Pergi ke kandungan

Sungai Keniyam Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Keniyam Kecil
سوڠاي كنييم كچيل
Sungai Kenyam Kechil, Sg. Keniyam Kecil
Sungai Keniyam Kecil yang terletak di Pahang
Sungai Keniyam Kecil
Lokasi muara Sungai Keniyam Kecil
Sungai Keniyam Kecil yang terletak di Malaysia
Sungai Keniyam Kecil
Sungai Keniyam Kecil (Malaysia)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
Sumberkawasan tanah tinggi atau bukit tanpa nama
 • lokasikawasan berhutan primer, berbukit di Mukim Ulu Tembeling serta berdekatan dengan sempadan negeri Pahang (Daerah Jerantut) dan Kelantan (Jajahan Gua Musang)
 • koordinat4°41′26″N 102°22′21″E / 4.690429°N 102.372439°E / 4.690429; 102.372439
 • ketinggiankira-kira 880 dan 900 m (2,890 dan 2,950 ka)
MuaraSungai Keniyam 
 • lokasi
kawasan berhutan primer di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°35′27″N 102°27′42″E / 4.590918°N 102.461534°E / 4.590918; 102.461534Koordinat: 4°35′27″N 102°27′42″E / 4.590918°N 102.461534°E / 4.590918; 102.461534
 • ketinggian
kira-kira 0 dan 20 m (0 dan 66 ka)
Panjangkira-kira 20 km (12 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Keniyam→ Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Keniyam
Peta topografiJUPEM Gunung Perlis (MY502A)

Sungai Keniyam Kecil (Jawi: سوڠاي كنييم كچيل; ataupun dikenali sebagai Sungai Kenyam Kecil) merupakan sungai yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ia terletak dalam kira-kira 180 km (110 bt) dari barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai ini terletak di dalam Taman Negara. Sungai Keniyam Kecil juga merupakan anak sungai kepada Sungai Keniyam dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Latar belakang sungai

[sunting | sunting sumber]

Sungai Keniyam Kecil telah dicatatkan dalam peta topografi yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia atau kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam siri L7010 berskala 1:63 360 yang bernombor lembar 58 terbitan tahun 1967 dan 59 terbitan tahun 1966.[3][4] Sungai Keniyam Kecil juga telah dicatatkan dalam peta topografi yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi siri peta L7030, DNMM5101 dan yang terkini serta terbaharu dalam siri MY502A bagi nombor lembar FE22 (untuk siri MY502A).[5]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Keniyam Kecil ini berpunca daripada kawasan berhutan primer dan tanah tinggi atau bukit tanpa nama yang terletak di Taman Negara yang merupakan jagaan dan seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).[5] Kawasan punca sungai ini juga berdekatan dengan sempadan negeri Pahang bagi Daerah Jerantut dan negeri Kelantan bagi Jajahan Gua Musang.[5][6] Ketinggian punca sungai ini ialah dalam kira-kira 880 dan 900 m (2,890 dan 2,950 ka) dari paras laut.[5]

Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Keniyam sebagaimana ia penamat bagi Sungai Keniyam Kecil dan ia akan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[5][6] Ketinggian muara atau hilir sungai ini ialah dalam kira-kira 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.

Sungai Keniyam Kecil mengalir sepanjang dalam kira-kira 20 km (12 bt) dari hulu sehingga hilir sungai.[6]

Ciri-ciri lain

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Keniyam Kecil merupakan salah satu sebahagian dalam sistem lembangan Sungai Keniyam dalam Mukim Ulu Tembeling.[6] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Keniyam berdekatan dengan Sungai Perkai.[6]

Aktiviti manusia (darat budaya)

[sunting | sunting sumber]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan terdapat kurang dari satu yang mendiami di sekitar lembah Sungai Keniyam Kecil.[7] Kebanyakan di kawasan lembah Sungai Keniyam Kecil dilitupi dengan hutan yang tebal.[6]

  1. ^ "Sungai Keniyam Kecil, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 16 September 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 16 September 2024.
  3. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM); Gunong Tahan, 58. Edisi 1. Tahun 1967. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  4. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM); Kuala Sat, 59. Edisi 1. Tahun 1966. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  5. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Gunung Perlis, FE22. Edisi 1. Tahun 2013. Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Siri MY502A: Semenanjung Malaysia berskala 1:50 000.
  6. ^ a b c d e f Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara (PGN), dengan kerjasama bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta jabatan-jabatan kerajaan lain. Dicapai pada 16 September 2024.
  7. ^ "SEDAC Map Viewer, v2". sedac.ciesin.columbia.edu. Dicapai pada 2024-09-16.