Pergi ke kandungan

Miimaland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miimaland
PengarahNevin Hiong
Dihasilkan olehJovi Heng
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Mico Studio
Tarikh tayangan
September 24, 2020 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Masa tayangan
1 jam 30 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Miimaland ialah sebuah filem seram Malaysia 2020. Ia mengisarkan sekumpulan orang yang menyiasat misteri Mimaland, sebuah taman tema terkenal yang terberlangkai dalam hutan. Namun kejadian aneh dan dahsyat mula menimpa dan mengambil jiwa mereka satu demi satu.

Ia ditayangkan di pawagam pada 24 September 2020 di Malaysia, Singapura dan Brunei.[1] Ia dibintangi oleh Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek.[2]

Mimaland ialah taman tema air sebenar di Gombak, Kuala Lumpur yang dibuka dari 1974 hingga 1994 (selama 20 tahun/2 dekad).[3]

Ariel dan isterinya yang mengandung, Elize ditawar untuk melakukan pengambaran di Mimaland, sebuah taman tema air yang telah ditinggalkan lama. Mereka menerima tawaran itu dan memasuki taman tema itu yang tersembunyi dalam hutan dengan kru mereka. Sewaktu dalam taman itu, kejadian aneh mula berlaku. Elize telah diganggu oleh semangat mistik di situ tanpa sedari. Satu demi satu, ahli dari kumpulan mereka meninggal dunia. Bolehkah mereka melarikan diri?

  • Fattah Amin sebagai Ariel
  • Sophia Albarakbah sebagai Elize
  • Camelia Natasya sebagai Suraya
  • Hazzy Alzeeq sebagai Hakim
  • Zalif Sidek sebagai Eric
  • Farah Ahmad sebagai May
  • Chelsea Esdher Wang sebagai Hyuna
  • Zandra Ridhuwan
  • Adam John sebagai Jimmy
  • Cindy Dahyun Ohn
  • Liyana Yusof
  • Shyrim Hm

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Pintu besar Mimaland.

Filem ini berdasarkan Mimaland, sebuah taman tema air terbelangkai di bukit Ulu Gombak, Kuala Lumpur. Dibuka pada 1974, ia menjadi tempat pelancongan yang terkenal selama hampir 20 tahun, dengan tarikan seperti kolam mandi, luncur air gergasi, serta patung-patung besar dinosaur.

Namun, sebuah insiden tragis berlaku di mana seorang pengunjung dilapor mati lemas pada 1993, diikuti dengan tanah runtuh kecil yang merosakkan kolam air. Dianggap tidak selamat lagi untuk pengunjung, taman ini terpaksa ditutup pada tahun 1994 dan dibiarkan terbengkalai.[4]

Sejak kini, terdapat tuntutan mengenai kejadian aneh yang berlaku di taman, menjadikannya salah satu tempat berhantu tempatan yang paling popular.[5]

Sumber rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Filem seram Fattah Amin "Miimaland" tayang Jun 2020". Cinema.com.my. Dicapai pada 2020-09-22.
  2. ^ "Here Are 9 Local Movies Set To Be Released In Cinemas Soon". Hype Malaysia. 2020-07-29.
  3. ^ "Nevin Hiong shares spooky tales from "Miimaland" set". Yahoo Singapore. Dicapai pada 2020-09-22.
  4. ^ "Kisah Di Sebalik Taman Tema Pertama Malaysia Yang Telah Ditinggal Lebih 20 Tahun". SAYS. 2017-10-30.
  5. ^ "6 Old Theme Parks in Malaysia That We Used to Visit Before They Shut Down". World of Buzz (dalam bahasa Inggeris). 2018-08-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]