added to U.S. film archive". BBC. 28 Disember 2011. Dicapai pada 28 Disember 2011.
- ^ Tiech, John (June 20, 2012). Pittsburgh Film History: On Set in the Steel City. Stroud, Gloucestershire: The History Press. m/s. 63. ISBN 1-60949-709-0. Dicapai pada March 13, 2014.
- ^ Bernstein, Jill (Februari 8, 2001). "How Ridley Scott's Hannibal came to be made". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada Mac 13, 2014.
- ^ Medavoy, Mike (June 25, 2013). You're Only as Good as Your Next One: 100 Great Films, 100 Good Films, and 100 for Which I Should Be Shot (ed. Reprint). New York City: Atria Books. m/s. 183. Dicapai pada Mac 13, 2014.
- ^ Engel, Joel (Februari 12, 2013). Screenwriters on Screen-Writing: The Best in the Business Discuss Their Craft (ed. Kindle). New York City: Hyperion Books. Dicapai pada Mac 13, 2014.
- ^ Kapsis, Robert E. (December 19, 2008). Jonathan Demme: Interviews (Conversations With Filmmakers Series). Jackson, Mississippi: University Press of Mississippi. m/s. 71–75. ISBN 1-60473-118-4. Dicapai pada Mac 13, 2014.
- ^ "The Total Film Interview – Jodie Foster". Total Film. Future Publishing. Disember 1, 2005. Dicapai pada Mac 14, 2014.
- ^ Davis, Cindy (Februari 27, 2012). "Mindhole Blowers: 20 Facts About The Silence of the Lambs That Might Make You Crave a Nice Chianti". Pajiba. Dicapai pada Mac 14, 2014.
- ^ The Barbara Walters Special, American Broadcast Company, 1992
- ^ Maslin, Janet (Februari 19, 1991). "How to Film a Gory Story With Restraint". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada Mac 14, 2014.
- ^ Odam, Matthew (Oktober 26, 2013). "AFF panel wrap: Jonathan Demme in conversation with Paul Thomas Anderson". Austin American-Statesman. Cox Media Group. Dicapai pada Mac 15, 2014.
- ^ Lang, Brent (September 11, 2013). "Derek Jacobi, Daniel Day-Lewis Almost Played Hannibal Lecter in 'Silence of the Lambs'". The Wrap. Dicapai pada April 8, 2014.
- ^ "The Silence of the Lambs (1991) – Miscellaneous Notes". Leonard Maltin's Classic Movie Guide. Turner Classic Movies. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ "City lands good share of movies". The Vindicator. 10 Disember 1995. Dicapai pada 30 Disember 2011.
- ^ "'Silence of the Lambs' House Can't Find a Buyer". New York Times. Januari 12, 2016. Dicapai pada 2016-01-12.
- ^ Kirsch, Tom. "Western Center – Abandoned Photography". Opacity. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ Edwards, Carl N. (Januari 2, 2001). Responsibilities and Dispensations: Behavior, Science, & American Justice. Dover, Massachusetts: Four Oaks Press. m/s. 132. ISBN 0-9705128-8-0. Dicapai pada 15 Mac 2014.
- ^ Lurie, Rod (Jun 1991). "Dr. Lecter Will See You Now". Empire Magazine. Dicapai pada 24 Julai 2014.
- ^ "Howard Shore – The Silence Of The Lambs (The Original Motion Picture Score)". Discogs. Zink Media, Inc. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ "Filmtracks: The Silence of the Lambs (Howard Shore)". Filmtracks.com. November 24, 2009. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ "Trailer Music: Hannibal (2001)". Soundtrack.net. Autotelics, LLC. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ "The Silence of the Lambs". Box Office Mojo.
- ^ "1991 Yearly Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada September 21, 2012.
- ^ Collins, Jim (1992). Film Theory Goes to the Movies. Routledge. m/s. 35. ISBN 0-415-90576-1.
- ^ "The Silence of the Lambs – Rotten Tomatoes". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada Disember 28, 2015.
- ^ "The Silence of the Lambs Reviews". CBS Interactive]. Metacritic. Dicapai pada Mac 11, 2014.
- ^ Pristin, Terry (Mac 31, 1992). "'Silence of the Lambs' Sweeps 5 Major Oscars". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada Mac 15, 2014.
- ^ "The 64th Academy Awards (1992) Nominees and Winners". oscars.org. Dicapai pada 2011-10-22.
- ^ AFI's 100 Years... 100 MoviesAccessed 14 March 2007. Diarkibkan 2007-03-05 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Silence of the Lambs |