Tak Ada Cinta Sepertimu
Tak Ada Cinta Sepertimu | |
---|---|
Genre | Drama cinta |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | Syafiq Kyle Zahirah MacWilson Nik Adam Mika Fikry Kiki Ruhainies |
Lagu pembukaan | Hilang - Marsha Milan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Datuk Rosyam Nor Shamsuddin Datin Runika Mohd Yusof |
Tempoh siaran | 42 Minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 12 Mac 2018 – 5 April 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Lafazkan Kalimah Cintamu |
Diikuti oleh | Mr. Grey |
Tak Ada Cinta Sepertimu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2018 arahan Jamal khan. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, dan Zahirah MacWilson. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 12 Mac 2018 menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.
Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.
Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad
- Zahirah MacWilson sebagai Athea Irdeena
- Nik Adam Mika sebagai Qaleef
- Fikry Kiki sebagai Qayyum
- Ruhainies sebagai Bella
- Fadlan Hazim sebagai Azam
- Ardell Aryana sebagai Intan
- Nazeera Sardi sebagai Abby
- Hazman Al-Idrus sebagai Kamarul
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Alif Muhaimin sebagai Hayuzi
- Zainol MacWilson sebagai Hassan
- Mahmud Ali Bashah sebagai Sulaiman
- Haleeda Mazlin sebagai Aminah
- Sheila Mambo sebagai Fatimah
- Zarina Zainuddin sebagai Rohani
- Atoi Tohet sebagai Fatah
- Sara Daewood sebagai Fatin
- Suky San sebagai Kamal
- Abil Sebagi sebagai Khalid
- Dhia Ly sebagai Alia
- Rayyana Rayqa sebagai Aleesya
Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]- Hilang - Marsha Milan
- Terasa Ada - Sufian Suhaimi
- Demi Kita - Ismail Izzani
- Jangan - Aziz Harun
- Mimpi Indah - Amira Othman
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Tak Ada Cinta Sepertimu. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021