Pergi ke kandungan

Suruhanjaya Von der Leyen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
von der Leyen Commission


7th Commission of the European Union
The College of Commissioners in 2021
Date formed 1 December 2019
People and organisations
President of the Commission Ursula von der Leyen (EPP, GER)

Vice-President(s) of the Commission
  • First Vice President:
  • Frans Timmermans (PES, NED)
  • Other Executive Vice Presidents:
  • Margrethe Vestager (ALDE, DEN)
  • Valdis Dombrovskis (EPP, LAT)
<abbr title="<nowiki>Number</nowiki>">No. of commissioners 27
Member parties
  •   EPP (10)
  •   PES (9)
  •   ALDE (5)
  •   Independent (2)
  •   ECR (1)
Status in legislature
  • 421 / 705
  • Coalition (421):
  •   EPP (175)
  •   S&amp;D (144)
  •   Renew (102)
  • Support (30) (unofficially):
  •   ECR (24, PiS only)
  •   NI (6, M5S only)
  • History
    Election(s) 2019 European Parliament election
    Legislature term(s) Ninth
    Budget(s) €165.8 billion (2019)
    Predecessor Juncker Commission

    Suruhanjaya von der Leyen merupakan Suruhanjaya Eropah terkini, yang memegang jawatan sejak 1 Disember 2019 dan akan memegang jawatan tersebut sehingga pilihan raya 2024. Terdiri daripada Ursula von der Leyen sebagai presidennya serta terdiri daripada seorang pesuruhjaya dari setiap negara anggota Kesatuan Eropah (selain daripada negara Presiden, Jerman ).

    Suruhanjaya itu dijadualkan memulakan pememegangan jawatan pada 1 November 2019; walaubagaimanapun, calon-calon pesuruhjaya Perancis, Hungary dan Romania telah kehilangan undi pengesahan mereka oleh Parlimen Eropah pada awal Oktober 2019, [1]. Oleh itu, pesuruhjaya baharu perlu dipilih daripada tiga negara buah anggota tersebut oleh Presiden yang dilantik lantas disahkan oleh Parlimen . Proses ini berlaku pada November 2019 dan Suruhanjaya akhirnya tela mengambil alih jawatan sepenuhnya pada 1 Disember 2019. [2]

    Pemilihan dan pembentukan

    [sunting | sunting sumber]

    Von der Leyen, ahli Parti Rakyat Eropah (EPP), telah dipilih dan dicadangkan ke Parlimen Eropah oleh Majlis Eropah pada 3 Julai 2019 iaitu selepas tiga hari rundingan antara pemimpin negara yang menganggotai. Von der Leyen menghadapi banyak kritikan, terutamanya di kalangan anggota Parlimen sendiri, kerana Majlis Eropah mengabaikan apa yang dipanggil sistem spitzenkandidat apabila memilihnya untuk mengaut jawatan itu.

    Pada 16 Julai 2019, Parlimen Eropah telah membuat undian mengenai cadangan itu oleh Majlis Eropah dan memilih Von der Leyen dengan jumlah undian sebbanyak 383 undi (374 undi diperlukan). Sebelum pengundian, von der Leyen telah menerima sokongan tiga kumpulan politik terbesar di Parlimen (EPP, S&D dan RE). Semasa perbahasan itu , Undang-undang dan Keadilan parti Poland yang konservatif dengan kekuatan 24 anggota Parlimen dan Pergerakan Lima Bintang Itali (M5S) dengan jumlah 14 MEP mengisytiharkan sokongan mereka. Berdasarkan keputusan undian, hampir 100 Ahli Parlimen dari gabungan besar tidak rasmi EPP-S&D-RE tidak mengundi Von der Leyen. Berdasarkan perbahasan dan pengumuman awam MEP, kebanyakan MEP yang mengundi menentang von der Leyen yang kemungkinan besar berasal dari kumpulan S&D, yang sebahagiannya juga Parti Demokratik Sosial Jerman, yang secara terbuka menentang Von der Leyen kerana tugasnya sebagai Menteri Pertahanan Jerman. [3]

    Selepas pemilihanraya beliau, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk meminta von der Leyen memberikan persetujuannya untuk melantik Josep Borrell dari negara Sepanyol sebagai Wakil Tinggi EU yang seterusnya. Persetujuan telah diberikan pada 26 Julai 2019, selepas itu Majlis Eropah secara rasmi melantik Borrell sebagai Wakil Tinggi Kesatuan bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan seterusnya pada 5 Ogos 2019. [4] [5] [6]

