Tengku mahkota
Penampilan
(Dilencongkan daripada Tengku Mahkota)
Cari raja muda, raja muda, tengku besar, tengku mahkota, atau tunku mahkota dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Tengku mahkota ialah sebuah perkataan Melayu yang menunjukkan gelaran untuk anak raja di sesebuah negeri di Malaysia yang bakal menjadi ketua negeri.[1] Secara tradisi, tengku mahkota yang dilantik ialah putera sulung sultan memerintah.[2] Walau bagaimanapun, ia berbeza di beberapa buah negeri, atau sekiranya berhadapan dengan kes tertentu seperti ketiadaan putera dari sultan pemerintah. Penggunaan gelaran bagi pewaris takhta juga pelbagai. Selain tengku mahkota, gelaran seperti raja muda, tunku mahkota, yang di-pertuan muda, tengku besar atau sultan muda juga digunakan.[3] Ada juga negeri yang melantik sekumpulan putera sebagai pewaris takhta.[4]
Senarai penyandang
[sunting | sunting sumber]- Johor (Tunku Mahkota Johor)
- Tunku Ismail[5], sejak 2010
- Kedah (Raja Muda Kedah)
- Tengku Sarafudin Badlishah[6], sejak 2017
- Kelantan (Tengku Mahkota Kelantan)
- Tengku Muhammad Fakhry Petra[7], sejak 2024
- Negeri Sembilan (Putera Yang Empat)[4]
- Pahang (Tengku Mahkota Pahang)
- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah[9], sejak 2019
- Perak (Raja Muda Perak)
- Raja Jaafar[10], sejak 2014
- Perlis (Raja Muda Perlis)
- Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail[11], sejak 2000
- Selangor (Raja Muda Selangor)
- Tengku Amir Shah, sejak 2016[12]
- Terengganu (Yang di-Pertuan Muda Terengganu)
- Tengku Muhammad Ismail[13], sejak 2010
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "tengku mahkota". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ Bernama (2019-01-15). "Sultan Abdullah layak untuk dipilih sebagai Agong". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ Mahfood, Siti Zahrah (2023-04-28). "Konflik Pelantikan Raja Muda Selangor dari Perspektif Akhbar Lembaga Malaya : The Conflict Over the Appointment of the Raja Muda Selangor from the Perspective of the Lembaga Malaya Newspaper". SEJARAH: Journal of the Department of History (dalam bahasa Inggeris). 32 (1 (April)). doi:10.22452/sejarah.vol32no1.3. ISSN 2756-8253.
- ^ a b c d e "Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2008-12-29. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Tunku Ismail dimasyhur Tunku Mahkota Johor". Malaysiakini. 2010-01-28. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ Digital, H. M. (2017-11-27). "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Tengku Muhammad Fa-iz Petra Pewaris Kesultanan Kelantan - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-10-18. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-02-22. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ ISA, MOHAMAD SHOFI MAT (2019-01-22). "Tengku Hassanal dilantik Pemangku Raja Pahang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Raja Jaafar dilantik Raja Muda | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2023-12-30.
- ^ "Syed Sirajuddin Putra Jamalullail" (PDF). Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. ISBN 983-99768-2-6.
- ^ "Tengku Amir Shah Dimasyhur Raja Muda Selangor - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-10-08. Dicapai pada 2023-12-31.
- ^ "Tengku Muhammad Ismail Dimasyhur Pemangku Raja Terengganu - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-08-30. Dicapai pada 2023-12-31.