Tentera Darat Ke-4 Panzer
4.Panzer-Armee Tentera Darat Ke-4 Panzer | |
---|---|
Aktif | 15 Feb 1941 – 8 Mei 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Wehrmacht |
Jenis | Panzer |
Peranan | Peperangan berperisai |
Saiz | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Tentera Darat Ke-4 Panzer (Jerman: 4. Panzerarmee) adalah, sebelum ditugaskan sebagai ketumbukan penuh, Kumpulan Panzer 4 (Panzergruppe 4), sebuah tentera darat medan panzer Jerman semasa Perang Dunia II. Unit-unitnya memainkan peranan penting dalam pencerobohan Perancis, dan kemudian di Barisan Timur.
Kumpulan Panzer Ke-4
[sunting | sunting sumber]Pendahulu Kumpulan Panzer Ke-4 adalah Kor XVI yang dibentuk di Berlin pada Februari 1938. Ia berperang di Poland dan dalam kempen di Barat. Pada Februari 1941, Kumpulan Panzer Ke-4 telah diwujudkan, mengambil alih aktiviti Kor XVI dan diletakkan dibawah Kumpulan Tentera Darat Utara.[1]
Pada 22 Jun 1941 Kumpulan ini mengandungi:
- Kor XXXXI (Jeneral Reinhardt): 1. Panzer-Division, 6. Panzer-Division, 36. Infantry-Division, 269. Infantry-Division
- Kor LVI (Jeneral von Manstein): 8. Panzer-Division, 3. Infantry-Division, 290. Infantry-Division
1941
[sunting | sunting sumber]Pada permulaan Operasi Barbarossa, kumpulan ini adalah sebahagian Kumpulan Tentera Darat Utara, dan terdiri daripada Kor XLI Panzer dan Kor LVI (motoris), yang mengandungi tiga divisyen panzer dan dua divisyen infantri motoris, kesemuanya dilengkapi dengan 631 buah kereta kebal.
Bertindak sebagai peneraju armor untuk Kumpulan Tentera Darat Utara dalam fasa pembukaan Operasi Barbarossa, ia melintasi Sungai Neman, dimana Kor XLI Panzer diserang balas oleh 300 kereta kebal Soviet di Raseiniai. Didalam pertempuran selama empat hari, pihak Jerman mengepung dan memusnahkan armor Soviet. Kor LVI Panzer menawan jambatan Daugava dan memulakan kemaraannya ke arah Leningrad.
Tentera Soviet memperjuangkan satu pertahanan sengit disekitar Leningrad dan Hitler memperkukuhkan Tentera Darat Ke-4 Panzer dengan Tentera Darat Ke-3 Panzer dan ia menyusur masuk 11 kilometer dari kotaraya itu. Namun, Hitler mengundurkan kedua-dua ketumbukan panzer dan memindahkan mereka ke Kumpulan Tentera Darat Tengah untuk serangan besar-besaran terhadap Moscow.
Operasi itu memanggil Tentera Darat Ke-3 dan Ke-4 Panzer untuk menyerang Moscow dari utara. Tentera Darat Ke-4 Panzer akan menyerang dari tengah dan Tentera Darat Ke-2 Panzer dari selatan. Tetapi disebabkan cuaca terlampau sejuk, keadaan bekalan yang merosot dan tentangan Soviet yang kuat, hanya Tentera Darat Ke-4 Panzer membuat kemajuan terhadap tentera Soviet dan menghampiri hingga 24 kilometer dari Moscow. Keletihan, ia berhenti dan kemudian ditolak kembali 320 kilometer dengan korban yang banyak oleh penyerangan balas Soviet yang dilancarkan pada Disember 1941.
1942
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Januari 1942, Kumpulan Panzer Ke-4 telah direka semula Tentera Darat Ke-4 Panzer.[2] Tentera Darat Ke-4 Panzer memegang posisi defensif pada musim bunga 1942 dan kemudian diperkukuhkan dengan banyaknya, dibaik pulih dan dipindahkan ke Kumpulan Tentera Darat Selatan untuk penyerangan di Selatan Rusia. Apabila Operasi Blue berkembang, Hitler memecahkan Kumpulan Tentera Darat Selatan kepada dua kumpulan tentera. Kumpulan Tentera Darat A yang mengandungi Tentera Darat Ke-17 dan Tentera Darat Pertama Panzer dan Kumpulan Tentera Darat B yang mengandungi Tentera Darat Ke-6 dan Tentera Darat Ke-4 Panzer.