    Suruhanjaya tersebut telah diluluskan oleh Parlimen Eropah pada 27 November 2019, dengan menerima 461 undi, serta 157 menentang dan 89 berkecuali. EPP, S&D, Perbaharui Eropah dan separuh daripada ECR mengundi menyokong. Greens/EFA berkecuali. [7]

    Gabungan Suruhanjaya Undi dibuang Majoriti Memihak Menentang Berkecuali Sumber
    EPP Suruhanjaya Von der Leyen 707 374 461 157 89 [8]
    S&D
    RE

    Kolej Pesuruhjaya

    [sunting | sunting sumber]

    Sebelum pengesahan von der Leyen, dia sudah berjanji untuk mencalonkan semula Frans Timmermans, calon spitzenkandidat Parti Sosialis Eropah sebagai Naib Presiden Pertama. Margrethe Vestager, salah seorang calon utama daripada Perikatan Liberal dan Demokrat untuk Parti Eropah (ALDE), dikatakan oleh von der Leyen akan menjadi seorang naib presiden juga, yang juga mempunyai kedudukan yang sama secara de facto dengan Timmermans. Nama-nama lain telah disebut oleh pelbagai saluran berita semasa sebagai seorang calon. Beberapa negara anggota telah pun menyerahkan pencalonan rasmi kepada Presiden di pejabat Majlis EU .

    Von der Leyen meminta setiap negara anggota mencadangkan dua orang calon, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, supaya ia lebih mudah untuk membentuk suruhanjaya yang seimbang dengan jantina. Thierry Breton dari Perancis adalah melrupakan calon terakhir yang dilantik pada 24 Oktober 2019 oleh Emmanuel Macron .

    Perubahan

    [sunting | sunting sumber]
    • 26 Ogos 2020: Berikutan dengan Golfgate dan kontroversi tentang perjalanannya di Ireland pada minggu-minggu sebelum ini, yang bercanggah dengan garis panduan COVID-19 Ireland, Pesuruhjaya Perdagangan Phil Hogan meletak jawatan. [9]
    • 7 Oktober 2020: Mairead McGuinness, merupakan calon Ireland untuk menggantikan Phil Hogan yang disahkan oleh Parlimen Eropah dan menjadi ahli suruhanjaya itu. [10]
    Keputusan daripada pemilihan suruhanjaya, di Parlimen Eropah di Strasbourg, 27 November 2019

    Direktorat-Jeneral

    [sunting | sunting sumber]
    Ketua Direktorat Suruhanjaya Von der Leyen
    Ketua-ketua Direktorat Pesuruhjaya yang berkaitan
    Nama Abbr.
    Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar AGRI Janusz Wojciechowski
    Bajet BUDG Johannes Hahn
    Tindakan Iklim CLIMA Frans Timmermans
    Rangkaian Komunikasi, Kandungan dan Teknologi CONNECT Thierry Breton
    Komunikasi COMM Ursula von der Leyen
    Persaingan COMP Margrethe Vestager
    Industri Pertahanan dan Angkasa DEFIS Thierry Breton
    Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan ECFIN Paolo Gentiloni
    Pendidikan, Belia, Sukan dan Kebudayaan EAC Mariya Gabriel
    Pekerjaan, Hal Ehwal Sosial dan Kemasukan EMPL Nicolas Schmit
    Tenaga ENER Kadri Simson
    Alam Sekitar ENV Virginijus Sinkevičius
    Perlindungan Awam Eropah dan Operasi Bantuan Kemanusiaan ECHO Janez Lenarčič
    Rundingan Kejiranan dan Pembesaran NEAR Olivér Várhelyi
    Eurostat - Perangkaan Eropah EUROSTAT Paolo Gentiloni
    Kestabilan Kewangan, Perkhidmatan Kewangan dan Kesatuan Pasaran Modal FISMA Mairead McGuinness
    Kesiapsiagaan Kecemasan Kesihatan dan Tindak Balas Pihak Berkuasa HERA Stella Kyriakides
    Kesihatan dan Keselamatan Makanan SANTE Stella Kyriakides
    Sumber Manusia dan Keselamatan HR Johannes Hahn
    Informatik DIGIT Johannes Hahn
    Perkhidmatan Audit Dalam IAS Didier Reynders
    Pasaran Dalaman, Industri, Keusahawanan dan PKS GROW Thierry Breton
    Perkongsian Antarabangsa INTPA Jutta Urpilainen
    Tafsiran SCIC Johannes Hahn
    Pusat Penyelidikan Bersama JRC Mariya Gabriel
    Keadilan dan Pengguna JUST Didier Reynders & Helena Dalli
    Hal Ehwal Maritim dan Perikanan MARE Virginijus Sinkevičius
    Migrasi dan Hal Ehwal Dalam Negeri HOME Ylva Johansson
    Mobiliti dan Pengangkutan MOVE Adina Vălean
    Dasar Serantau dan Bandar REGIO Elisa Ferreira
    Sokongan Pembaharuan Struktur REFORM Elisa Ferreira
    Penyelidikan dan Inovasi RTD Mariya Gabriel
    Kesatuan Percukaian dan Kastam TAXUD Paolo Gentiloni
    Perdagangan TRADE Valdis Dombrovskis
    Penterjemahan DGT Johannes Hahn

