Pergi ke kandungan

Laut Ross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laut Ross sebagai sebahagian daripada Lautan Selatan

Laut Ross adalah teluk yang amat dalam di Lautan Selatan di Antartika, antara Victoria Land dan Marie Byrd Land. Ia mendapat namanya daripada penjelajah British James Ross yang melawat kawasan ini pada tahun 1841. Di sebelah barat laut terletaknya Pulau Ross dan ke timur terletaknya Pulau Roosevelt, manakala bahagian selatan dilindungi oleh Pentas Ais Ross, dan kira-kira 200 batu (320 km) dari Kutub Selatan.

Batu-batu asas adalah dari zaman Prakambria ke Paleozoik dan sebahagiannya terdiri daripada kalsium karbonat. Peredaran Laut Ross dikuasai oleh gir lautan yang didorong oleh angin dan aliran dipengaruhi oleh tiga rabung bawah laut dari barat daya ke timur laut. Arus air lilitan dalam adalah jisim air yang agak panas, masin dan yang kaya dengan nutrien yang mengalir ke pelantar benua di lokasi-lokasi tertentu. Laut Ross ditutupi ais untuk sebahagian tahun.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Laut Ross telah ditemui oleh James Ross pada tahun 1841. Di sebelah barat Laut Ross adalah Pulau Ross dengan gunung berapi Gunung Erebus, di timur adalah Pulau Roosevelt. Bahagian selatan dilindungi oleh Pentas Ais Ross.[1] Roald Amundsen memulakan ekspedisi Kutub Selatan beliau pada tahun 1911 dari Teluk Paus, yang terletak di pentas itu. Di barat laut Ross, McMurdo Sound adalah sebuah pelabuhan yang biasanya bebas ais pada musim panas. Bahagian selatan Laut Ross adalah Pantai Gold, iaitu kira-kira dua ratus batu dari Kutub Selatan Geografi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ross Sea (sea, Pacific Ocean) - Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 2012-08-13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Laut Ross di Wikimedia Commons

Koordinat: 75°S 175°W / 75°S 175°W / -75; -175