Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Sophie Koshka |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan |
Pusat pendidikan | Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2018–kini |
Saudara | Aisha Retno (sepupu) |
Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophie Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan kredit lakonannya dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2020), Hadiah Dari Tuhan (2020–21),[4][5] Suamiku Lelaki Pendosa (2022), Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023) dan From Saga With Love (2023). Sophia juga terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Pasal Kau! (2020), Ada Hantu (2021–22) dan Jerangkung Dalam Almari (2022).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18,[6] beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[7] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi drama Viu, Devoted dengan memegang watak Isabella. Ini kemudian diikuti dengan drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa.
Filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Beliau seterusnya melakonkan watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan.[8] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".
Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz,[9] diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.[10] Sophia kemudian menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dalam drama Cinta Hilang Kata dengan melakonkan watak Nurul Masmin.[11]
Pada tahun 2023, beliau menjadi pelakon utama bersama Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dengan memegang watak sebagai Raisya Hannah. Beliau mengakui watak lakonannya itu sedikit banyak mencabar dirinya.[12][13] Kemudian, Sophia memegang dua watak, iaitu Aaliyah dan Aafiyah dalam drama Obsesi Dia lakonan bersama Zahiril Adzim.[14] Beliau juga berlakon dalam drama From Saga With Love sebanyak 2 musim yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Bianca Rozario. Ini merupakan drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Devoted.[15]
Dalam tahun 2024, Sophia berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas dengan memegang watak sebagai Fatien.[16][17] Ini kemudian diikuti oleh filem Saka Perawan dan Reeza GTR arahan Ahmad Idham dan Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Afdlin Shauki.[18][19][20]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sophia berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina.[21] Bapanya yang berdarah campuran Melayu dan Arab berasal dari Kelantan manakala ibunya adalah mualaf yang berketurunan Cina. Leluhur Sophia berasal daripada sebuah wilayah geografi bernama Hadramaut yang terletak di antara Yaman Timur dan Arab Selatan. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 4 orang dan merupakan anak kedua.[perlu rujukan]
Beliau merupakan graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan[22] di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).[23][7][24] Ibunya merupakan Naib Juara (pemenang tempat kedua) dalam satu pertandingan ratu kecantikan pada tahun 1980.[25] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.[26]
Beliau ialah sepupu kepada penyanyi, Aisha Retno.[27][28]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Miimaland | Elize | Filem pertama |
Pasal Kau! | Sophia | ||
2021 | Ada Hantu | Farah | |
2022 | Jerangkung Dalam Almari | Shikin | |
Ada Hantu 2 | Farah | ||
2023 | Selalu Ada | Jasmin | Filem pendek[29] |
2024 | Jiwa 8 Belas | Fatien | |
Saka Perawan | Puteri Shahora (RA) | ||
Harimau Malaya: The Untold Journey | Karina | ||
Reeza GTR | Myra |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Devoted | Isabella | Viu | Drama pertama |
2020 | Tercipta Satu Ikatan | Rissa | Astro Ria | Adaptasi novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi |
2020–2021 | Hadiah Dari Tuhan | Bella | TV3 | |
2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Cahaya Malaika | Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah | |
Air Mata Allisya | Intan Allisya | TV9 | Adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi | |
Cinta Hilang Kata | Nurul Masmin | Astro Prima | Adaptasi novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir | |
2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Raisya Hannah | TV3 | Adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil |
Obsesi Dia | Aaliyah/Aafiyah | |||
From Saga With Love | Bianca Rozario | Viu | ||
2024 | Lelaki Itu | Sharifah Bahiyah | TV3 | |
From Saga With You 2 | Bianca Rozario | Viu |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Suzanne Wo Ai Ni | TV2 | Telefilem pertama | |
Hello Suri | Suri | TV3 |
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi | Peranan |
---|---|---|---|
2018 | "Siti Bilang Cuti" | Danial Zaini | Dirinya sendiri |
2019 | "Sedar" | Fareez Fauzi |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2021 | World Film Carnival Singapore 2021 | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
Anugerah Pencapaian Luar Biasa | Menang | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Tercalon | |
Aktres Filem Popular[30] | Menang | |||
Aktres TV Popular | Tercalon | |||
Couple Drama Popular | Dicalonkan bersama Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa) | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Telenovela ke-9 | Ratu Telenovela | Dirinya sendiri[31] | Menang |
Pelakon Wanita Popular Telenovela | Menang | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktres TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nisa Irdina (4 Januari 2021). "Sophia Albarakbah akan terus perbaiki mutu lakonannya". Cinema Online. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (3 Disember 2021). "Elak cipta kontroversi demi kejar populariti". Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Mei 2022). "Sophia Koshka segan lakonan dapat perhatian". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (4 Januari 2021). "Sophia jual rupa, imej seksi". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ "Nama semakin dikenali, Sophia Albarakbah rimas dikait imej seksi". Era. 22 Januari 2021. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Januari 2022). "Sophia terus asah bakat". Harian Metro. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (21 Januari 2021). "Awalnya malu, akhirnya mahu". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Roni H. Ridwan (30 Disember 2020). "Dikatakan bersandarkan paras rupa, Sophia Albarakbah akan cuba perbaiki lagi lakonan". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Georgie Joseph (15 Julai 2022). "Dulu pemalu kini pelakon". Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2022.