    Agensi eksekutif dan jabatan perkhidmatan

    [sunting | sunting sumber]

    Agensi eksekutif

    [sunting | sunting sumber]
    Agensi eksekutif Suruhanjaya Von der Leyen
    Agensi Eksekutif kepala
    Nama Abbr.
    Agensi Eksekutif Pendidikan, Audiovisual dan Kebudayaan EACEA Sophie Beernaerts (lakonan)
    Agensi Eksekutif Majlis Penyelidikan Eropah ERCEA Laurence Moreau
    Majlis Inovasi Eropah dan Agensi Eksekutif PKS EISMEA Jean-David Malo
    Agensi Eksekutif Penyelidikan REA Marc Tachelet
    Agensi Eksekutif Iklim, Infrastruktur dan Alam Sekitar CINEA Paloma Aba Garrote (lakonan)
    Agensi Eksekutif Kesihatan dan Digital HADEA Marina Zanchi

    Jabatan perkhidmatan

    [sunting | sunting sumber]
    Jabatan perkhidmatan Suruhanjaya Von der Leyen
    Jabatan perkhidmatan kepala
    Nama Abbr.
    Pentadbiran dan Pembayaran Kelayakan Individu PMO
    Pegawai Perlindungan Data DPO
    Pejabat Anti-Penipuan Eropah OLAF
    Pejabat Pemilihan Kakitangan Eropah EPSO
    Pusat Strategi Politik Eropah EPSC
    Instrumen Dasar Luar Negara FPI
    Perkhidmatan Arkib Sejarah
    Infrastruktur dan Logistik di Brussels OIB
    Infrastruktur dan Logistik di Luxembourg OIL
    Agensi Eksekutif Inovasi dan Rangkaian INEA
    Perkhidmatan Audit Dalam IAS
    Perkhidmatan undang-undang SJ
    Perpustakaan dan Pusat e-Sumber
    Pejabat Penerbitan OP
    Ketua Sekretariat SG
    Perkhidmatan Sokongan Pembaharuan Struktur SRSS
    Pasukan petugas mengenai rundingan Artikel 50 dengan United Kingdom

    Pemilihan calon presiden

    [sunting | sunting sumber]

    Mengikuti contoh daripada Pilihan Raya Eropah 2014, sebelum pilihan raya 2019, parti politik utama di Eropah menamakan apa yang dipanggil spitzenkandidaten, atau sebagai calon utama, yang merupakan calon parti itu untuk menjadi presiden Suruhanjaya Eropah yang seterusnya. Semua parti menamakan sekurang-kurangnya seorang calon; ada yang menamakan dua buah calon, manakala Parti Perikatan Liberal dan Demokrat untuk Eropah (ALDE), yang secara rasmi menentang sistem spitzenkandidaten, memperkenalkan "Pasukan Eropah," yang terdiri daripada beberapa ahli politik Eropah berpangkat tinggi. Walaubagaimanapun, parti lain juga menganggap calon tersebut, terutamanya Margrethe Vestager dari Denmark, sebagai calon utama.

