Hisyam Hamid
Hisyam Hamid | |
---|---|
Kelahiran | Hazmi Hisyam bin Abdul Hamid 20 Oktober 1985 Hospital Kandang Kerbau, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Pasangan | Rosmawati Hanafi (k. 2006; c. 2024) |
Anak-anak | 2 |
Hazmi Hisyam Abdul Hamid (lahir 20 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon dan pengacara Singapura. Beliau berhijrah ke Malaysia dan mula dikenali selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Sayap Jibril, Ariana Rose dan Gerak Khas.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1985 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Beliau berkahwin dengan Rosmawati Hanafi dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun pada 2024 Hisyam mengumumkan rumah tangga berakhir dengan Rosmawati setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga, tidak nyatakan punca dan tarikh perceraian namun beliau berkata menerima hati terbuka dan tidak mahu emosi dua anaknya terjejas malah hubungan Hisyam dan Rosmawati masih baik kerana Rosmawati adalah pengurus kerjanya serta meletak soal peribadi demi karier dan anak
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya. Hisyam pernah menjadi seorang anggota "HazMat Specialist" di SCDF Alexandra Fire Station dalam selama 8 tahun. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya, yang mana beliau membintangi peranan kecil dalam siri drama Cut Amirah.
Hisyam meraih kejayaan kritis menerusi drama Slot Akasia TV3 Ariana Rose yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Keith Foo, yang diadaptasi dari novel karya Evelyn Rose, The Wedding Breaker. Hisyam memegang watak sebagai Harith, rakan niaga dan kepentingan cinta Ariana Rose.
Bermula 12 September 2016, beliau menjayakan watak anggota bomba bernama Rayqal dalam siri drama komedi romantik, Abang Bomba I Love You yang menggandingkan beliau bersama Amira Othman.[2]
Hisyam membintangi drama Dia Bidadariku arahan Aziz M. Osman terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Ammar. Drama ini turut menggandngkan beliau bersama Erra Fazira. Selepas Dia Bidadariku, Hisyam menyertai barisan pelakon drama kepolisan Gerak Khas termasuk Norman Hakim, Erra Fazira, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar dan Raja Ilya. Beliau memegang watak sebagai Inspektor Aiman, pegawai polis baru yang diserapkan ke unit Gerak Khas.[3] Beliau meninggalkan siri itu selepas satu musim.
Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali; memegang watak sebagai Zulkifli.[4] Hisyam menjadi pelakon utama bersama Hannah Delisha menerusi drama Alamatnya Cinta.[5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Transformers: Age of Extinction[6][7][8] | Optimus | Alih suara BM |
Jurassic World | Owen Grady | ||
2017 | The Secret Life of Pets | Max | |
Kau Yang Satu | Zulkifli | Filem pertama | |
2019 | Dendam Pontianak | Reza | |
Hero: Jangan Bikin Panas | Zafri | ||
2023 | La Luna | Pa'at |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Anak Metropolitan (Musim 2) | Sam | Mediacorp Suria | Drama pertama |
2004 | Tetangga (Musim 1) | Perompak | ||
2011 | Sahabat | Rian | ||
Cut Amirah | Fauzi | Astro Prima & Mediacorp Suria | ||
2013 | Di Luar Garisan | Adil | MediaCorp Suria | |
2014 | Ariana Rose | Harith | TV3 | |
Di Luar Garisan (Musim 2) | Adil | MediaCorp Suria | ||
Cinta Ibadah | Rayyan / Hafiz | Astro Prima | ||
Tuan Rumah Pembantu Rumah | Taufeeq Badree | TV3 | ||
2015 | Memori Cinta Suraya | Megat Rayyan | Astro Prima | |
Sayap Jibril | Haris | Astro Oasis | Episod: "Allah... Ibu... Ibu... Ibu... Ayah" | |
2016 | Isteri vs Tunang | Zaim Azfar | Astro Ria | |
Bunga Tanjong | Kamal | MediaCorp Suria | ||
Imam Mudaku Romantik | Muhammad Faqih | Astro Oasis | ||
Strawberi & Karipap (Musim 3) | Fareez | Astro Ceria | Menggantikan pelakon asal Sein Qudsi | |
