Suhaimi bin Gafar
Yang Berhormat Dato Seri Paduka Suhaimi bin Gafar | |
---|---|
Menteri Pembangunan | |
Dalam jawatan 30 Januari 2018 – 7 Jun 2022 | |
Didahului oleh | Bahrin bin Abdullah |
Digantikan oleh | Muhammad Juanda bin Abdul Rashid |
Timbalan Menteri Pembangunan | |
Dalam jawatan Oktober 2015 – 29 Januari 2018 | |
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) | |
Dalam jawatan 2010 –2015 | |
Ketua Pengarah Kerja Raya | |
Dalam jawatan 2008 –2010 | |
Suhaimi bin Gafar ialah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan, dan oleh itu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet iaitu kabinet Brunei, dari 30 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2022.[1][2][3][4]
Nama
[sunting | sunting sumber]Dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei, beliau dirujuk dengan nama serta terasul iaitu "Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar" dengan rujukan kehormat "Yang Berhormat".[1][2][3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya dalam kerajaan pada tahun 1985 sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya. Jawatan-jawatan yang telah dipegang oleh beliau dalam jabatan tersebut ialah seperti berikut:[1]
- Jurutera dari tahun 1985
- Jurutera Kerja dari tahun 1991
- Penolong Pengarah Jalan Raya dari tahun 1996
- Pengarah Jalan Raya dari tahun 2001
- Pengarah Perkhidmatan Air pada tahun 2003
- Pengarah Kemajuan dari tahun 2003
- Pengarah Perkhidmatan Air dari pada tahun 2005
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2005
- Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2008
Bermula tahun 2010, beliau dilantik untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan.[1] Pada tahun 2015, beliau bersara dari perkhidmatan awam namun pada Oktober 2015 diambil semula dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.[1][5] Akhirnya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan bermula 30 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2022.[1][4]
Kurniaan
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dikurniakan beberapa bintang-bintang kebesaran dan pingat-pingat kehormatan Brunei, iaitu:[1]
Bintang kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Seri Paduka' pada 15 Julai 2017
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Paduka' pada 15 Julai 2012
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.)[6]
- Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.N.B.)[6]
- Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (P.S.B.)[6]
Pingat kehormatan
[sunting | sunting sumber]- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)[6]
- Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.)[6]
- PIngat Kerja Lama (P.K.L.)[6]
- Pingat Jubli Perak
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g "Menteri Kementerian Pembangunan". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Asgar, Abdullah (2018-01-30). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Sim, Y. H.; Yahya, Salawati (2018-01-30). "Kabinet dirombak". mediapermata.com.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Ali Rahman, Muhammad Khairulanwar (8 Jun 2022). "PELANTIKAN, PERTUKARAN MENTERI KABINET, TIMBALAN MENTERI" (PDF). Pelita Brunei. No. 67 #69. m/s. 3–4. Dicapai pada 25 Ogos 2024.
- ^ Othman, Azlan (2017-09-13). "Brunei undertakes commitment to environmental protection at 14th AMME". borneobulletin.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b c d e f "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)