    Calon-calon terkemuka ialah:

    parti Calon terkemuka
    Parti Rakyat Eropah Jerman Manfred Weber
    Parti Sosialis Eropah Belanda Frans Timmermans
    Perikatan Liberal dan Demokrat untuk Parti Eropah Jerman Nicola Beer



    Itali Emma Bonino



    Slovenia Violeta Bulc



    Hungary Katalin Cseh



    Sepanyol Luis Garicano



    Belgium Guy Verhofstadt



    Denmark Margrethe Vestager
    Perikatan Konservatif dan Reformis di Eropah Republik Czech Jan Zahradil
    Parti Hijau Eropah Belanda Bas Eickout



    Jerman Ska Keller
    Parti Kiri Eropah Slovenia Violeta Tomić



    Belgium Nico Cué

    Selepas memenangi pilihan raya Eropah 2019, Parti Rakyat Eropah mendakwa bahawa jawatan Presiden dalam Suruhanjaya Eropah seharusnya diberikan kepada pihak mereka dan mahukan calon utama mereka iaitu Manfred Weber untuk memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun, Weber menghadapi tentangan yang kuat daripada pikah Presiden Perancis yang berhaluan liberal Emmanuel Macron dan ALDE, serta daripada Parti Sosialis Eropah (PES) juga; pembangkang yang didorong oleh kekurangan pengalaman Weber, kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai MEP dan tidak pernah memegang sebarang jawatan kerajaan. [11] PES menyokong kuat pencalonan Frans Timmermans, yang juga mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli ALDE Majlis Eropah. ( Andrej Babiš, Perdana Menteri Czech ketika itu, merupakan ahli ALDE tetapi juga Visegrad Four, yang menentang keras Timmermans kerana sokongannya terhadap kuota penghijrahan dan ketidakupayaan untuk mencapai kompromi. [12] ) Parti ALDE juga mahu melihat Margrethe Vestager untuk mengambil alih jawatan Suruhanjaya tertinggi.

    Mesyuarat Majlis Eropah yang pertama telah diadakan pada 20 sehingga 21 Jun 2019, yang tidak membawa sebarang keputusan mengenai pengagihan pekerjaan teratas EU. Presiden Donald Tusk memanggil semula para pemimpin untuk bermesyuarat khas yang berlangsung dari 30 Jun hingga 2 Julai 2019. Selama tiga hari rundingan tersebut, EPP menyerah pada Weber menjadi seorang Presiden suruhanjaya itu; nampaknya Timmermans berkemungkinan akan dicalonkan, terutamanya selepas beliau bertemu dengan Perdana Menteri Bulgaria dan anggota EPP Boyko Borisov di Kedutaan Bulgaria di Belgium semasa mesyuarat Majlis Eropah. Menamakan Timmermans Presiden Suruhanjaya Eropah akan menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai perjanjian Osaka, rancangan ini telah dibentuk oleh beberapa pemimpin EU ( Emmanuel Macron, Angela Merkel, Giuseppe Conte, Donald Tusk, Mark Rutte dan Pedro Sánchez ) semasa Sidang Kemuncak G20 2019 di Osaka, Jepun.

    Bagaimanapun, tentangan daripada Visegrad Four, kini disertai oleh pihak negara Croatia dan Itali, yang maschi kekal kuat, dan Timmermans tidak dapat memenangi majoriti Majlis tersebut. Nama lain yang disebut semasa rundingan juga termasuk Michel Barnier, Kristalina Georgieva dan Andrej Plenković ; ia menjadi jelas selepas Majlis tersebut berakhir bahawa nama Plenković telah diperkenalkan oleh Setiausaha Agung Suruhanjaya Martin Selmayr, yang merupakan kawan rapat Plenković. Pencalonan itu ditolak oleh Macron, yang menentang cita-cita peribadi pemimpin. [13]

    Apabila nama Ursula von der Leyen (EPP) muncul sebagai seorang calon yang berpotensi, ia merupakan satu kejutan dan beliau berdepan dengan banyak pengkritik, terutamanya kerana dia tidak pernah menjadi seorang spitzenkandidat. Parti Demokratik Sosial Jerman, sebahagian daripada gabungan kerajaan Jerman, menentang von der Leyen kerana tugasnya sebagai menteri pertahanan, yang menyebabkan Canselor Jerman Angela Merkel berkecuali semasa majlis mengundi cadangan itu. Namun begitu, semua ahli Majlis Eropah yang lain mengundi menyokong, dan dia telah dicalonkan sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah yang seterusnya.

