Tentera Darat Ke-10 (Wehrmacht)
10. Armee Tentera Darat Ke-10 | |
---|---|
Aktif | 6 Ogos 1939 – 10 Oktober 1939 15 Ogos 1943 – 2 Mei 1945 |
Dibubarkan | 10 Oktober 1939 2 Mei 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat |
Jenis | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Tentera Darat Ke-10 (Jerman: 10. Armee ) adalah sebuah tentera darat medan Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tentera Darat Ke-10 telah diaktifkan pada 6 Ogos 1939, dengan Jeneral Walther von Reichenau sebagai Panglima, pertama kali dilihat beraksi dalam Pencerobohan Poland sehingga 10 Oktober 1939. Ia dinamakan semula Tentera Darat Ke-6.[perlu rujukan]
Tentera Darat Ke-10 yang baru telah diaktifkan pada 1943 sebagai sebahagian daripada kubu terakhir Adolf Hitler, yang dilihat bertempur pada hujung tahun 1943 dan awal 1944 di sepanjang "Garis Winter" dalam Pertempuran San Pietro Infine dan Pertempuran Monte Cassino, sebelum akhirnya menyerah kalah di Banjaran Alp. Antara pasukan tenteranya di Cassino ialah Kor XIV Panzer dan divisyen paracut daripada Luftwaffe.[1]
Senarai Panglima
[sunting | sunting sumber]Bil | Panglima | Gambar | Tempoh Pemerintahan |
1 | Generaloberst Walther von Reichenau | 6 Ogos 1939 - 10 Oktober 1939 | |
2 | Generaloberst Heinrich von Vietinghoff | 15 Ogos 1943 - 24 Oktober 1944 | |
3 | General der Panzertruppe Joachim Lemelsen | 24 Oktober 1944 - 15 Februari 1945 | |
4 | General der Panzertruppe Traugott Herr | 80px | 15 Februari 1944 - 2 Mei 1945 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Tentera Darat Ke-10 (Empayar Jerman) adalah ketumbukan setara dalam Perang Dunia I
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ James Holland, Italy's Sorrow. A Year of War, 1944-1945, London, 2008, Harper Press. ISBN 978-0007176441
- Walter Görlitz, "Reichenau," in Correlli Barnett ed., Hitler's Generals (New York: Grove Weidenfeld, 1989), pp. 208–18.