Pergi ke kandungan

National Geographic Wild

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
National Geographic Wild
National Geographic Wild logo in the UK
Pengaturcaraan
Format gambar1080i HDTV
(diturunkan ke kotak surat 576i untuk suapan SDTV)
Pemilikan
PemilikNational Geographic Society
Saluran kembarNational Geographic Channel, National Geographic Music
Sejarah
Dilancarkan10 Ogos 2006
30 Ogos 2010 (Malaysia)
Ditutup1 Mac 2021 (SD, Malaysia)
1 Oktober 2021 (Unifi TV
1 Februari 2023 (Astro dan NJOI)
Digantikan olehLove Nature 4K & Love Nature
Pautan
Laman webngwild.com
natgeowild.co.uk
Ketersediaan
Kabel
Virgin Media UKSaluran 228
StarHub TV SingapuraSaluran 77
UPC IrelandSaluran 216
RCS&RDS RomaniaSaluran 48
UPC RomaniaSaluran 51
Viet Bao CATV VietnamSaluran 24
HOT IsraelSaluran 45
Cable TV Hong Kong Hong KongSaluran 56
Ziggo BelandaSaluran 205
UPC BelandaSaluran 316
Satelit
Digiturk TurkiSaluran 82
Sky Digital UKSaluran 528
Digi TV RomaniaSaluran ?
DStv Afrika SelatanSaluran 261
SKY Italia ItaliSaluran 405
Showtime Arabia Timur TengahSaluran 213
Astro (Malaysia)Saluran 550 (HD)
Media penstriman
Astro MalaysiaAstro GO / On Demand

National Geographic Wild, selalunya disebut sebagai Nat Geo Wild, ialah sebuah saluran televisyen berlangganan. Ia merupakan saluran terbaru yang dilancarkan National Geographic Society. Pertama kali dilancarkan di Hong Kong dan Singapura pada 10 Ogos 2006,[1] ditujukan pada program hidupan liar dan sejarah alam. Saluran ini kemudian dilancarkan di United Kingdom, Turki, Republik Ireland, Romania dan Vietnam menggantikan Adventure One. Saluran ini menjadi saluran kehidupan liar dwibahasa pertama di dunia, tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kantonis di pasaran Hong Kong. Nat Geo Wild dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos 2010 sebagai saluran kuadribahasa dengan audio tersedia dalam bahasa Melayu serta pilihan audio bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Program Nat Geo Wild bersumber dari berbagai bahan, termasuk pengedar United Kingdom dan Eropah, produksi bersama umum dan produksi National Geographic Television.[2] Semua program didasarkan pada kehidupan liar ala dan sejarah kehidupan liar, dengan fokus besar terhadap pemangsa kejam. Versi Britain dan Asia memiliki program yang dipusatkan pada kehidupan liar di wilayah tempatnya. Program terkenal meliputi:

  • Bug Brother
  • The Kill Zone
  • Gone Wild
  • Killer Instincts
  • Wild Asia
  • Crittercam

Ketersediaan

[sunting | sunting sumber]

Saluran ini mencapai angka 10.5 juta penonton di Britain melalui penyedia TV berlangganan Sky Digital, Virgin Media. Di Republik Ireland, saluran ini disaksikan 500,000 penonton melalui UPC Ireland dan Sky Digital. Di Asia, saluran ini disiarkan melalui Star Hub dan Now TV. Showtime Arabia menyiarkan saluran ini bagi penonton Timur Tengah.

Menurut laporan pers, NGCI dijadualkan melancarkan saluran ini secara global, dengan perluasan ke Eropah, juga Afrika Selatan dan Israel.

  • Versi Asia dan Britain sedikit berbeza pada penampilannya. Logo di Britain memiliki tanda guratan - kemungkinan untuk menggambarkan alam liar di saluran itu. Asia mengambil logo yang lebih generik.
  1. ^ "National Geographic Channels International launches new channel - Nat Geo Wild" (Siaran akhbar). National Geographic Channels (International). 10 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-24. Dicapai pada 24 September 2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  2. ^ "National Geographic Channel set to go wild" (Siaran akhbar). National Geographic Channels (International). 7 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-23. Dicapai pada 24 September 2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]