Teluk Fundy
Teluk Fundy (bahasa Inggeris: Bay of Fundy ; Perancis: Baie de Fundy ) adalah sebuah teluk terletak antara provinsi-provinsi New Brunswick dan Nova Scotia di Kanada dengan sebahagian kecil negeri Maine di Amerika Syarikat. Kawasan pesisirannya mempunyai perbezaan jarak pasang surut tertinggi di dunia.[1]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Julat pasang surut di teluk ini adalah sekitar 16 meter jauh berganda dari purata beza jarak yang ada di seluruh dunia sekitar 1 meter. Ada air pasang berbeza-beza ketinggian bergantung pada kedudukan bulan, matahari, dan keadaan atmosfera.[2] Pasang dan surut air sekitar ini bertahan kira-kira enam jam 13 minit.[2]
Daya dibawa air pasang sangat kuat kerana bentuk teluk ini yang kecorongan; kira-kira 100 bilion tan metrik air mengalir masuk dan keluar dari teluk iaitu dua kali lebih banyak daripada jumlah isipadu semua air sungai di dunia dalam tempoh yang sama[3] dengan kuasa sekuat 8,000 buah enjin kereta api atau 25 juta ekor kuda.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ National Ocean Service,
- ^ a b "The Bay of Fundy is a 160 billion tonne wonder. Here's why". Tourism New Brunswick. Government of New Brunswick. 2018-05-02. Dicapai pada 7 June 2019.
- ^ "Why are the Bay of Fundy Hides so High?". www.bayfundy.net. Dicapai pada 15 June 2019.
- ^ "Bay of Fundy Tides". bayoffundy.com. Dicapai pada December 19, 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Where the Bay Becomes the Sea: dokumentari mengenai ekosistem teluk
- Bay of Fundy Ecosystem Partnership