Terpaling Juara (musim 1)
Terpaling Juara adalah merupakan sebuah program nyanyian realiti TV berformat baharu yang disiarkan di TV3 bermula pada 21 Ogos 2022. Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir manakala Dato' Hattan dan Fauziah Latiff menggalas tugas sebagai juri tetap bagi musim ini. Program ini mulai disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam.
Terpaling Juara | |
---|---|
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 8 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Tonton |
Siaran asal | 21 Ogos 2022 – 9 Oktober 2022 |
Pautan luar | |
[[1] Laman sesawang] |
Format pertandingan
[sunting | sunting sumber]Terpaling Juara mempertaruhkan 3 kapten bersama-sama 6 peserta dimana 3 terdiri daripada penyanyi senior dan 3 lagi penyanyi junior. Kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior tersebut.
Mereka akan membuat persembahan minggu yang bertemakan playlist AJL iaitu dimana lagu-lagu popular Anugerah Juara Lagu akan diberikan nafas baru yang mana pastinya akan menggamit nostalgia penonton untuk program ini.
Kapten & Peserta
[sunting | sunting sumber](Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan.)
Kapten | Peserta | Umur | Asal | Status |
---|---|---|---|---|
Akim Ahmad | Hazami | 47 | Perak | Senior |
Hael Husaini | Rahmad Mega | 52 | Johor | Senior |
Shazreen Shaharum | 26 | Melaka | Junior | |
Naim Daniel | Aqmal Ramdan | 25 | Melaka | Junior |
- Trivia
- Ketiga-tiga Kapten yang dipilih adalah merupakan bekas-bekas pemenang Juara Lagu secara keseluruhan.
- Akim Ahmad merupakan juara AJL 30 dengan lagunya "Potret" bersama Akim & The Majistret.
- Manakala Hael Husaini juara AJL 32 dengan lagu "Jampi" serta juara AJL 33 bersama Dayang Nurfaizah menerusi lagu "Haram".
- Juara AJL 34 pula dimenangi oleh Naim Daniel dengan lagunya "Sumpah".
Konsert mingguan
[sunting | sunting sumber]Minggu 1
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 21 Ogos 2022
Tema: Game On
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Aqeesh | “Gila Lah!” (Stacy) |
Rahmad | “Bayangan Gurauan” (Mega) |
Shaz | “Cinta” (Marsha Milan) |
Ifa | “Sangkar Cinta” (Ziana Zain |
Aqmal | “Nur Kasih” (Slam) |
Hazami | “Mungkir Bahagia” (Hazami) |
Persembahan terbaik: Rahmad Mega
Dua terbawah: Ifa Raziah & Aqeesh
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 2
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 28 Ogos 2022
Tema: 3 Dekad (80an, 90an & 2000an)
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Rahmad | “Merisik Khabar” (Dato’ Sudirman) |
Aqeesh | “Sumpah” (Aina Abdul) |
Ifa | “Di Pintu Syurga” (Dayang Nurfaizah) |
Aqmal | “Raikan Cinta” (Dato’ M. Nasir) |
Hazami | “Seribu Impian” (Casey) |
Shaz | “Selamat Jalan Romeo” (Ramlah Ram) |
Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Ifa Raziah & Hazami
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 3
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 4 September 2022
Tema: Cinta
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Aqmal | “Taman Rashidah Utama” (Wings) |
Ifa | “Sepi Sekuntum Mawar Merah” (Ella) |
Hazami | “Mas Mona” (Dato' Jefrydin) |
Aqeesh | “Tak Tercapai Akalmu” (Elyana) |
Rahmad | “Ghazal Untuk Rabiah” (Dato’ M. Nasir) |
Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Ifa Raziah & Hazami
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 4
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 11 September 2022
Tema: Kapten
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Shaz | “Canggung” (Wany Hasrita) |
Hazami | “Potret” (Akim & The Majistret) |
Aqmal | “Sumpah” (Naim Daniel) |
Rahmad | “Jampi” (Hael Husaini) |
Ifa | “Purnama” (Naim Daniel) |
Aqeesh | “Rampas” (Akim & The Majistret) |
Persembahan terbaik: Hazami
Dua terbawah: Ifa Raziah & Aqeesh
Tersingkir: Ifa Raziah
Minggu 5
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 18 September 2022
Tema: Vice Versa
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Aqeesh | "Segalanya Ku Terima" (Illusi) |
Aqmal | "Janji Manismu" (Dato' Aishah) |
Shaz | "Kau Pun Sama" (Syamel) |
Rahmad | "Bunga" (Ara Johari) |
Hazami | "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor) |
Persembahan terbaik: Hazami
Dua terbawah: Rahmad Mega & Shaz
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Minggu 6
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 25 September 2022
Tema: Duet
Peserta & Artis Duet | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Aqeesh & Cliff Umar | "Kisah Cinta Kita" (Hafiz Suip) |
Shaz & Nikki Palikat | "Ku Bersuara" (Ernie Zakri) |
Rahmad & Ayda Jebat | "Keliru" (Ajai & Nurul) |
Hazami & Stacy | "Pelangi Senja" (Stacy) |
Aqmal & Aizat Amdan | "Terukir Di Bintang" (Yuna) |
Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Aqeesh & Aqmal
Tersingkir: Aqeesh
Minggu 7: Separuh Akhir
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 2 Oktober 2022
Tema: Band
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Aqmal | "Aku Scandal" (Hujan) |
Shaz | "Hanya NamaMu" (Caliph Buskers) |
Hazami | "Aurora" (Estranged) |
Rahmad | "Kejoraku Bersatu" (Search) |
Persembahan terbaik: Rahmad Mega
Dua terbawah: Hazami & Shaz
Tersingkir: Tiada penyingkirkan.
