Casey Subramaniam
Casey | |
---|---|
Nama lahir | Kesavan Subramaniam |
Juga dikenali sebagai | Casey Subramaniam |
Kelahiran | 1969 (umur 54–55) Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop, balada, jaz |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, pemuzik |
Instrumen | Vokal, gitar, bes |
Tahun aktif | 1987–kini |
Syarikat rakaman | SCAT Records |
Pengkarya berkait | Khadijah Ibrahim, Nora |
Alat muzik terkenal | |
Ibanez Roadstar Bass Fender Precision Bass Rickenbacker 4003 bass |
Kesavan "Casey" Subramaniam ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya muzik pada hujung 1980-an, beliau terkenal menerusi lagu "Seribu Impian" dan "Jangan Ada Benci". Casey juga dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-2.[1]
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Casey pada usia muda telah dipengaruhi oleh ibunya yang merupakan seorang penyanyi jaz profesional. Setelah memperoleh kemahirannya dengan latihan selama bertahun-tahun dalam bidang muzik, Casey telah menerima penghormatan sebagai pemuzik dan penyanyi di industri muzik Asia dengan persembahan yang memberi inspirasi.
Pada usia 19 tahun, Casey tampil sebagai pemain solo di kelab All That Jazz di Kuala Lumpur. Pada tahun 1990 pada usia 21 tahun, menyertai kumpulan muzik sebagai pemain bes yang memainkan semua genre muzik. Casey juga diundang untuk membuat persembahan dengan pemuzik dan penyanyi terkenal tempatan seperti Michael Veerapen, Lewis Pragasam dan banyak lagi.
Kejayaannya hadir pada 1994 apabila beliau muncul dengan single pertamanya, "Seribu Impian" hasil ciptaan Aubrey Suwito telah memperkenalkan beliau kepada umum di industri muzik. Album pertamanya, Casey kemudian menyusul.[2][3] Diterbitkan oleh SCAT Records, album ini memuatkan sebanyak 10 lagu termasuk sebuah lagu duet bersama Khadijah Ibrahim, "Apakah Semua".[4] Menerusi album ini, Casey menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-2, memenangi satu anugerah, iaitu Artis Baharu Lelaki Terbaik, manakala "Seribu Impian" dicalonkan untuk Muzik Video Terbaik.[5]
Beliau juga pernah berduet bersama Nora menerusi lagu "Meniti Janji" yang dimuatkan dalam album kedua Nora, Debaran (1995). Album kedua beliau pula menyusul pada 1996 dengan tajuk Menatap Memori. "Jangan Ada Benci" karya Fauzi Marzuki dan Habsah Hassan telah dikeluarkan sebagai single utama.[6][7][8] Casey mendedahkan dalam satu temubual bersama Berita Harian pada September 2021 bahawa lagu tersebut nyaris tidak dimuatkan dalam Menatap Memori.[1]
Beberapa tahun selepas mencipta kejayaan di Malaysia, Casey berhijrah ke Singapura dan meneruskan kerjaya muziknya di sana. Sepanjang tempohnya di negara Kota Singa, Casey melakukan pelbagai kerja termasuk bermain muzik di kelab, bekerja di studio dan mengajar muzik di sebuah sekolah antarabangsa. Pada Jun 2021, selepas sekian lama tidak muncul dengan karya muzik baharu, Casey melancarkan single "Kau Harus Pergi" yang terdapat di semua pelantar digital. Ia berkisarkan tekanan dialami teman sekeliling akibat pandemik COVID-19.[1] Ini menjadi rakaman rasmi pertama beliau dalam tempoh 25 tahun.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Casey berkahwin dengan Fretzie Bituin Arroyo dan dikurniakan dua anak, Kishaan Kadriel dan Girvan Shiloh. Beliau mempunyai seorang lagi anak, Kristen Kadriel menerusi perkahwinan terdahulu. Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Zizie Ezette.[9]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Butiran album |
---|---|
Casey |
|
Menatap Memori |
|
Single
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun |
---|---|
"Seribu Impian" | 1994 |
"Jangan Ada Benci" | 1996 |
"Kau Harus Pergi" | 2021 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | Anugerah Industri Muzik ke-2 | Artis Baru Lelaki Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |
Muzik Video Terbaik | "Seribu Impian" | Tercalon | ||
1997 | Anugerah Industri Muzik ke-4 | Album Pop Terbaik | Menatap Memori | Tercalon |
Album Terbaik | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Farihad Shalla Mahmud (21 September 2021). "Casey berkorban demi cinta". Berita Harian. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
- ^ Marina Abdul Ghani (12 November 1994). "Casey gets a break with Scat" [Casey mendapat kejayaan bersama Scat] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
- ^ Zainal Alam Kadir (12 November 1994). "Video clip ensures impact for Casey's upbeat debut album" [Klip video memberi impak untuk album sulung Casey] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
- ^ Jenney Juanis (6 November 1994). "Akankah semua pertemukan Casey dan Kathy". Berita Minggu. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
- ^ Azian Adnan (9 April 1995). "Tersasul cakap Inggeris kerana tergamam". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Mac 2020.
- ^ Marina Abdul Ghani (20 November 1996). "Casey keeps to the R&B approach" [Casey terus dengan pendekatan R&B] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ Abie Abdullah (17 November 1996). "Casey yakin". Metro Ahad. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (22 Oktober 1996). "Casey semakin mantap". Harian Metro. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ Abie Abdullah (3 November 1996). "Casey, Zizie sehati". Berita Minggu. Dicapai pada 5 Oktober 2020.