Sukan Asia Musim Sejuk 2007
Acara | 47 dalam 10 sukan |
---|---|
Upacara pembukaan | 28 Januari, 2007 |
Upacara penutupan | 4 Februari, 2007 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Hu Jintao |
Pembaca ikrar atlet | Li Ye |
Pembaca ikrar juri | Yang Jiasheng |
Penyala obor | Li Jiajun |
Stadium utama | Changchun Wuhuan Gymnasium |
Sukan Asia Musim Sejuk ke-16 telah diadakan di Changchun, Republik Rakyat China dari 28 Januari 2007 hingga 4 Februari 2007. Ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk; kali pertama ialah pada 1996 di Harbin.
Persediaan
[sunting | sunting sumber]Persediaan untuk sukan ini bermula empat tahun sebelumnya. Beberapa bulan sebelum temasya ini bermula, persediaannya telah diketuai oleh Pemangku Gabenor Jilin, Han Changbin.
Lambang
[sunting | sunting sumber]Menggabungkan pergerakan pelompat ski dan peluncur laju balapan-dekat, lambang Sukan Asia Musim Sejuk 2007 terdiri dari dua coretan kaligrafi Cina. Coretan biru berbentuk C mewakili huruf pertama Changcun dan melambangkan ciri "bandar ais dan salji" dan "bandar sains dan teknologi". Coretan hijau di bawahnya pula melambangkan keamanan ("persahabatan dahulu, persaingan kemudian") dan juga sifat "bandar musim bunga di sebalik Tembok Besar" dan "bandar hutan". Lambang ini memberikan gambaran imej "perubahan dengan setiap hari yang berlalu" dan "burung lang terbang ke langit luas"."[1]
Maskot
[sunting | sunting sumber]Maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2007 ialah Lulu, seekor rusa dari spesies Cervus nippon, yang mudah dilihat di sekitar Changchun. Selain sebagi simbol nasib baik dan beruntung, rusa ini bersifat lembut, anggun, lincah dan pantas, mencerminkan kemahiran atlet musim sejuk yang baik. [2]
Acara sukan
[sunting | sunting sumber]Sejumlah 47 acara yang menawarkan pingat dalam 10 jenis sukan telah dipertandingkan di Sukan Asia Musim Sejuk ini.
Penyertaan negara
[sunting | sunting sumber]Sukan Asia Musim Sejuk 2007 menandakan pertama kali semua anggota Majlis Olimpik Asia menghantar delegasi ke Sukan Asia Musim Sejuk.[3] Berikut adalah senarai ahli 26 Majlis Olimpik Antarabangsa (NOC) yang mengambil bahagian, dan jumlah atlet :[4]
|
|
|
Negara-negara berikut menghantar delegasi yang tidak bertanding:
*Iraq tiada dalam senarai negara yang mengambil bahagian di laman web Sukan Asia Musim Sejuk ke-6 Diarkibkan 2008-02-26 di Wayback Machine. Terdapat juga laporan sebelum temasya sukan ini bermula yang Iraq tidak dapat menghantar delegasi.
Venue
[sunting | sunting sumber]Terdapat enam venue utama untuk 47 acara yang dipertandingkan:
- Beida Lake Skiing Resort
- Changchun Wuhuan (Five-Role) Gymnasium
- Changchun Municipal Skating Rink
- Fu'ao Ice Skating Rink
- Jilin Province Skating Gymnasium
- Jilin Province Speed Skating Gymnasium
Pungutan pingat
[sunting | sunting sumber](Host nation highlighted)
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 19 | 19 | 23 | 61 |
2 | Jepun | 13 | 9 | 14 | 36 |
3 | Korea Selatan | 9 | 13 | 11 | 33 |
4 | Kazakhstan | 6 | 6 | 6 | 18 |
5 | Mongolia | 0 | 0 | 1 | 1 |
Uzbekistan | 0 | 0 | 1 | 1 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mascot - The 6th Winter Asian Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-11-23.
- ^ "Emblem - The 6th Asian Winter Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-11-23.
- ^ Asian Winter Games open in Changchun
- ^ 2007 Winter Asiad official website
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Diarkibkan 2018-03-18 di Wayback Machine (English)
- Laman rasmi (Simplified Chinese)
- Yahoo China - Changchun 2007