    Kekosongan Brexit

    [sunting | sunting sumber]

    Dengan penangguhan Brexit selama tiga bulan yang diminta, United Kingdom tidak mencalonkan dimana-mana pesuruhjaya British. Hal ini merupakan peristiwa yang unik disebabkan tidak mempunyai preseden dalam sejarah Kesatuan Eropah. Von der Leyen terpaksa secara rasmi meminta Kerajaan British untuk mencalonkan pesuruhjaya EU. Dia juga bertanya kepada perkhidmatan undang-undang jika pihak suruhanjaya itu boleh beroperasi tanpa pesuruhjaya British. Beberapa MEP telah mencadangkan kemungkinan undian untuk membenarkan Suruhanjaya EU beroperasi tanpa pesuruhjaya British. [14]

    United Kingdom sudah meninggalkan Kesatuan Eropah pada 23:00 GMT pada 31 Januari 2020, menjadikan jawatan pesuruhjaya British kekal kosong sehingga pemansuhan automatiknya apabila Brexit berlaku.

    Suruhanjaya Geopolitik

    [sunting | sunting sumber]
    Von der Leyen, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden AS Joe Biden pada sidang kemuncak iklim COP26 di Glasgow pada 1 November 2021

    Sejak awal mandatnya sebagai seorang Presiden Suruhanjaya Eropah, von der Leyen menyatakan hasratnya untuk mempunyai "suruhjaya geopolitik." [15] Presiden Perancis iaitu Emmanuel Macron merupakan penggerak terpenting di sebalik cita-cita suruhanjaya geopolitik. Visinya ialah EU mestilah menjadi pemain politik dan strategik dengan satu suara. [16] Pengkritik telah menegaskan bahawa dengan adanya mengibarkan bendera geopolitik, Presiden Suruhanjaya von der Leyen telah mendedahkan kelemahan EU secara keseluruhan dalam memainkan peranan penting di meja diplomatik tinggi. [17]

    Sebagai tindak balas kepada masalah pandemik COVID-19, EU telah meluluskan pakej EU Generasi Seterusnya, bernilai 750 bilion euro. Suruhanjaya Von der Leyen mencadangkan pakej itu pada 27 Mei 2020. [18]

    1. ^ Amaro, Silvia (1 November 2019). "The new EU leadership is in limbo after lawmakers reject three new members". CNBC. Dicapai pada 2019-11-01.
    2. ^ "Von der Leyen's in — now the hard work begins". POLITICO. 2019-11-27. Dicapai pada 2019-12-02.
    3. ^ "Ursula von der Leyen elected European Commission president". POLITICO. 2019-07-16. Dicapai pada 2019-08-15.
    4. ^ "Data". data.consilium.europa.eu. Dicapai pada 2020-05-02.
    5. ^ "Data". data.consilium.europa.eu. Dicapai pada 2020-05-02.
    6. ^ "Info". eur-lex.europa.eu. Dicapai pada 2020-05-02.
    7. ^ "Election of the Commission". VoteWatch Europe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 December 2019.
    8. ^ "Parliament elects the von der Leyen Commission | News | European Parliament". www.europarl.europa.eu (dalam bahasa Inggeris). 2019-11-27. Dicapai pada 2020-01-04.
    9. ^ "Trade chief Phil Hogan's resignation blows hole in European Commission". POLITICO. August 26, 2020.
    10. ^ Correspondent, Naomi O’Leary Europe. "Mairead McGuinness approved as Irish commissioner in European Parliament". The Irish Times.
    11. ^ "Weber won't be next European Commission president: report | DW | 28.06.2019". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-13.
    12. ^ "Timmermanse neschválíme, prohlásil Babiš. Kritizuje jej za migrační kvóty a předsudky vůči střední Evropě". Lidovky.cz (dalam bahasa Czech). 1 July 2019. Dicapai pada 3 December 2019.
    13. ^ "Coulisses de Bruxelles - Martin Selmayr au service du Premier ministre croate, Andrej Plenković - Libération.fr". bruxelles.blogs.liberation.fr. Dicapai pada 2019-08-13.
    14. ^ Correspondent, Joe Barnes, Brussels (October 29, 2019). "EU's Brexit crisis: VDL's lawyers scramble for loophole to block Boris' commissioner". Express.co.uk.
    15. ^ Erlanger, Steven (March 12, 2020). "Coronavirus Tests Europe's Cohesion, Alliances and Even Democracy". The New York Times. Dicapai pada December 27, 2020.
    16. ^ Rahman, Mujtaba (February 3, 2020). "Europe's next crisis: The geopolitical Commission". Politico. Dicapai pada December 27, 2020. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
    17. ^ Blockmans, Steven (September 15, 2020). "Why the EU needs a geopolitical Commission". Centre for European Policy Studies. Dicapai pada December 27, 2020. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
    18. ^ "Recovery plan for Europe". European Commission - European Commission (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-19.