Disney+ Hotstar
Kawasan yang dipasarkan | India, Amerika Utara, United Kingdom, Dunia Arab, dan beberapa bahagian negara di Asia Tenggara (versi mungkin berbeza) (lihat negara yang dilancarkan) |
---|---|
Presiden | Sunil Rayan |
Industri | Penstriman |
Servis | Penstriman video atas permintaan |
Pemilik | The Walt Disney Company India |
Induk | Novi Digital Entertainment (Disney Star) |
Laman web | www |
Kedudukan Alexa | 251 (12 Jun 2020)[1] |
Jenis laman web | Platform OTT |
Dilancarkan | 11 Februari 2015 |
Status terkini | Aktif |
Disney+ Hotstar (dikenali hanya sebagai Hotstar[a]) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan India yang dimiliki oleh Disney Star yang juga merupakan anak syarikat kepada The Walt Disney Company.[2] Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney pada April 2020.[3] Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.[2]
Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.[4]
Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iaitu, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Manakala, negara di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dunia Arab, dan Singapura pula hanya didatangkan dengan perkhidmatan penstriman Hotstar sahaja. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.[5]
Ketersediaan
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 2019, CEO Disney Bob Iger menyatakan bahawa akan ada perancangan untuk mengembangkan Hotstar ke Asia Tenggara.[6] Pada Ogos 2020, ia telah diumumkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Indonesia pada 5 September 2020, menandakan pengembangan pertama perkhidmatan yang disatukan di luar India.[7] Pada 19 Oktober 2020, Star India mengumumkan pelancaran Hotstar di Singapura, pada 1 November 2020.[8] Pada 25 Februari 2021, ia telah dilaporkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia dan Thailand pada 2021.[9] Perkhidmatan ini dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021,[10] dan dijadualkan akan dilancarkan di Thailand pada 30 Jun.[11]
Tarikh keluaran | Negara/Wilayah | Rakan kongsi keluaran |
---|---|---|
11 Februari 2015[b] | India | Tiada |
5 September 2020[7] | Indonesia | Telkomsel |
1 Jun 2021[10] | Malaysia | Astro |
30 Jun 2021[11] | Thailand | AIS[12] |
2022[9] | Vietnam |
Tarikh keluaran | Negara/Wilayah | Rakan kongsi keluaran |
---|---|---|
4 September 2017 | Amerika Syarikat | Hulu[c] |
Kanada | Tiada | |
13 September 2018 | United Kingdom | |
1 November 2020[8] | Singapura | StarHub |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hotstar.com Site Overview". Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ a b "Disney+ goes live for 'small number' of Hotstar users in India". Digital TV Europe (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 14 Mac 2020.
- ^ Grater, Tom; Grater, Tom (31 Mac 2020). "Disney+ To Launch In India On April 3 After Short Delay". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 September 2020.
- ^ "Disney debuts its streaming service in India". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
- ^ Georgie Joseph (4 Mei 2021). "Penstriman Disney+ Hotstar bakal dilancar, tayang produk tempatan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ "Disney Plans Southeast Asia Expansion for Hotstar". NDTV Gadgets 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2019. Dicapai pada 7 Ogos 2019.
- ^ a b Frater, Patrick (5 Ogos 2020). "Disney Plus Hotstar to Launch in Indonesia in September". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Ogos 2020.
- ^ a b "Star India to launch Hotstar in Singapore on November 1". OnlyTech. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
- ^ a b "Disney+Hotstar expected to end 2021 with 50 million subscribers". indiantelevision.com. 25 Februari 2021. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ a b Frater, Patrick (3 Mei 2021). "Disney Plus Hotstar to Launch in Malaysia With Local Content Component". Variety. Dicapai pada 4 Mei 2021.
- ^ a b Datta, Lisa Richwine, Tiyashi (13 Mei 2021). "Disney's streaming growth slows as pandemic lift fades, shares fall". Reuters. Dicapai pada 14 Mei 2021.
- ^ Frater, Patrick (19 Mei 2021). "Disney Plus Hotstar Expected to Launch Next in Thailand, in Partnership With Telco Giant AIS (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada 19 Mei 2021.