Abang Bomba I Love You | Rayqal | Astro Ria | ||
Tanah Kubur (Musim 15) | Afiq | Astro Oasis | Episod: "Ajaran Sesat" | |
2017 | Mukhlis (Musim 2) | Budin | TV2 | |
Sayang Papa Saya Tak | Farish | Astro Ria | ||
Dia Bidadariku | Ammar | |||
2018 | Gerak Khas (Musim 18) | Inspektor Aiman | TV2 | |
Dosa: Sacred Sin | Fahad | Astro First Eksklusif | ||
Rahsia Hati Perempuan | Zayn | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Alamatnya Cinta | Faliq Assad | |||
Gunting The Series | Hisyam | MediaCorp Suria | ||
Terasa Jiwa Terima | ASP Emy | |||
2019 | Iktibar | Azrul | TV3 | Episod: "Buli Jadikan Aku Pembunuh" |
TQ Captain | Leftenan Komander Adam Alauddin | Astro Ria | ||
2020 | Dendam Cinta Arissa | Rafael | ||
2021 | Isolasi | Khairi | Awesome TV | |
Cukup Derita Itu | Zarul Zafran | TV3 | ||
Hatimu Sedingin Salju | Arman | |||
2022 | Kerana Aku Isteri Bidaan | Farel Zafeeq | ||
Wanita Milik Tuan Putra | Tuan Putra Anaqi | |||
2023 | Bukan Puteri Lindungan Bulan | Tengku Ainul Zafir (Zafir) | ||
That Cover Girl | Arif | Prime Video | ||
2024 | My Lovely Driver | Adly | TV3 | |
Bunga Salju | Azizi | Astro Ria | ||
Andai Tiada Dia | Haikal | |||
TBA | Cinta Wanita Johor Bahru | Zulkifli | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Hatiku Di Krabi | Alfi | TV9 |
Sejernih Hati Khadijah | Faiz | TV AlHijrah | |
2015 | Demi Adriana | Syafik | Mediacorp Suria |
Kelap Kelip | Solihin | TV2 | |
Nawaitu Cinta | Ustaz Kamil | Astro Oasis | |
2017 | Cupid | Malik | Astro Citra |
M4TI | Rahim | ||
Kuntom | Faris | ||
Mak Punya Pasal | Raykal | TVi | |
Abang Bomba I Love You Raya | Rayqal | Astro Ria | |
Gunting | Hisyam | Mediacorp Suria | |
2018 | Jodoh Hak Milik Allah | Afiq | Astro First Eksklusif |
2019 | #Gostan | Pomi | |
Geng | Alex | ||
Malam Tahlil Suhaila Balik | Qayyum | Astro Citra | |
2020 | Ghairah | Dani | |
Iman Hakiki | Iman | Astro Oasis | |
2021 | Puaka Hari Raya | Fahmi | Astro Citra |
2022 | Korban Adha | Adha | Astro Prima |
2024 | Jodoh Geng G | Rico | Astro Warna |
Menanti Yang Pasti | Haikal | Tonton |
Video Klip
[sunting | sunting sumber]Tahun | Penyanyi | Tajuk lagu |
---|---|---|
2014 | Alyah | "Sesal Separuh Nyawa" |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Gen F | Pengacara | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Malam Throwbaek Drama 2017 | Hero Throwbaek (Abang Bomba I Love You) | Top 5 |
Fan Club Throwbaek (Hisyamelters FC) | Menang | ||
Anugerah Stail EH! 2017 | Selebriti Lelaki Paling Seksi | Top 5 | |
Anugerah Telenovela 2017 | Pelakon lelaki Terbaik 10 Teratas | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
Pasangan Serasi Drama (bersama Emma Maembong) | Tercalon | ||
2019 | Pesta Perdana 2019 Pesta Perdana Singapura ke-16 | Personaliti Lelaki Paling Popular | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Pasangan Popular (Hannah Delisha) |
Tercalon | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktor Pembantu Filem Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hisyam Hamid dijangkiti Rubella Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2016). Hisyam Hamid kembali jadi anggota Bomba Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
- ^ Impian jadi kenyataan, Hisyam Hamid teruja digandingkan bersama Erra Fazira Astro Gempak. Dicapai pada 20 Mac 2018.
- ^ Adam Salleh (2 Ogos 2017). "Pelakon hebat penentu Kau Yang Satu". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-19. Dicapai pada 19 Mac 2018.
- ^ Alamatnya Cinta, adaptasi drama Korea Kosmo! (2 September 2018). Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
- ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015.
- ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada Julai 16, 2015.