Pergi ke kandungan

London Underground

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
London Underground
Logo London Underground
Kereta api aliran Central aras dalam di stesen Lancester Gate yang menuju ke Ealing Broadway
Kereta api aliran Metropolitan subpermukaan di stesen Farringdon yang menuju ke Aldgate
Umum
Nama asalThe Underground
The Tube
LokasiLondon Raya, Buckinghamshire, Essex, Hertfordshire
Jenis transit
Transit aliran
Jumlah laluan/aliran
11[1]
Jumlah stesen
270 diberi khidmat[1]
(260 dimiliki)
Bil. penumpang harian
4.8 juta[2]
Bil. penumpang tahunan
1.34 bilion
(2015/2016)[1]
Ibu pejabat
Windsor House, Bandaraya Westminster, London Raya
Laman sesawang
www.tfl.gov.uk
Operasi
Mula beroperasi
(1863-01-10) 10 Januari 1863 (umur 161) tahun tidak sah
PengendaliLondon Underground Limited
Tanda pelaporan
LT (National Rail)[3]
Teknikal
Panjang sistem
402 kilometer (250 bt)[1]
Tolok landasan
1435
Pengelektrikan630 V DC rel keempat
Kelajuan purata
33 mph (53 km/j)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

London Underground (juga dikenali sebagai the Underground, atau melalui nama samarannya the Tube) ialah satu sistem transit aliran yang menyediakan perkhidmatan di sebahagian besar kawasan London Raya dan beberapa kaunti yang berdekatan seperti Essex, Hertfordshire dan Buckinghamshire di England.[5]

Kereta api bawah tanah yang pertama di dunia, Kereta Api Metropolitan yang dibuka pada tahun 1863, kini menjadi sebahagian daripada aliran kereta api Circle, Hammersmith & City dan Metropolitan; laluan pertama kereta api, Kereta Api Bandar & London Selatan pada 1890, kini menjadi sebahagian daripada aliran Northern.[6] Rangkaian ini telah berkembang kepada sebelas aliran dan pada 2015 hingga 2016, ia telah membawa kira-kira 1.34 bilion penumpang,[1] menjadikannya sistem metro ke-11 tersibuk di dunia. Sebelas aliran itu dianggarkan membawa penumpang seramai 4.8 juta sehari.[2]

Terowong pertama sistem kereta api bawah tanah ini dibina di bawah permukaan, menggunakan kaedah gali dan timbus; kemudiannya terowong membulat yang lebih kecil dan kasar, di mana memberi ia memberi samaran bagi the Tube – dikorek melalui aras yang lebih dalam.[7] Sistem metro ini mempunyai 270 buah stesen dan landasan sepanjang 250 batu (400 km).[8] Walaupun namanya dipanggil underground (bawah tanah), hanya 45% sistem yang berada di dalam terowong bawah tanah manakala selebihnya di atas permukaan terutamanya di sekitar luar London.[8] Rangkaian kereta api ini juga tidak melitupi di kebanyakan bahagian selatan London Raya dengan 10% jumlah stesen berada di selatan sungai Thames.[8]

Aliran-aliran kereta api awal pada asalnya dimiliki oleh beberapa syarikat swasta, yang berada di bawah jenama "UndergrounD" pada awal abad ke-20 dan akhirnya digabungkan bersama dengan aliran kereta api subpermukaan dan perkhidmatan bas pada 1933 untuk membentuk London Transport, di bawah kawalan Lembaga Pengangkutan Penumpang London (LPTB). Pengendali semasa, London Underground Limited (LUL), anak syarikat milik penuh Transport for London (TfL), perbadanan berkanun yang bertanggungjawab untuk rangkaian pengangkutan di London Raya.[7] Setakat 2015, 92% perbelanjaan kendalian dicakupi oleh tambang penumpang.[9] Tiket Travelcard telah diperkenalkan pada 1983 dan kad Oyster, sistem tiket tanpa tunai pula pada 2003. Pembayaran kad tanpa sentuh diperkenalkan pada 2014.[10]

