Pergi ke kandungan

Tentera Darat Ke-17 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Ke-17
17. Armee (AOK 17)
Aktif20 Disember 1940 – 7 Mei 1945
Dibubarkan7 Mei 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal

Tentera Darat Ke-17 (Jerman: 17. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman Nazi semasa Perang Dunia II.

Operasi Barbarossa

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 1941, Tentera Darat Ke-17 adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan apabila Jerman Nazi melancarkan Operasi Barbarossa dan menceroboh Soviet Union. Dari 1 Julai, "Kor Bergerak" (Gyorshadtest) Hungary adalah subordinat kepada Tentera Darat Ke-17. Bersama dengan Tentera Darat Pertama Panzer, Tentera Darat Ke-17 mengepung tentera Soviet di tengah Ukraine semasa Pertempuran Uman. Kira-kira 100,000 askar Soviet telah ditawan. Tentera Darat Ke-17 terlibat dalam Pertempuran Kiev. Kumpulan Tentera Darat Selatan telah diarah untuk meneruskan serangan itu, dengan objektif menakluk Rostov-on-Don, iaitu pintu masuk ke medan minyak Caucasus, dan Kharkov, pusat utama industri berat bagi Soviet Union.

Pada Oktober 1941, ketumbukan itu berada dibawah pemerintahan Hermann Hoth, yang telah disabitkan kesalahan selepas perang dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi.[1] Hoth merupakan penyokong aktif perang penghapusan (Vernichtungskrieg [de]) terhadap Soviet Union. Beliau menyeru orang-orangnya untuk memahami keperluan bagi "hukuman keras ke atas Yahudi". Sebagai menyokong Perintah Severity yang dikeluarkan oleh Walther von Reichenau pada Oktober 1941, pada November 1941 Hoth mengeluarkan arahan berikut kepada askar-askar dibawah perintahnya:[2]

Every sign of active or passive resistance or any sort of machinations on the part of Jewish-Bolshevik agitators are to be immediately and pitilessly exterminated ... These circles are the intellectual supports of Bolshevism, the bearers of its murderous organisation, the helpmates of the partisans. It is the same Jewish class of beings who have done so much damage to our own Fatherland by virtue of their activities against the nation and civilisation, and who promote anti-German tendencies throughout the world, and who will be the harbingers of revenge. Their extermination is a dictate of our own survival.

Dibawah pemerintahan Hoth, unit-unit Tentera Darat Ke-17 mengambil bahagian dalam pemburuan dan pembunuhan orang Yahudi di wilayah kawalannya.[3]

Unit-unit subordinat asing

[sunting | sunting sumber]

Senarai Panglima

[sunting | sunting sumber]
Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 General der Infanterie Carl-Heinrich von Stülpnagel 20 Disember 1940 - 4 Oktober 1941
2 Generaloberst Hermann Hoth 5 Oktober 1941 - 19 April 1942
3 Generaloberst Hans von Salmuth 20 April 1942 - 31 Mei 1942
4 Generaloberst Richard Ruoff 1 Jun 1942 - 24 Jun 1943
5 Generaloberst Erwin Jaenecke 80px 25 Jun 1943 - 1 Mac 1944
6 Generaloberst Ferdinand Schörner 2 Mac 1944 - 31 Mac 1944
7 Generaloberst Erwin Jaenecke 80px 1 April 1944 - 28 April 1944
8 General der Infanterie Karl Allmendinger 80px 1 Mei 1944 - 25 Julai 1944
9 General der Infanterie Friedrich Schulz 80px 26 Julai 1944 - 30 Mac 1945
10 General der Infanterie Wilhelm Hasse 1 April 1945 - 7 Mei 1945
  1. ^ Hebert 2010, m/s. 213.
  2. ^ Burleigh 1997, m/s. 69.
  3. ^ Hebert 2010, m/s. 273.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Burleigh, Michael (1997). Ethics and Extermination: Reflections on Nazi Genocide. Cambridge: Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9780511806162. ISBN 9780521588164.
  • Citino, Robert M. (2012). The Wehrmacht Retreats: Fighting a Lost War, 1943. Lawrence, KS: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1826-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-07. Dicapai pada 2016-07-08.
  • Hebert, Valerie (2010). Hitler's Generals on Trial: The Last War Crimes Tribunal at Nuremberg. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1698-5.
  • Stahel, David (2009). Operation Barbarossa and Germany's Defeat in the East. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-76847-4.
  • Tessin, Georg (1970). Die Landstreifkräfte 15–30 [Ground forces 15 to 30]. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939-1945 (dalam bahasa German). 4. Osnabrück: Biblio.CS1 maint: unrecognized language (link)