Pergi ke kandungan

Sungai Perkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Perkai
سوڠاي ڤركاي
Sungei Perkai, Sg. Perkai
Sungai Perkai yang terletak di Pahang
Sungai Perkai
Lokasi muara Sungai Perkai
Sungai Perkai yang terletak di Malaysia
Sungai Perkai
Sungai Perkai (Malaysia)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
Sumbersekitar di kawasan kaki Bukit Remis
 • lokasikawasan berhutan primer dan berbukit di Mukim Ulu Tembeling
 • koordinat4°35′40″N 102°23′34″E / 4.594335°N 102.392904°E / 4.594335; 102.392904
 • ketinggiankira-kira 640 dan 660 m (2,100 dan 2,170 ka)
MuaraSungai Keniyam 
 • lokasi
kawasan berhutan primer di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°32′34″N 102°27′08″E / 4.542647°N 102.45219°E / 4.542647; 102.45219Koordinat: 4°32′34″N 102°27′08″E / 4.542647°N 102.45219°E / 4.542647; 102.45219
 • ketinggian
kira-kira 120 dan 100 m (390 dan 330 ka)
Panjangkira-kira 8.0 km (5.0 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Keniyam→ Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Keniyam
Peta topografiJUPEM Gunung Perlis (MY502A)

Sungai Perkai (Jawi: سوڠاي ڤركاي) merupakan sungai yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 180 km (110 bt) dari barat bagi ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai ini terletak di dalam Taman Negara. Sungai Perkai juga merupakan anak sungai kepada Sungai Keniyam dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Latar belakang sungai

[sunting | sunting sumber]

Sungai Perkai telah dicatatkan dalam peta topografi yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia atau kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam siri L7010 berskala 1:63 360 yang bernombor lembar 58 terbitan tahun 1967 dan 59 terbitan tahun 1966.[3][4] Sungai Perkai juga dicatatkan dalam peta topografi yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi siri peta iaitu L7030, DNMM5101 dan yang terkini dan terbaharu dalam siri MY502A bagi nombor lembar FE22 (untuk siri MY502A).[5]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Perkai ini berpunca daripada kawasan berhutan primer dan berbukit di kaki Bukit Remis yang terletak di dalam Taman Negara yang di bawah seliaan dan jagaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).[5] Ketinggian punca sungai ini ialah dalam kira-kira 640 dan 660 m (2,100 dan 2,170 ka) dari paras laut.[5]

Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Keniyam di Kuala Perkai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Perkai dan ia akan mengalir ke Sungai Tembeling.[5][6] Ketinggian muara atau hilir sungai ini ialah dalam kira-kira 120 dan 100 m (390 dan 330 ka) dari paras laut.[5]

Data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang telah setkan Sungai Perkai mengalir sepanjang 8.0 km (5.0 bt) daripada hulu sehingga hilir sungai.[7]

Ciri-ciri lain

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Perkai merupakan salah satu sebahagian dalam sistem lembangan bagi Sungai Keniyam dalam Mukim Ulu Tembeling.[6] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Keniyam berdekatan dengan Sungai Keniyam Kecil.[5]

Aktiviti manusia (darat budaya)

[sunting | sunting sumber]

Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan terdapat kurang dari satu yang mendiami di sekitar lembah Sungai Perkai.[8] Kebanyakan kawasan sekitar sungai ini dilitupi dengan kawasan hutan yang tebal.[5] Walau bagaimanapun, terdapat satu perkampungan yang berdekatan dengan Sungai Perkai dengan melalui Sungai Keniyam iaitu Kampung Keniyam.

  1. ^ "Sungai Perkai, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 16 September 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 16 September 2024.
  3. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM); Gunong Tahan, 58. Edisi 1. Tahun 1967. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  4. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Kuala Sat, 59. Edisi 1. Tahun 1966. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  5. ^ a b c d e f g Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Gunung Perlis, FE22. Edisi 1. Tahun 2013. Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Siri MY502A: Semenanjung Malaysia berskala 1:50 000.
  6. ^ a b Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara (PGN), dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 16 September 2024.
  7. ^ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (26 Ogos 1996). "Warta Rezab Sungai Negeri Pahang". jps.pahang.gov.my. Jabatan Pengairan dan Saliran. Dicapai pada 16 September 2024.
  8. ^ "SEDAC Map Viewer, v2". sedac.ciesin.columbia.edu. Dicapai pada 2024-09-16.