Kereta Api Metropolitan dibuka dengan menggunakan lokomotif bertolok lebar GWR.[11]

Tahun-tahun terawal

[sunting | sunting sumber]

Cetusan idea untuk kereta api bawah tanah yang menghubungkan Bandaraya London dengan beberapa terminal kereta api di pusat bandar telah dicadangkan pada 1830-an,[12] dan Kereta Api Metropolitan telah diberikan kebenaran untuk membina laluan kereta api pada 1854.[13] Untuk penyediaan pembinaan, satu terowong ujian pendek telah dibina pada 1855 di Kibblesworth, sebuah pekan kecil dengan ciri yang serupa seperti London. Terowong ujian ini digunakan untuk dua tahun dalm pembangunan kereta api bawah tanah pertama dan kemudian pada 1861, ia diisi.[14] Kereta api bawah tanah pertama di dunia dibuka pada Januari 1863, di antara Paddington dan Farringdon dengan menggunakan gerabak bercahaya gas, yang diangkut menggunakan lokomotif stim.[15] Projek ini dianggap berjaya, membawa 38,000 penumpang pada hari pembukaan dan telah meminjam kereta api daripada syarikat-syarikat lain untuk melengkapi perkhidmatannya.[16] Kereta Api Daerah Metropolitan (biasanya dikenali sebagai Kereta Api Daerah) dibuka pada Disember 1868 dari Kensington Selatan ke Westminster sebagai sebahagian daripada rancangan untuk "inner circle" (bulatan dalam) bawah tanah yang menghubungkan terminal-terminal laluan utama London.[17] Kereta api Metropolitan dan Daerah menyiapkan aliran Circle (aliran Bulatan) pada 1884,[18] dibina dengan menggunakan kaedah gali dan timbus.[19] Kedua-dua penyedia khidmat kereta api itu mengembangkan perkhidmatan mereka, di mana Kereta Api Daerah membina lima cabang ke barat yang sampai ke Ealing, Hounslow,[20] Uxbridge,[21] Richmond dan Wimbledon,[20] manakala Kereta Api Metropolitan kemudiannya memanjangkan laluannya sehingga ke Verney Junction di Buckinghamshire, lebih daripada 50 batu (80 km) dari Baker Street dan pusat bandar raya London.[22]

Untuk laluan aras dalam pertama, dua terowong membulat bergaris pusat 10 kaki (120 in) digali oleh Kereta Api Bandar dan London Selatan di bawah King William Street (berdekatan stesen Monument) dan Stockwell, di bawah jalan raya untuk mengelakkan keperluan persetujuan daripada pemilik harta tanah yang ada di atas permukaan. Ia dibuka pada 1890 dengan lokomotif elektrik yang mengangkut gerabak dengan tingkap legap kecil dan diberi nama samaran sebagai "sel berlapik".[23] Kereta Api Waterloo dan Bandar dibuka pada 1898,[24] diikuti dengan Kereta Api London Pusat pada 1900, yang dikenali sebagai "tiub dua peni".[25] Kedua-dua kereta api elektrik berkhidmat di dalam terowong membulat yang mempunyai garis pusat di antara 11 kaki 8 inci (3.56 m) dan 12 kaki 2.5 inci (3.721 m),[26] di mana Kereta Api Utara Besar dan Bandar yang dibuka pada 1904 telah dibina untuk mengambil kereta api laluan utama dari Taman Finsbury ke terminal Moorgate di Bandaraya dan mempunyai terowong bergaris pusat 16 kaki (4.9 m).[27]

