Taman Tasik Prima, Puchong
Penampilan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Tasik Prima merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Perbandaran seluas 345 ekar ini adalah perbandaran yang unik memandang tasik besar seluas 200 ekar. Kebanyakan rumah disini berkonsepkan resort dan peratusan kaum yang menetap disini hampir sekata. Terdapat sebuah pusat bandar dikenali sebagai the wharf yang akan menempatkan beberapa bank dan rangkaian makanan segera seperti KFC dan Pizza Hut. Perbandaran ini juga bersempadan dengan daerah Sepang.