Pergi ke kandungan

Abu Bakar bin Apong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Awang Abu Bakar bin Apong)
Abu Bakar; 2017

Pehin Dato Awang Abu Bakar bin Apong (19 September[1] 1948[2] - ) ialah seorang pembesar Brunei. Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kerajaan Brunei.[3][4] Beliau juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran 'Pehin Orang Kaya Seri Kerna'.[5]

Nama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong'. Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.

  1. ^ Sidhu, Jatswan S. (20 Disember 2016). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (ed. tiga). Lanham, MD: Rowman & Littlefield. m/s. 14. ISBN 9781442264595.
  2. ^ http://www.moha.gov.bn/SitePages/Menteri%20Hal%20Ehwal%20Dalam%20Negeri.aspx
  3. ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  5. ^ "Senarai Gelaran Pehin-Pehin Manteri Dan Manteri Ugama" (PDF). m/s. 6. Dicapai pada 21 Ogos 2018.