Pada awal abad ke-20, Kereta api Daerah dan Metropolitan perlu melalui proses pengelektrikan dan satu jawatankuasa bersama menyarankan untuk menggunakan sistem AC; kedua-dua syarikat itu bekerjasama kerana perkongsian pemilikan pada inner circle. Kereta Api Daerah perlu meningkatkan keperluan kewangannya dan menjumpai seorang pelabur dari Amerika Syarikat Charles Yerkes, yang lebih menggemari sistem DC seperti yang digunakan oleh kereta api Bandar & London Selatan dan London Pusat. Pihak Kereta Api Metropolitan membantah perubahan rancangan itu, tetapi selepas proses timbang tara oleh Lembaga Perdagangan, sistem DC diguna pakai.[28]

Transport for London

[sunting | sunting sumber]

Transport for London (TfL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai suatu badan bersepadu yang bertanggungjawab atas sistem pengangkutan di London menggantikan London Regional Transport. Pada bulan Julai 2003, TfL mengambil alih London Underground Limited.[29]

TfL juga merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Greater London (Greater London Authority, GLA) dan juga ditubuhkan sebagai perbadanan berkanun yang terkawal bawah undang-undang kewangan kerajaan tempatan.[30] Terdapat tiga buah anak syarikat yang berada bawah TfL iaitu London Transport Insurance (Guernsey) Ltd., the TfL Pension Fund Trustee Co. Ltd. dan Transport Trading Ltd (TTL). TTL sendiri sahaja juga mempunyai enam buah anak syarikat milikan penuh dengan salah satunya merupakan London Underground Limited.

Ahli Lembaga TfL dilantik oleh Datuk Bandar London yang juga menetapkan struktur dan taraf tambang pengangkutan awam di London. Walau bagaimanapun, pengelolaan harian perbadanan ini dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Transport for London yang dikepalai oleh Peter Hendy pada masa ini.[31]

Datuk Bandar juga bertanggungjawab dalam membentuk strategi pengangkutan London yang bersepadu serta membuat rundingan dengan GLA, TfL, majlis tempatan dan pihak-pihak lain mengenai strategi tersebut. Tanggungjawabnya juga merangkumi dalam menggubal belanjawan TfL. Rundingan dibuat dengan GLA mengenai strategi pengangkutan dan kemudiannya membuat pemeriksaan dan akhirnya meluluskan belanjawan Datuk Bandar. GLA dapat memanggil Datuk Bandar dan staf atasan dalam memberi penjelasan tentang penilaian prestasi TfL. London TravelWatch yang merupakan suatu badan yang dilantik oleh Himpunan dan membekalkan laporan kepadanya diberi tugas untuk melayan sebarang aduan mengenai pengangkutan di London.[32]

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Aliran London Underground terbahagi kepada dua iaitu laluan di bawah permukaan tanah (subsurface) seperti aliran Circle, District, Hammersmith & City, dan Metropolitan; dan laluan yang dibina jauh di bawah tanah (deep level) seperti aliran Bakerloo, Central, Jubilee, Northern, Piccadilly, Victoria dan Waterloo & City.

Terdapat juga aliran London Timur yang merupakan laluan di bawah permukaan tanah yang kelima. Pada tahun 2007, aliran ini kemudiannya ditutup untuk kerja-kerja pembinaan semula, dan pada tahun 2010, aliran ini dibuka sebagai perkhidmatan London Overground.[33]