Minggu 8: Akhir
[sunting | sunting sumber]Tarikh disiarkan: 9 Oktober 2022
Tema: Akhir
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Pusingan Pertama | |
Hazami & Akim | "Joget Angan Tak Sudah" (Jay Jay) |
Shaz & Hael | "Hati" (Hael Husaini) |
Aqmal | "Sampai Syurga" (Faizal Tahir) |
Rahmad | "Ku Akui" (Hafiz Suip) |
Pusingan Kedua | |
Shaz | "Gelisah Mimpi" (Liza Hanim) |
Aqmal & Naim | "Di Amaran Mama" (Hazama) |
Hazami | "Luluh" (Khai Bahar) |
Rahmad & Hael | "Di Penjara Janji" (Dato' Awie) |
Tempat Keempat: Shaz
Tempat Ketiga: Hazami
Naib Juara: Aqmal
Juara: Rahmad Mega
Carta penyingkiran
[sunting | sunting sumber]Ked. | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | Akhir |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
21/8 | 28/8 | 04/9 | 11/9 | 18/9 | 25/9 | 02/10 | 09/10 | |
1. | Rahmad | Shaz | Shaz | Hazami | Hazami | Shaz | Rahmad | Rahmad |
2. | Shaz | Aqmal | Rahmad | Shaz | Aqmal | Rahmad | Aqmal | Aqmal |
3. | Aqmal | Rahmad | Aqmal | Rahmad | Shaz | Hazami | Shaz | Hazami |
4. | Hazami | Hazami | Hazami | Aqmal | Rahmad | Aqmal | Hazami | Shaz |
- Klu warna
- Peserta yang menjadi juara.
- Peserta yang menjadi naib juara.
- Peserta yang menduduki tempat ketiga.
- Peserta yang menduduki tempat keempat / finalis konsert akhir.
- Peserta yang memenangi Persembahan Terbaik Mingguan
- Peserta yang terselamat daripada penyingkiran.
- Peserta yang telah disingkirkan.
- Trivia
- Pada konsert minggu ketiga, pengacara mengumumkan bahawa akan ada sesi penyingkiran berlaku. Namun, Dato' Hattan sebagai ketua juri tidak bersetuju untuk menyingkirkan mana-mana peserta pada malam tersebut. Jadi pada malam tersebut tiada sesi penyingkiran dilakukan. [1]
- Pada konsert minggu separuh akhir, Hazami diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah pada malam tersebut. Namun salah seorang juri iaitu Fauziah Latiff telahpun bertindak dengan menyelamatkan beliau daripada tersingkir dan sekaligus keputusan tersebut melayakkan kesemua peserta untuk bertanding dikonsert akhir. [2]
Hadiah
[sunting | sunting sumber]Tempat | Pemenang | Hadiah |
---|---|---|
Juara | Rahmad Mega | Wang RM100,000 Trofi |
Naib Juara | Aqmal | Wang RM50,000 Trofi |
Ketiga | Hazami | Wang RM30,000 Trofi |
Keempat | Shaz | Wang RM10,000 Trofi |
- Trivia
- Setiap minggu, peserta yang memenangi Persembahan Terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.
Penglibatan
[sunting | sunting sumber]- Pengacara
- Haziq Hussni (Konsert)
- Shiha Zikir (Konsert)
- Neeta Manis (Glamroom)
- Kapten
- Akim Ahmad (Juara AJL 30)
- Hael Husaini (Juara AJL 32 & AJL 33)
- Naim Daniel (Juara AJL 34)
- Juri Tetap
- Penaja
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]- Pada konsert minggu ketiga, Ifa Raziah dikecam netizen apabila beliau berani membalas balik komen daripada juri tetap pertandingan ini, iaitu Dato' Hattan apabila beliau menyalahkan pakaian dikenakannya sebagai salah satu punca beliau menyanyi sumbang ketika itu. Netizen juga berang kerana beranggapan Ifa telah merosakkan lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah" iaitu nyanyian asal Ratu Rock Ella dengan persembahan dan nyanyiannya yang teruk. [3]
- Shaz, iaitu salah seorang peserta program ini juga turut dikecam apabila beliau salah menyanyikan lirik lagu "Purnama Merindu" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza. Namun begitu, Shaz berjaya memenangi Persembahan Terbaik ketika itu walaupun ada tersalah lirik ketika itu. [4]