Pergi ke kandungan

Ardell Aryana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ardell Aryana
ارديلل اريان
Kelahiran
Nurul Hidayah binti Mohd Amin

(1990-04-13) 13 April 1990 (umur 34)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Cambridge
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013–kini
EjenProkuya Studios (2015–kini)
Ketinggian5 ft 0 in (1.52 m)
PasanganNadzmi Adhwa (k. 2019)
Anak-anak2

Nurul Hidayah Mohd Amin (lahir 13 April 1990) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Jawi: ارديلل اريان) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2013, beliau terkenal dengan drama lakonannya termasuk Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015) dan Anakku Diva (2016). Filem-filem lakonan beliau termasuk Dorm Melati (2017) dan Surf This Love: Gelora Juara (2018).

Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin pada 13 April 1990 di Kuala Selangor, Selangor.[2] Beliau dibesarkan dalam keluarga mualaf, bapanya, Mohd Amin berasal dari Indonesia dan ibunya, Sawiyan Abdullah berbangsa Cina[3] dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, dan anak perempuan tunggal; Ibu bapanya bercerai ketika Ardell masih kecil.[4][5] Beliau dan adik-beradiknya dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam.[3] Ardell merupakan lulusan dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Cambridge.[1]

Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja.[6] Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah syarikat penerbitan yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.[4]

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama adaptasi novel karya Nuree Mirza, Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu.[7] Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.[8][9][10]

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.[11][12][13] Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.

Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara lakonan bersama Shukri dan Josiah Hogan yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[14][15][16] Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[17][18]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 2017, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya.[19] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang normal, bukan sebagai pengkid.[3]

Pada lewat Jun 2018, Ardell disahkan menghidap kanser tahap 3.[20] Pada Disember 2018, Ardell dalam status terbaharu di akaun Instagram miliknya mendakwa dua kereta termasuk keretanya telah dipecah pada bahagian cermin semasa mengunjungi taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.[21][22]

Pada 1 September 2019, Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijab kabulkan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. Mereka berdua mulai rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015.[23][24][25][26][27]

Ardell dan Nadzmi dikurniakan cahayamata sulung pada 5 Jun 2020.[28] Pasangan ini terdahulu mengumumkan bakal menimang cahayamata pada Disember 2019.[29]

Cabang lain

[sunting | sunting sumber]

Selain kerjaya lakonan, Ardell turut bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Pada 8 Januari 2020, beliau bersama suami, Nadzmi terlibat dalam misi kemanusiaan ke Syria di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Beliau sebelum ini pernah ke Palu, Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi.[30]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 CCTV Marianaa Filem pertama
2017 Dorm Melati Raihana
Kolestrol vs Cinta Jasmin
2018 Surf This Love: Gelora Juara Lia
2019 XX Ray III Adel
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Jodoh Musim 1 Balqis Astro Ria
AKU Juliana
Ku Kejar Bintang Syafiq
Duri Di Hati Mufazzal TV3
2014 Baby Ana Milik Siapa? Qaisara
Jiwa Jawwad
Kifarah 2: Seri Muka Misya
2015 Asam Pedas Untuk Dia Farhana
Jangan Lafazkan Janji Julia TV1
Dia Isteri Luar Biasa Nora TV3
Wadi Widya
2016 Anakku Diva Amanda
Aku Bukan Bimbo Jenna Astro Ria
2017 Namaku Bedah Ustazah Umairah TV9
2018 Cinta Hati Batu Asyraf TV3
Tak Ada Cinta Sepertimu Intan Astro Ria
Klik! Pengantin Musim Salju Layla

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 ORIENTASI Rara Komeng
2016 Dodol Dodol Cinta Nurul Ain TV2
2017 Titik Terakhir Dilla Astro Prima
2018 Homestay Maya Mawar Astro Citra
2019 Jodoh Wassap Angah TV3
Khutbah Terakhir Sakinah TV1

