Pergi ke kandungan

Lafazkan Kalimah Cintamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lafazkan Kalimah Cintamu
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Siti Rosmizah
Ditulis olehPGR'S Team
Rozie Rashid
Ainaa Hanez
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Nelydia Senrose
Farid Kamil
Nadiyah Shahab
Imam Shah
Azri Iskandar
Lagu pembukaan"Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
PenyuntingMin Johari
NJohari
SinematografiAbdul Malek Marwi
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
SR One
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal15 Januari 2018 – 8 Mac 2018
Kronologi
MengikutiMy Coffee Prince
Diikuti olehTak Ada Cinta Sepertimu

Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018,[1] diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[2] Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.[3]

Tengku Aqilah (Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil), jejaka tampan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? 

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini ialah, "Kesilapanku Keegoanmu" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza. Selain itu, lagu lain termasuk "Pesan" nyanyian Irfan Haris dan lagu "Cinta Yang Telah Mati" nyanyian kumpulan Neon 5. Berikut ialah senarai lengkap runut bunyi drama ini:[5]

  1. "Kesilapanku Keegoanmu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
  2. "Aku Cinta Padamu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
  3. "Saat dan Ketika" - Sazrin Aizul
  4. "Bersumpah Demi Cinta" - Sazrin Aizul
  5. "Aku dan Kekasih" - Sandra
  6. "Cinta Yang Telah Mati" - Neon
  7. "Urusan Hati" - Sarah Fazny
  8. "Pesan" - Irfan Haris

Lafazkan Kalimah Cintamu menjadi sohor kini di media sosial berikutan penahanan pelakon utamanya, Datuk Farid Kamil atas kes mahkamah beliau pada Januari 2018. Menerusi tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, ia menjadi topik utama Malaysia pada malam Isnin dengan 40,000 Tweet di Twitter.[6] Meskipun berhadapan dengan kontroversi, drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton.[7]

Drama ini turut mendapat tajaan daripada CCM Duopharma Biotech Berhad yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikan Flavettes Effervescent.[8]

  1. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  2. ^ Siti Rosmizah (2010). Lafazkan Kalimah Cintamu. SR Publications. ISBN 9789675822001.
  3. ^ "Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose". KepalaBergetar. 15 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  4. ^ Haryati Karim (16 Januari 2018). "Drama terbaharu Farid Kamil trending di media sosial". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-25. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  5. ^ "OST Lafazkan Kalimah Cintamu". Engku Muzahadin. Dicapai pada 29 Januari 2018.
  6. ^ Dennis Chua (7 Januari 2018). "(Showbiz) Farid Kamil's latest TV series is trending on social media". New Straits Times. Dicapai pada 7 Mac 2018.
  7. ^ "Drama Lakonan Farid Kamil, Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayang Seperti Biasa Di Astro". Astro Gempak. 15 Januari 2018. Dicapai pada 7 Mac 2018.
  8. ^ "'Lafazkan Kalimah Cintamu' lonjak jualan Flavettes". Sinar Harian. 29 Mac 2018. Dicapai pada 1 April 2018.