Pergi ke kandungan

Suyoi bin Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suyoi bin Osman
Suyoi; 2017
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
22 Oktober 2015 (2015-10-22) – Januari 2018 (2018-01)
RajaSultan Hassanal Bolkiah
Didahului olehAwang Abu Bakar bin Apong
Digantikan olehHamzah bin Sulaiman
Menteri Pembangunan
Dalam jawatan
29 Mei 2010 (2010-05-29) – Oktober 2015 (2015-10)
RajaSultan Hassanal Bolkiah
Didahului olehAwang Abdullah bin Bakar
Digantikan olehBahrin bin Abdullah
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
24 Mei 2005 (2005-05-24) – Mei 2010 (2010-05)
RajaSultan Hassanal Bolkiah
Digantikan olehAdanan bin Mohd Yusof

Suyoi bin Osman (rujukan kehormat 'Yang Dimuliakan Pehin Dato') ialah seorang pembesar dan bekas pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau ialah sebagai Menteri Pendidikan sehingga Januari 2018.[1] Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan dan Menteri Kesihatan.[1] Beliau juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran 'Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan'.[2]

Nama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman' dengan rujukan kehormat 'Yang Dimuliakan' (dahulunya 'Yang Berhormat' iaitu ketika beliau masih memegang jawatan menteri). Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.

Beliau telah memegang beberapa jawatan sebagai menteri kabinet dalam kerajaan Brunei iaitu sebagai Menteri Kesihatan bermula 24 Mei 2005 hingga Mei 2010,[3] Menteri Pembangunan dari 29 Mei 2010 hingga Oktober 2015,[4] dan yang terakhir Menteri Pendidikan bermula 22 Oktober 2015 sehingga Januari 2018 apabila diganti oleh Hamzah bin Sulaiman dalam satu rombakan kabinet.[5][6][7]

  1. ^ a b Bandial, Ain (30 Januari 2018). "HM: Cabinet reshuffle is of 'vital importance'". thescoop.co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  2. ^ "Senarai Gelaran Pehin-Pehin Manteri Dan Manteri Ugama" (PDF). m/s. 7. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ "Laksana tugas, kuasa dan kewajipan dengan penuh ikhlas dan amanah" (PDF). www.bruneiresources.com. 20 September 2005. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. ^ Ibrahim, Jaafar (2 Jun 2010). "Rombakan Menteri-Menteri Kabinet" (PDF). Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  5. ^ Md. Zain, Norliah (22 Oktober 2015). "Lantikan Menteri Kabinet Baru 2015 - 2020" (PDF). Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  6. ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  7. ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.