Laluan perkhidmatan London Underground
Nama Warna dalam peta[34] Mula
perkhidmatan
Bahagian
pertama
memulakan
perkhidmatan*
Nama
terguna sejak
Jenis Panjang
(km)
Panjang
(batu)
Bilangan
stesen
Jenis
Gerabak
Gerabak
masa hadapan
Bilangan perjalanan
setahun
(ribu)
Purata
perjalanan
setiap
batu
(ribu)
Aliran Bakerloo Perang 1906 1906 1906 Jauh di bawah tanah 23.2 14.50 25 - 104,000 7,172
Aliran Central Merah 1900 1856 1900 Jauh di bawah tanah 740 460 49 1992 Stock - 199,000 4,326
Aliran Circle Kuning 1884 1863 1949 Bawah permukaan tanah 27 170 36 C Stock S Stock mulai tahun 2011 74,000 5,286
Aliran District Hijau 1868 1868 1868–1905 Bawah permukaan tanah 640 400 60 C Stock dan D78 Stock S Stock mulai 2013 188,000 4,700
Aliran Hammersmith & City Merah jambu 1988 (1863 sebagai aliran Metropolitan) 1858 1988 Bawah permukaan tanah 26.5 16.50 29 C Stock S Stock mulai 2011 50,000 3,030
Aliran Jubilee Kelabu 1979 1879 1979 Jauh di bawah tanah 36.2 22.50 27 1996 Stock - 127,584 5,670
Aliran Metropolitan Magenta gelap 1863 1863 1863 Bawah permukaan tanah 66.7 41.50 34 A Stock
S Stock
S Stock (Sedang ditambah masuk dalam perkhidmatan) 58,000 1,398
Aliran Northern Hitam 1890 1867 1937 Jauh di bawah tanah 580 360 50 1995 Stock - 206,987 5,743
Aliran Piccadilly Biru gelap 1906 1869 1906 Jauh di bawah tanah 710 44.30 53 1973 Stock - 176,177 3,977
Aliran Victoria Biru muda 1968 1968 1968 Jauh di bawah tanah 210 13.25 16 2009 Stock - 183,000 13,132
Aliran Waterloo & City Firus 1898 1898 1898 Jauh di bawah tanah 2.5 1.50 2 1992 Stock - 9,616 6,410
* Sekiranya tahun perkhidmatan terawal dimulakan dipaparkan lebih awal daripada tahun perkhidmatan rasmi, bermakna aliran ini pada mulanya menyediakan perkhidmatan untuk aliran Underground yang lain ataupun oleh syarikat kereta api lain.

† Sebelum tahun 1994, aliran Waterloo & City dikendalikan oleh British Rail dan syarikat-syarikat sebelumnya.

Underground menyediakan perkhidmatan kereta api terhadap 250 buah perhentian. 14 buah daripadanya terletak di luar kawasan Greater London dengan lima buah stesen ini (iaitu stesen Amersham, Chalfont & Latimer, Chesham, and Chorleywood dalam aliran Metropolitan serta Epping dalam aliran Central) terletak di luar ruang lingkup lebuh raya lingkaran London M25. Antara 32 buah wilayah perbandaran London, hanya enam buah wilayah yang tidak mempunyai jaringan perkhidmatan Underground iaitu Bexley, Bromley, Croydon, Kingston, Lewisham dan Sutton. Manakala dua buah stesen iaitu Old Street dan Manor House di wilayah Hackney berada berbetulan dengan sempadan wilayahnya.