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Lari Peserta TV9
2016 Extreme Road Trip Pengacara Astro Bella, Astro Mustika HD dan Astro Maya HD Beliau mengacara bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad
2019 Naura Shares Tetamu jemputan Naura Beliau menceritakan pengalaman ketika terlantar sakit
  1. ^ a b Ardini Sophia Sina (26 Julai 2015). Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro. Diperoleh pada 28 Julai 2015.
  2. ^ Nor Eryani Yusup (26 Februari 2018). "Laluan berduri Ardell Aryana". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2019. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  3. ^ a b c Aida Rismariza Kamruddin (30 September 2016). "Ardell normal, bukan pengkid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  4. ^ a b Norhidayyu Zainal (22 Julai 2015). "Luahan pilu Ardell Aryana". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Julai 2015.
  5. ^ "Ardell Aryana kumpul kekuatan". Kosmo!. 22 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-25. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ Garret Dawum (10 Julai 2015). "Kerja untuk keluarga". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 23 Disember 2015. Ardell Aryana mahu buktikan kepada semua dia mampu berjaya dengan bakat yang ada.
  7. ^ Mohd. Haikal Isa (3 Ogos 2015). "Mengejar komitmen kerja". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-08. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
  8. ^ Ardell tahan kesakitan demi Extreme Road Trip Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  9. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Oktober 2016). "Ardell Aryana Anggap Tuduhan 'Pengkid' Isu Lama". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-07. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  10. ^ Rafiq Mazlan (4 Oktober 2016). "Ardell Aryana giat cipta nama". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-28. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  11. ^ Kenangan CCTV yang sukar dilupakan oleh Ardell Aryana Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Agenda Daily (4 Ogos 2015). Diperoleh pada 1 September 2015.
  12. ^ Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro (26 Julai 2015). Diperoleh pada 1 Ogos 2015.
  13. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (2 Ogos 2015). "CCTV uji Ardel Aryana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada 5 Ogos 2015.
  14. ^ Arina Azlan (4 Oktober 2016). "Ardell bukan pengkid". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 10 Oktober 2016.
  15. ^ Haslina Kamaludin (28 Mei 2016). Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  16. ^ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
  17. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). Elak kecaman netizen Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  18. ^ Amirul Haswendy Ashari (11 Disember 2018). Ardell kembali berlakon Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  19. ^ Ardell Aryana kini bertudung Berita Harian (14 Disember 2017). Dicapai pada 15 Disember 2017.
  20. ^ Ardell Aryana sakit kanser tahap 3 Astro Awani (28 Jun 2018). Diperoleh pada 13 Julai 2018.
  21. ^ MAPS siasat dakwaan Ardell Aryana, cermin kereta pecah Utusan Malaysia (26 Disember 2018). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  22. ^ MAPS jawab aduan Ardell Aryana Sinar Harian (26 Disember 2018). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  23. ^ Syanty Octavia Amry (1 September 2019). Nadzmi Adhwa jodoh Ardell Aryana Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2019.
  24. ^ Arina Azlan (1 September 2019). Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana selamat bernikah Diarkibkan 2019-09-03 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 3 September 2019.
  25. ^ Zaidi Mohamad (1 September 2019). Nadzmi, Ardell bernikah Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2019.
  26. ^ Teman tapi mesra paling sweet! - Ardell Aryana gigil Nadzmi Adhwa sarung cincin Astro Awani (2 September 2019). Dicapai pada 3 September 2019.
  27. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Oktober 2019). Majlis sanding Nadzmi dan Ardell bak 'Fairytale' Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  28. ^ Norhayati Nordin (5 Jun 2020). 16 jam tahan sakit Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  29. ^ Zaidi Mohamad (20 Disember 2019). Nadzmi, Ardell bakal timang cahaya mata Berita Harian. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  30. ^ Zaidi Mohamad (2 Januari 2020). Hamil tak halang Ardell Aryana sertai misi kemanusiaan Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]