Tentera Darat Ke-4 Panzer pada 1 Ogos 1942 terdiri daripada:[3]
- Kor XXXXVIII Panzer (Jeneral Pasukan Panzer Werner Kempf): 14. Panzer-Division, 29. Motorized-Division, (24. Panzer-Division dari Tentera Darat Ke-6 pada 14 Ogos)
- Kor IV (Jeneral Infantri Viktor von Schwedler): 94. Infantry-Division, 371. Infantry-Division, (297. Infantry-Division dari Tentera Darat Ke-6 pada 14 Ogos)
- Kor VI Romania (Leftenan Jeneral Corneliu Dragalina): Romanian 1. Infantry-Division, 2. Infantry-Division, 4. Infantry-Division, 20. Infantry-Division
Objektif Kumpulan Tentera Darat B adalah untuk mengawal sungai Volga manakala Kumpulan Tentera Darat A menyusup kedalam medan minyak Caucasus. Tentera Darat Ke-4 Panzer mendekati Stalingrad dari selatan sementara Tentera Darat Ke-6 mendekatinya dari barat. Sasaran mereka ialah bertemu di Stalingrad dan mengepung Tentera Darat Ke-62 dan Ke-64 Soviet di luar bandaraya itu. Bagaimanapun, Tentera Darat Ke-6 berdepan dengan serangan balas yang kuat oleh tentera Soviet dan gagal bertemu dengan Tentera Darat Ke-4 Panzer selama tiga hari yang penting, membolehkan dua ketumbukan Soviet itu berundur kedalam Stalingrad.
Tentera Darat Ke-4 Panzer mengawal bahagian luar Stalingrad manakala Tentera Darat Ke-6 terlibat dalam pertempuran untuk menawan bandaraya itu. Selama lebih dua bulan, Tentera Darat Ke-6 terlibat dalam pertempuran ganas dalam bandaraya itu; walaupun ia dapat menguasai 90% bandaraya ini, ia tidak dapat memusnahkan kelompok terakhir penentangan. Pihak Soviet melancarkan penyerangan balas mereka pada 19 November 1942 yang menghasilkan kepungan menyeluruh Tentera Darat Ke-6 dan Divisyen Ke-24 Panzer dari Tentera Darat Ke-4 Panzer. Dibawah Jeneral Hermann Hoth, Tentera Darat Ke-4 Panzer cuba dan gagal memecahkan pengepungan Stalingrad dalam Unternehmen Wintergewitter, dan berundur, memaksa penyerahan kalah Tentera Darat Ke-6.
1943
[sunting | sunting sumber]Ketumbukan panzer ini kemudiannya diperkukuhkan lagi dan mendapat 160 buah kereta kebal baru. Ia kemudian dapat menghentikan ofensif musim sejuk Soviet di selatan Rusia dan kemudian menyerang balas dan merampas semula bandaraya Kharkov pada Mac 1943. Ketumbukan ini menyaksikan sedikit atau tiada pertempuran selama tiga bulan akan datang kerana kedua-dua belah pihak sibuk membina kekuatan mereka untuk pertempuran yang akan datang.
Ketumbukan ini sepanjang musim bunga 1943 telah diperkukuhkan dengan banyak sekali dan mempunyai kekuatan 1,100 kereta kebal dan 250,000 askar menjelang bulan Julai 1943. Ia membentuk pasukan penggempur selatan dalam Pertempuran Kursk. Ketumbukan ini cuba tetapi gagal memecah masuk pertahanan Soviet di Kursk. Ia kemudian berperang dalam siri pertempuran defensif disepanjang saki baki tahun 1943 bagi mengekang Operasi Penyerangan Strategik Dnieper Rendah Tentera Merah. Pada November 1943, pihak Soviet tiba di Kiev dan Tentera Darat Ke-4 Panzer diberi tugas mempertahankan bandaraya itu. Sasaran Soviet ialah menawan kotaraya itu dan memecah rangkaian rel dengan Kumpulan Tentera Darat Tengah atau mengepung Kumpulan Tentera Darat Selatan. Walaupun pihak Soviet telah membebaskan Kiev, memecah garis Dnieper, dan menyebabkan korban yang besar, Tentera Darat Ke-4 Panzer terus bertahan dan pihak Soviet gagal memecah rangkaian rel.
1944
[sunting | sunting sumber]Menjelang awal tahun 1944, Tentera Darat Ke-4 Panzer telah ditolak kembali ke sempadan pra-perang 1939 Poland. Ketumbukan itu mempertahankan barat Ukraine dari Kiev sehingga akhir Jun 1944, berperang diselatan wilayah Pinsk Marshes, dan sekitar Lutsk, Shepetovka, Tarnopol, dan Kovel. Semasa bulan Julai 1944, serangan Soviet memaksa Tentera Darat Ke-4 Panzer berundur melalui kawasan Chełm dan Lublin, berhenti di tebing barat Sungai Vistula dan pada mulanya berjaya menguasai pangkalan terdepan Soviet di Baranow. [4] Pada November 1944 Kumpulan ini mengandungi:
- Kor LVI Panzer (Jeneral Johannes Block)
- Kor XLVIII Panzer (Jeneral Maximilian von Edelsheim)
- Kor VIII (Jeneral Hermann Recknagel)
Pertahanan disepanjang Vistula mengambil tempat dari Ogos 1944 sehingga penyerangan baru Soviet pada Januari 1945.