Senarai orang terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • Harry Beck (1902–1974) mendesain the peta tiub-tiub bagi saluran keretapi bawah tanah. Pada tahub 2006 namanya direkodkan sebagai British design icon.[35]
  • Hannah Dadds (1941–2011), juru pandu keretapi wanita pertama di London Underground.[36]
  • John Fowler (1817–1898) seorang jurutera ahli perkeratapiab yang merancang jalur keretapi perbandaran.[37]
  • MacDonald Gill (1884–1947), seorang ahli kartografi yang dikreditkan dengan lukisan, pada tahun 1914 iakni, "peta yang menyelamatkan London Underground".
  • James Henry Greathead (1844–1896) seorang jurutera yang membina penggalian Tiub Tower menggunakan cara wrought iron shield dipatenkan Peter W. Barlow, dan kemudian menggunakan cara yang sama bagi membina the deep-tube City & serta jalur keretapi South London and Central London.[38][39]
  • Edward Johnston (1872–1944) mengasas the Johnston Sans typeface, yang masih digunakan sampai saat ini di London Underground.[40]
  • Charles Pearson (1793–1862) memberi saran jalur keretapi bawah tanah di London pada tahun 1845 dan dari tahun 1854 mempromosyenkan rancangan yang nantinya akan menjadi jalur keretapi bagi perbandaran.[41]
  • Frank Pick (1878–1941) adalah pejawat pablik UERL dari tahun 1908, pengurus pemasaran pada tahun 1912 dan berkongsi pengarah urusan tahun 1928. Frank adalah ketua eksekutif dan naib pengerusi LPTB dari tahun 1933 to 1940. Picklah yang menugaskan Edward Johnston untuk mengasas sebuah sistem the typeface dan merancang semula pusing bulat pada keretapi. Pick juga yang menubuhkan nama Underground's sebagai penaung seni bina apabila para penguna tiub memajangkan seni bina gambar dan arsikter di beberapa kesempatan.[42]
  • Robert Selbie (1868–1930) adalah pengurus Metropolitan Railway ini dari tahun 1908 sampai kematiannya, memasarkah tiub binaannya sebagai jeba Metro-land.[40][43]
  • Edgar Speyer (1862–1932) penjenama keuangan dari syarikat Yerkes yang mengerusi UERL dari tahun 1906 to 1915 pada masa dasawarsa-dasawarsa awal.[44]
  • Albert Stanley (1874–1948) adalah pengurus UERL dari 1907, dan menjadi pengerusi pertama dari jawatan London Passenger Transport Board (LPTB) tahun 1933.[45]
  • Edward Watkin (1819–1901) adalah pengerusi Metropolitan Railway dari 1872 sampai 1894.[46]
  • Charles Yerkes (1837–1905) adalah jurutera berkewarganegaraan Amerika yang mengasas Underground Electric Railways Company of London (UERL) pada tahun 1902, yang membuka tiga tiub jalur keretapi dan mengalirkan elektrik ke District Railway.[47][48]

Pengendalian

[sunting | sunting sumber]

Tiket dan tambang

[sunting | sunting sumber]
Kad Oyster, kad pintar tanpa sentuh yang digunakan dalam sistem pengangkutan London

Dalam menetapkan tambang, TfL menggunakan zon Travelcard. Greater London dibahagikan kepada enam buah zon dengan Zon 1 terletak di tengah-tengah bandar London manakala Zon 6 terletak di pinggir London termasuklah Lapangan Terbang Heathrow. Terdapat juga Zon 7, 8 dan 9 iaitu stesen-stesen aliran Metropolitan yang terletak di luar Greater London.[49] Terdapat kaunter tiket yang diselia oleh staf tetapi dibuka pada waktu yang telah ditetapkan, manakala mesin tiket dapat digunakan sepanjang waktu. Mesin tiket ini pula ada yang menerima syiling, wang kertas dan kad kredit; beberapa buah pula ada yang hanya menerima sama ada duit syiling atau kad kredit sahaja.

Pada tahun 2003, TfL memperkenalkan kad Oyster iaitu sekeping kad pintar dengan cip tanpa sentuh RFID yang boleh digunakan oleh para penumpang dengan hanya menambahkan wang dan membayar tambang perjalanan dengannya. Kad ini juga boleh dipadukan dengan Travelcard. Seperti Travelcard kertas, kad ini boleh digunakan dalam Underground, Overground, DLR dan perkhidmatan-perkhidmatan National Rail di dalam Greater London. Dalam usaha menggalakkan penumpang memilih kad Oyster daripada Travelcard kertas dan juga bayaran secara tunai, TfL telah menetapkan harga tambang yang lebih rendah sekiranya tambang dijelaskan melalui kad ini.[50]

Denda dan pengelakan membayar tambang

[sunting | sunting sumber]

