Sultan Mahmud Shah (nyahkekaburan)
Penampilan
Dalam dunia kesultanan Melayu, terdapat ramai Sultan yang menggunakan nama dan gelaran Sultan Mahmud Shah, untuk memudahkan anda membuat carian, disini disertakan senarai Sultan-sultan yang memakai gelaran nama tersebut:
- Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke-8 dan terakhir memerintah 1488-1511 Masihi, mangkat 1528 Masihi, baginda ialah anak Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah).
- Sultan Mahmud Shah II (Sultan Johor ke-10, tahun pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699 Masihi. Baginda lebih dikenali sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi". Baginda dimakamkan di Kota Tinggi, Johor.
- Sultan Mahmud Shah III (Sultan Johor-Riau-Lingga ke-16. Tahun memerintah 1761-1812 Masihi. Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan kekandanya Sultan Ahmad Riayat Shah (Marhum Tengah) yang mangkat pada usia 9 tahun pada tahun 1761 akibat diracun)).
- Sultan Muhammad II Muazzam Shah (lahir 1992) merupakan Sultan Riau-Lingga pada tahun 1999.
- Sultan Mahmud Shah, Perak (Sultan Perak ke-8 yang telah memerintah mulai 1627 sehingga 1630 Masihi).
- Sultan Mahmud Iskandar Shah, Perak (Sultan Perak ke-11 yang telah memerintah mulai 1653 sehingga 1720 Masihi).
- Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Sultan Pahang, lahir pada 4 Februari 1868, naik takhta pada 9 Mei 1914 dan mangkat pada 19 Jun 1917 Masihi).
- Sultan Mahmud Shah II, Perak (Sultan Perak ke-16 yang telah memerintah mulai 1765 sehingga 1773 Masihi).
- Sultan Mahmud Badaruddin II ((1767 Palembang - 26 November 1862 Ternate) ialah Sultan Palembang-Darussalam (1803-1819) setelah mewarisi pemerintahan ayahnya, Sultan Muhamad Bahauddin)).
- Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj (Sultan Terengganu ke-15. Baginda memerintah dari tahun 1979 hingga tahun 1998 Masihi).