Pergi ke kandungan

Star+

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Star+
Logo untuk perkhidmatan Star+.
Maklumat umum
URLwww.starplus.com Sunting ini di Wikidata
JenisPlatform OTT
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikSyarikat Walt Disney Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat indukDisney Media and Entertainment Distribution
Kandungan dan sokongan
PendaftaranDiperlukan
Dilancarkan pada31 Ogos 2021; 3 tahun yang lalu (2021-08-31)
Status terkiniAktif
Kawasan diberi khidmatAmerika Latin[1] (lihat senarai penuh negara)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Star+ (digayakan sebagai ST★R+) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan Amerika Latin yang dimiliki oleh Disney Media and Entertainment Distribution yang merupakan sebuah unit syarikat daripada The Walt Disney Company.[2]

Pada mulanya, jenama "Star" merupakan sebuah penyiar satelit di Hong Kong [en] yang dikenali sebagai "Satellite Television Asian Region" ataupun akronimnya dikenali sebagai "S.T.A.R". Penyiar satelit tersebut telah diasaskan oleh Hutchison Whampoa pada tahun 1991 dan seterusnya telah dimiliki oleh News Corporation pada tahun 1993.[3]

Selepas tahun 2009, jenama Star telah dipecahkan kepada beberapa syarikat individu termasuklah pemilikan sendiri syarikat Star China Media di China dan Star India di India. Manakala bisnes Star Asia Pasifik telah dibawa pindah kemudian di bawah bahagian Fox International Channels.[4] Star India beserta semua pengoperasian kini Fox Networks Group's Asia Pasifik[a] kemudian dimiliki oleh The Walt Disney Company disebabkan sebahagian pemilikan bagi syarikat 21st Century Fox pada 20 Mac 2019.

Semasa panggilan pendapatan pada 5 Ogos 2020, Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Chapek mengumumkan bahawa Disney merancang untuk melancarkan perkhidmatan hiburan am antarabangsa baharu di bawah nama jenama "Star" pada tahun 2021.[5] Perancangan itu menggantikan pengembangan antarabangsa yang diumumkan sebelum ini bagi perkhidmatan penstriman Amerika yang dikawal secara majoriti, iaitu Hulu, yang hanya berkembang dari Amerika Syarikat ke Jepun.[6]

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Star+ mempunyai penawaran yang sama seperti hab kandungan Star yang disepadukan ke dalam perkhidmatan Disney+ di beberapa negara lain pada 23 Februari 2021.[7][8][9] Perkhidmatan ini menghoskan pelbagai kandungan daripada studio-studio milik Disney khususnya kandungan hiburan am yang tidak ada di dalam perkhidmatan penstriman Disney+ termasuklah rancangan sukan secara langsung daripada ESPN Amerika Latin.

Ketersediaan

[sunting | sunting sumber]
Garis masa pelancaran
Tarikh pelancaran Wilayah Negara / Kawasan
Ogos 31, 2021[1] Amerika Utara Costa Rica
Republik Dominica
El Salvador
Guatemala
Honduras
Mexico
Nicaragua
Panama
Amerika Selatan Argentina
Bolivia
Brazil
Chile
Colombia
Ecuador
Paraguay
Peru
Uruguay
Venezuela
  1. ^ Walaupun pengoperasian Asia Pasifik mengendalikan perkhidmatan TV berjenama "Star" setakat ini pada tahap yang berbeza-beza, ianya tidak boleh dikelirukan dengan rangkaian TV premium Jepun dengan nama yang sama, yang pada masa itu merupakan usaha sama milik bersama dengan tiga rakan kongsi Jepun, kini merupakan perniagaan yang berasingan sepenuhnya sebagai bekas 21st Century Fox menjual pegangannya sebelum selesainya pemerolehan Disney.
  1. ^ a b "¿En qué países está disponible Star+?". Star Plus (dalam bahasa Sepanyol). 31 Ogos 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
  2. ^ "Cómo será el nuevo servicio de streaming de Disney que llega a Latinoamérica". T13 (dalam bahasa Sepanyol).
  3. ^ Tam, Luisa (27 Julai 1993). "News buys Star TV". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2019. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  4. ^ Chu, Karen (18 Ogos 2009). "News Corp. confirms STAR TV breakup". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2019. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  5. ^ Alexander, Julia (4 Ogos 2020). "Disney is launching a new Star-branded streaming service internationally". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  6. ^ "Disney + to raise its subscription fees, announces 'Star' international streaming service". GSMArena.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2020. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  7. ^ "Disney will fuel international growth with Star brand and Star+ app". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2020.
  8. ^ "R-Rated Features, MA TV Coming to Disney+ Overseas via Star Catalog". CBR (dalam bahasa Inggeris). 10 Disember 2020. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  9. ^ Newsdesk, Laughing Place Disney (11 Disember 2020). "Disney Investor Day 2020 Recap: Hulu, FX, ESPN+, Star, Star+". LaughingPlace.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2020.