1945
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 1945, Tentera Darat Ke-4 Panzer memegang kedudukan statik defensif atas arahan terus Hitler dan semasa keredaan dalam pertempuran ia mewujudkan zon defensif di selatan Poland.
Tentera Jerman tidak mengetahui yang pihak Soviet merancang untuk memusnahkan seluruh zon defensif dengan pengeboman artileri. Tentera Soviet memulakan Penyerangan Vistula–Oder mereka pada 17 Januari dan menyerang dengan penuh kekuatan dan kepantasan sehingga mereka berjaya mengepung dan menghancurkan Kor LVI Panzer; memusnahkan separuh dari kekuatan pasukan armor milik Tentera Darat Ke-4 Panzer. Panglima Kor LVI, Jeneral Johannes Block, terbunuh dalam serangan itu pada 26 Januari. Saki baki Ketumbukan Panzer berundur bersama seluruh barisan sebelum berkumpul semula ditebing barat Sungai Oder pada Februari 1945.
Pihak Soviet menghentikan ofensif mereka pada Februari 1945. Tentera Darat Ke-3 Panzer diberi tugas menghentikan tentera Soviet di utara, manakala Tentera Darat Ke-9 mengawas tentera Soviet di bahagian tengah. Pada Februari 1945, Tentera Darat Ke-4 Panzer mempertahankan seluruh Sungai Oder, menyekat pangkalan terdepan Soviet di Steinau dekat Oder. Pada Mac dan awal April 1945, ketumbukan ini tertumpu pada pertahanan disepanjang Sungai Lusatian Neisse antara Görlitz dan Guben.[5]
Pada 16 April 1945, pihak Soviet memperbaharui ofensif mereka dengan menyeberangi Sungai Oder. Sewaktu Tentera Darat Ke-9 mengekang tentera Soviet dalam Pertempuran Seelow Heights, Tentera Darat Ke-4 Panzer telah ditolak kembali. Kor V dari Tentera Darat Ke-4 Panzer yang berundur telah ditolak ke kawasan operasi Tentera Darat Ke-9 Jerman, membentuk sebuah kelompok yang berjumlah 80,000 askar. Pihak Soviet kemudian mengepung pasukan ini didalam kelompok di Spree Forest selatan Seelow Heights dan barat Frankfurt.[6] Beberapa pasukan Tentera Darat Ke-4 Panzer yang terperangkap dalam Kelompok Halbe dapat melolos keluar ke barat dan menyerah kepada Tentera Darat A.S. di tebing barat Sungai Elbe, tetapi sebahagian besar Tentera Darat Ke-4 Panzer telah ditolak ke selatan Dresden masuk ke Pergunungan Ore dan terpaksa menyerahkalah kepada tentera Soviet pada awal Mei 1945 di ambang Penyerangan Prague.
Para Panglima
[sunting | sunting sumber]- Generaloberst Erich Hoepner (15 Feb 1941 – 7 Jan 1942)
- Generaloberst Richard Ruoff (8 Jan 1942 – 31 Mei 1942)
- Generaloberst Hermann Hoth (31 Mei 1942 – 10 Nov 1943)
- Generaloberst Erhard Raus (10 Nov 1943 – 21 April 1944)[7]
- Generaloberst Josef Harpe (18 Mei 1944 – 28 Jun 1944)
- General der Panzertruppe Walther Nehring (28 Jun 1944 – 5 Ogod 1944)
- General der Panzertruppe Hermann Balck (5 Ogos 1944 – 21 Sep 1944)
- General der Panzertruppe Fritz-Hubert Gräser (21 Sep 1944 – 8 Mei 1945)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kumpulan Tentera Darat Tengah
- Operasi Barbarossa
- Fall Blau
- Pertempuran Kursk
- Penyerangan Lvov-Sandomierz
- Bermulanya Pertempuran Berlin
- Pertempuran Halbe hanya Kor V, yang telah dipindahkan dari Tentera Darat Ke-4 Panzer ke Tentera Darat Ke-9 sejurus sebelum pertempuran itu.
- Penyerangan Prague
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ Bender, Uniforms, Organization and History of the Panzertruppe, p.22
- ^ Bender, Roger James. Uniforms, Organization and History of the Panzertruppe (ISBN 0-912138-18-1) p.23
- ^ Glantz, David M. To The Gates of Stalingrad (ISBN 978-0-7006-1630-5) p.272
- ^ Tessin, halaman 229
- ^ Tessin, halaman 229
- ^ Beevor, halaman 329
- ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 352
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Beevor, Antony. The Fall of Berlin 1945. New York: Viking Books, 2002.
- Tessin, Georg. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939-1945, Volume 2. Osnabrück: Biblio Verlag, 1973.