Jibril (drama)
Jibril | |
---|---|
Genre | Drama Aksi |
Pencipta | Imran Sheik |
Pengarah | Megat Sharizal |
Dibintangi oleh | Aeril Zafrel[1] Lisa Surihani Tony Eusoff Zahiril Adzim |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penyunting | Faizul A. Rashid
Kamil Hashim Azizul Hafiz Kassim Farhan Arsad Saiful Zul Aref Mohd Haziq Kamal Hussein Husni Hanif Hai Haziq Rahmat Fatin Farahana Mohd Azlan Shah |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Konda Kondi Studios Sdn Bhd & Playground Productions Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7, viu |
Siaran asal | 22 Oktober 2018 – 19 November 2018 |
Jibril ialah sebuah siri drama televisyen web aksi Malaysia 2018 arahan Megat Sharizal yang ditayangkan di ntv7. Jibril juga ditayangkan di Viu.[2] Jibril dikatakan merupakan adaptasi daripada Mock Trial UITM yang diadakan pada tahun 2013 yang mendapat sambutan luar biasa, namun Jibril di ntv7 dan Viu mempunyai olahan cerita yang sedikit berbeza, lebih mendalam dan kreatif.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan seorang peguam, Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.
Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aeril Zafrel sebagai Jibril
- Lisa Surihani sebagai Mona
- Tony Eusoff sebagai Jonathan
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Jackie
- Fezrul Khan sebagai Murshidi Ishak
- Amar Asyraf sebagai Zulfikar
- Nadia Aqilah sebagai Hana (Pendakwa Raya)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'AERIL ZAFREL bakal muncul dalam drama Jibril, arahan Megat Sharizal.'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-05. Dicapai pada 5 November 2018.
- ^ Viu bakal tayang tiga drama baharu