Di samping pintu tiket automatik yang dikawal oleh staf, Underground juga dipantau oleh pegawai pemeriksaan tiket yang mengenakan uniform dan juga berpakaian preman dengan pembaca kad Oyster mudah alih. Penumpang tanpa tiket yang sah untuk perjalanannya dikenakan denda sebanyak £50 (atau £25 sekiranya dijelaskan dalam tempoh 21 hari) dan boleh didakwa kerana mengelak untuk menjelaskan tambang dalam Peraturan Akta Kereta Api 1899. Pesalah boleh dikenakan denda sebanyak £1,000 atau tiga bulan penjara. Manakala pengguna kad Oyster yang tidak menyentuh masuk ketika dalam perjalanan (atau tidak menyentuh keluar walaupun telah menyentuh masuk) akan ditolak sebanyak £6 (pada waktu puncak; £4.30 waktu luar puncak) daripada baki kad. Sekiranya pengguna Oyster tidak menyentuh masuk dan diperiksa oleh pegawai yang berkenaan turut dikehendaki membayar denda £50 (atau £25 sekiranya dijelaskan dalam tempoh 21 hari) dengan baki kad tidak ditolak.

Waktu beroperasi

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Underground tidak berjalan selama 24 jam sehari kecuali pada Tahun Baru peristiwa-peristiwa besar seperti Jubli Emas Ratu Elizabeth pada tahun 2002 dan juga Upacara Pembukaan dan Penutup Olimpik London 2012. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan aliran yang hanya mempunyai dua laluan (satu dalam setiap arah) yang perlu ditutup pada waktu malam untuk urusan pembersihan dan kerja-kerja pembaikan yang telah dirancang. Kereta api yang pertama mula beroperasi pada kira-kira jam 4.45 pagi secara umumnya untuk perjalanan yang singkat seperti Osterley-Heathrow di aliran Piccadilly. Manakala bahagian-bahagian lain bermula pada jam 5.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 pagi.

Ketersampaian

[sunting | sunting sumber]

Ketersampaian bagi penumpang yang mempunyai masalah dalam bergerak di stesen-stesen tidak diambil kira sewaktu sistem ini mula dibina. Hal ini menyebabkan kebanyakan stesen yang lama tidak sama sekali mesra OKU. Hanya stesen-stesen yang baru dibina mempunyai ciri-ciri rekaan mesra OKU. Walau bagaimanapun, sebarang penambahan ciri-ciri mesra OKU yang bakal ditambah terhadap stesen-stesen lama tadi akan melibatkan kos yang sangat tinggi serta sukar dilaksanakan dari segi teknikal dan juga mustahil untuk diimplementasikan. Adanya lif dan tangga gerak sekalipun, kadang kala pengguna perlu melangkah ke pelantar lif atau tangga gerak dan juga pelantar platform.

Kebanyakan stesen pada aras tanah dibina dengan tangga dari aras jalan, manakala sebahagian besa stesen yang dibina dalam tanah mewajibkan pengguna untuk menyelusuri tangga ataupun menggunakan salah sebuah daripada 410 buah lif yang berada dalam sistem ini. Ada juga stesen yang memerlukan pengguna berjalan dalam jarak yang signifikan dan juga menelusuri tangga bagi tiba di platform. Misalnya tangga kecemasan di Covent Garden, mempunyai 193 anak tangga untuk ke pintu keluar yang bersamaan dengan mendaki bangunan 15 tingkat.[51] Oleh sebab yang demikian, pengguna disyorkan supaya menggunakan lif kerana risiko yang ada ketika meniti tangga.

TfL menyediakan peta yang menunjukkan stesen yang mampu dicapai oleh penumpang OKU. Sejak tahun 2004 lagi, stesen yang bertanda kerusi roda menandakan stesen tersebut boleh disusuri dari aras jalan. Jarak melangkah dari platform ke kereta api boleh menjangkaui 300 mm (11.8 in). Juga ruang yang lebih besar boleh terhasil apabila kereta api berhenti di platform yang bengkok. Hanya bahagian aliran Jubilee yang dipanjangkan sahaja dapat dicapai sepenuhnya.

