Dewan Eropah
European Council (en) | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Jawatan presiden kolektif EU |
Tapak web | Dewan Eropah |
Sejarah | |
Dibentuk | 1961 (informal) 2009 (formal) |
Pengurusan | |
Pengerusi | Charles Michel |
Presiden | Charles Michel |
Pertubuhan induk | Kesatuan Eropah |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Europa building |
Lokasi |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Dewan Eropah ialah lembaga Kesatuan Eropah yang dianggotai oleh ketua negara atau pemimpin pemerintah negara anggota ditambah Presiden Dewan Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah. Pesuruhjaya Tinggi Bidang Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah juga menghadiri rapat. Lembaga ini ditugaskan mendefinisikan arah politik dan keutamaan Kesatuan Eropah (EU).[1] Dewan ditubuhkan secara informal pada tahun 1975, lalu dirasmikan sebagai sebuah lembaga pada tahun 2009 ketika Perjanjian Lisbon berlaku. Presiden Dewan Eropah kini ialah Charles Michel, bekas Perdana Menteri Belgium.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Meskipun tidak memiliki kuasa perundangan formal, Dewan Eropah ialah lembaga strategi (dan pencari penyelesaian krisis) yang menetapkan hala tuju politik dan keutamaan Kesatuan Eropah dan bertindak sebagai kepresidenan kolektif. Suruhanjaya Eropah tetap satu-satunya perintis undang-undang, tetapi Dewan Eropah dapat memberi panduan dasar perundangan.[2][3]
Pertemuan Dewan Eropah, biasa disebut Sidang Kemuncak EU, dipimpin oleh presiden dan diadakan dua kali setiap enam bulan.[1] Mesyuarat biasanya dilakukan di Bangunan Eropah di Brussels.[4] Dewan Eropah mengambil keputusan berdasarkan persetujuan, melainkan sudah ditentukan sebaliknya oleh Perjanjian Kesatuan Eropah.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Consolidated versions of the Treaty on European Union and the Treaty on the functioning of the European Union" (PDF).
- ^ Art. 13 et seq of the Treaty on European Union
- ^ Gilbert, Mark (2003). Surpassing Realism – The Politics of European Integration since 1945 (page 219: Making Sense of Maastricht). Rowman & Littlefield. Dicapai pada 23 August 2011.
- ^ "EUROPA – The European Council: Presidency Conclusions". European Commission. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Art. 15(4) of the Treaty on European Union
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Wessels, Wolfgang (2016). The European Council. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0333587461.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Archive of European Integration – Summit Guide
- European Council Collection of documents - CVCE
- Reflection Group established by the European Council