- ^ Intan Nurain (26 Mei 2022). "Sophia Koshka Sedia Lakonkan Watak Gadis Kampung, Dianggap Kurang Sesuai Kerana…". XTRA. Dicapai pada 10 Jun 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Julai 2022). "Kami mesra tetapi tak 'over' - Sophia Albarakbah". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ "Berlakon kena ada rasa, baru menjadi – Sophia AlBarakbah". Kosmo!. 26 Februari 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ Zaara Talita (18 Jun 2023). "Bakat seindah rupa". Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ Afiqah Azizan (17 Julai 2023). "Di Sebalik Watak: Bertarung Kecederaan & Influenza A, Sophia Al Barakbah Komited Jayakan 2 Watak Dalam 'Obsesi Dia'". XTRA. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (1 September 2023). "Sophia terbuka ditemani sesiapa". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2023.
- ^ Aqmar Mustaza (17 Januari 2024). "Cukuplah kontroversi, Sophia Albarakbah tak mahu kisah silam diungkit". Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ "Cukuplah kontroversi! Sophia Albarakbah tak mahu toleh belakang lagi, murah rezeki banyak tawaran lakonan". mStar Online. 9 Januari 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Aqmar Mustaza (16 Oktober 2023). "Sophia Albarakbah terus melangkah". Sinar Harian. Dicapai pada 23 November 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (5 November 2023). "Tak mungkin dapat 'job' sebab kontroversi sahaja - Sophia". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (13 November 2023). "Tak perlu kontroversi murahan". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2023.
- ^ Mohd Haikal Isa (2 Februari 2023). "Cantik, bijak, Sophia AlBarakbah belajar bioteknologi, graduan dietetik". Kosmo!. Dicapai pada 14 April 2024. “Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia dan nenek saya orang Malaysia dari Kelantan”.
- ^ Dietetics with Nutrition [Dietetik dengan Pemakanan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). 2023. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Oktober 2023.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (24 Julai 2022). "Sophia elak teman lelaki 'cemburu buta'". Berita Harian. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (19 Mac 2021). "Sophia Albarakbah rimas isu seksi". Kosmo!. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ "#Showbiz: Career path written for Sophia Albarakbah" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
- ^ Farol Hadi (12 Julai 2022). "Pernah bergelar model tangan kerana sikap introvert, Sophia Albarakbah jadi pelakon mahu bina keyakinan diri". mStar Online. Dicapai pada 15 Julai 2022.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (10 Jun 2023). "Sophia enggan raih undi sebab kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2023.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Oktober 2023). "Hadir GV10 bukan nak tengok Aliff - Sophia Albarakbah". Berita Harian. Dicapai pada 10 Disember 2023.
- ^ "Filem pendek raya Kerajaan Negeri Selangor". Selangorku. 16 Mei 2023. Dicapai pada 19 Mei 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (21 Julai 2023). "Cipta kejutan, Sophia Albarakbah raih trofi Aktres Filem Popular". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2023.
- ^ Maszuhaira Sarimin (23 Februari 2024). "Meerqeen, Sophia Albarakbah ungguli Anugerah Telenovela ke-9, rangkul trofi Bintang dan Ratu Telenovela". mStar Online. Dicapai pada 12 Mac 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1993
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Alumni Universiti Perubatan Antarabangsa