  1. ^ a b c d e "About TfL – What we do – London Underground – Facts & figures". Transport for London. Dicapai pada 2014-06-17.
  2. ^ a b "Daily Ridership". London: Transport for London.
  3. ^ "National Rail Enquiries - London Underground".
  4. ^ Transport for London, Windsor House, 42–50 Victoria Street, London SW1H 0TL, enquire@tfl.gov.uk. "Facts & figures".CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "An overview of the rail industry in Great Britain" (PDF). UK Government - Office of Rail and Road. Dicapai pada 2017-01-05.
  6. ^ Wolmar 2004, m/s. 135.
  7. ^ a b Croome & Jackson (1993), Preface.
  8. ^ a b c Attwooll, Jolyon (5 Ogos 2015). "London Underground: 150 fascinating Tube facts". The Daily Telegraph. London.
  9. ^ "Annual Report and Statement of Accounts 2011/12" (PDF). TfL. m/s. 98, 100. Dicapai pada 2015-10-25. Fares revenue on LU was £2,410m... Operating expenditure on the Underground increased to £2,630m
  10. ^ "Annual Report and Statement of Accounts 2011/12" (PDF). TfL. m/s. 11. Dicapai pada 2015-10-25.
  11. ^ Peacock (1970), m/s. 37–38.
  12. ^ Day & Reed (2010), m/s. 8.
  13. ^ Jackson (1986), m/s. 19.
  14. ^ Bextor, Robin (2013). A History of the London Underground. Demand Media Limited. m/s. 34. ISBN 1909217379.
  15. ^ Day & Reed (2010), m/s. 8, 14.
  16. ^ Simpson (2003), m/s. 16.
  17. ^ Day & Reed (2010), m/s. 18–24.
  18. ^ Day & Reed (2010), m/s. 27–28.
  19. ^ Day & Reed (2010), m/s. 10–11.
  20. ^ a b Day & Reed (2010), m/s. 26.
  21. ^ Day & Reed (2010), m/s. 33.
  22. ^ Day & Reed (2010), m/s. 32.
  23. ^ Day & Reed (2010), m/s. 40–45.
  24. ^ Day & Reed (2010), m/s. 50–51.
  25. ^ Day & Reed (2010), m/s. 52–56.
  26. ^ Day & Reed (2010), m/s. 50, 53.
  27. ^ Day & Reed (2010), m/s. 60–61.
  28. ^ Day & Reed (2010), m/s. 62–63.
  29. ^ "Milestones". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-22. Dicapai pada 12 February 2011.
  30. ^ "Company information". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-14. Dicapai pada 11 July 2008.
  31. ^ "Chief Officers". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-22. Dicapai pada 13 September 2008.
  32. ^ "About". London TravelWatch. Dicapai pada 12 February 2011.
  33. ^ "East London Line officially opened by Boris Johnson". BBC News. 27 April 2010. Dicapai pada 27 April 2010.
  34. ^ London Underground. "Corporate identity—colour standards". Transport for London. Dicapai pada 22 December 2007.
  35. ^ Ovenden (2013), m/s. 153.
  36. ^ "Dadds, Hannah | Explore 20th Century London". 13 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2016. Dicapai pada 20 September 2022.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  37. ^ Ovenden (2013), m/s. 11.
  38. ^ Ovenden (2013), m/s. 34.
  39. ^ Day & Reed (2010), m/s. 40, 52.
  40. ^ a b Ovenden (2013), m/s. 69.
  41. ^ Ovenden (2013), m/s. 10.
  42. ^ Croome & Jackson (1993), m/s. 512–513.
  43. ^ Jackson (1986), m/s. 194, 346.
  44. ^ Lentin (2013), m/s. 5, 6 and 63.
  45. ^ Ovenden (2013), m/s. 63.
  46. ^ Jackson (1986), m/s. 334.
  47. ^ Ovenden (2013), m/s. 40.
  48. ^ Croome & Jackson (1993), m/s. 49–51, 79–81.
  49. ^ "Numbered zones for stations". Watford Observer. 24 November 2007.
  50. ^ "Getting around with Oyster" (PDF). Transport for London. January 2010. Dicapai pada 4 February 2011.
  51. ^ "London's shortest tube journey". Time Out. 17 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-16. Dicapai pada 5 June 2008. I have important advice for you. Never ever, under any circumstances, take the stairs. Don't do it because although you think it might be quicker than waiting for the lift it won't be, and the ascent will destroy you. There are 193 steps, and that's the equivalent of climbing to the top of a 15-storey building.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Artmonsky, Ruth (2012). Designing Women: Women Working in Advertising and Publicity from the 1920s to the 1960s (ed. 1st). Artmonsky Arts. ISBN 978-0-9551994-9-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bonavia, Michael R. (1981). British Rail: The First 25 Years. Newton Abbot: David & Charles. ISBN 0-7153-8002-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brown, Joe (1 Oktober 2012). London Railway Atlas (ed. Ke-3). Ian Allan Publishing. ISBN 978-0-7110-3728-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cooke, B.W.C., penyunting (September 1964). "The Why and the Wherefore: London Transport Board". Railway Magazine. Jil. 110 no. 761. Westminster: Tothill Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Croome, D.; Jackson, A (1993). Rails Through The Clay — A History Of London's Tube Railways (ed. 2nd). Capital Transport. ISBN 1-85414-151-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Day, John R; Reed, John (2010) [1963]. The Story of London's Underground (ed. 11th). Capital Transport. ISBN 978-1-85414-341-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Day, John R.; Reed, John (2008) [1963]. The Story of London's Underground (ed. 10th). Harrow: Capital Transport. ISBN 978-1-85414-316-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fennell, Desmond (1988). Investigation into the King's Cross Underground Fire. Jabatan untuk Pengangkutan. ISBN 0-10-104992-7.CS1 maint: ref=harv (link) Imbasan tersedia di dalam talian di railwaysarchive.co.uk. Diambil pada 27 Disember 2012.
  • Green, Oliver (1987). The London Underground — An illustrated history. Ian Allan Publishing. ISBN 0-7110-1720-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hardy, Brian (2002) [1976]. London Underground Rolling Stock (ed. ke-15). Harrow Weald: Capital Transport. ISBN 1-85414-263-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Horne, Mike (2003). The Metropolitan Line. Capital Transport. ISBN 1-85414-275-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Horne, Mike (2006). The District Line. Capital Transport. ISBN 1-85414-292-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jackson, Alan (1986). London's Metropolitan Railway. David & Charles. ISBN 0-7153-8839-8.CS1 maint: ref=harv (link) Paparan coretan di google.com. Diambil pada 20 Ogos 2012
  • Lentin, Antony (2013). Banker, Traitor, Scapegoat, Spy? The Troublesome Case of Sir Edgar Speyer. Haus. ISBN 978-1-908323-11-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ovenden, Mark (2013). London Underground by Design. Penguin Books. ISBN 978-1-84614-417-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Peacock, Thomas B. (1970). Great Western London Suburban Services. Oakwood Press. ASIN B0006C7PD2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rose, Douglas (Disember 2007) [1980]. The London Underground: A Diagrammatic History (ed. 8th). Capital Transport. ISBN 978-1-85414-315-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Simpson, Bill (2003). A History of the Metropolitan Railway. Vol 1. Lamplight Publications. ISBN 1-899246-07-X.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wolmar, Christian (2004). The Subterranean Railway: how the London Underground was built and how it changed the city forever. Atlantic. ISBN 1-84354-023-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Transport Committee (Disember 2009). "Too Close For Comfort: Passengers' experiences of the London Underground" (PDF). London Assembly. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-08-15. Dicapai pada 2013-04-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Transport Committee (November 2010). "Accessibility of the transport network" (PDF). London Assembly. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-08-21. Dicapai pada 20 April 2013.
  • Transport Committee (September 2011). "The State of the Underground" (PDF). London Assembly. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-05-05. Dicapai pada 2012-04-01.
  • "Your accessible transport network" (PDF). Transport for London. Disember 2012. Dicapai pada 2013-04-20.