Sirius
Data cerapan Epok J2000.0 Ekuinox J2000.0 (ICRS) | |
---|---|
Buruj | Canis Major |
Jarak hamal | 06j 45m 08.9173s[1][note 1] |
Keserongan | −16° 42′ 58.017″[1][note 1] |
Magnitud ketara (V) | −1.47 (A)[1] / 8.30 (B)[2] |
Ciri-ciri | |
Jenis spektrum | A1V (A)[1] / DA2 (B)[2] |
U−B indeks warna | −0.05 (A)[3] / −1.04 (B)[2] |
B−V indeks warna | 0.01 (A)[1] / −0.03 (B)[2] |
Astrometri | |
Halaju jejarian (Rv) | −7.6[1] km/s |
Gerakan wajar (μ) | RA: −546.05[1][note 1] mas/thn Dec.: −1223.14[1][note 1] mas/thn |
Paralaks (π) | 379.21 ± 1.58 mas[1][4] |
Jarak | 8.6 ± 0.04 tc (2.64 ± 0.01 pc) |
Magnitud mutlak (MV) | 1.42 (A)[note 2] / 11.18 (B)[2] |
Orbit[5] | |
Pendamping | α CMa B |
Tempoh (P) | 50.090 ± 0.055 thn |
Paksi separa utama (a) | 7.50 ± 0.04″ |
Keeksentrikan (e) | 0.5923 ± 0.0019 |
Kecondongan (i) | 136.53 ± 0.43° |
Longitud nod (Ω) | 44.57 ± 0.44° |
Epok periastron (T) | 1894.130 ± 0.015 |
Hujah periastron (ω) (sekunder) | 147.27 ± 0.54° |
Perincian | |
α CMa A | |
Jisim | 2.02[6] M☉ |
Jejari | 1.711[6] R☉ |
Kekilauan | 25.4[6] L☉ |
Graviti permukaan (log g) | 4.33[7] cgs |
Suhu | 9,940[7] K |
Kelogaman [Fe/H] | 0.50[8] dex |
Putaran | 16 km/s[9] |
Umur | 2–3 × 108[6] tahun |
α CMa B | |
Jisim | 0.978[6] M☉ |
Jejari | 0.0084 ± 3%[10] R☉ |
Kekilauan | 0.026[note 3] L☉ |
Graviti permukaan (log g) | 8.57[10] cgs |
Suhu | 25,200[6] K |
Penamaan lain | |
Sistem: Bintang Anjing, Bintang Serigala Langit, Aschere, Canicula, Al Shira, Sothis,[11] Alhabor,[12]
Mrgavyadha, Lubdhaka,[13] Tenrōsei,[14] α Canis Majoris (α CMa), 9 Canis Majoris (9 CMa), HD 48915, HR 2491, BD −16°1591, GCTP 1577.00 A/B, GJ 244 A/B, LHS 219, ADS 5423, LTT 2638, HIP 32349. B: EGGR 49, WD 0642-166.[1][15][16] |
Sirius (Jawi: سيريوس ) ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU.[17]
Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos,[4][18][19] sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya.[20]
Sirius A dua kali ganda sebesar Matahari dan mempunyai magnitud penglihatan mutlak sebanyak 1.42. Sirius A adalah 25 kali lebih berkilau daripada Matahari[6] tetapi mempunyai kekilauan lebih rendah sedikit daripada bintang lain seperti Canopus atau Rigel. Sistem ini berumur antara 200 dengan 300 juta tahun.[6] Sirius pada asalnya terdiri daripada dua buah bintang kebiruan cerah. Yang lebih besar, Sirius B, menggunakan sumbernya dan menjadi gergasi merah sebelum meluruhkan lapisan luarnya dan runtuh menjadi keadaan semasanya sebagai kerdil putih pada kira-kira 120 juta tahun lalu.[6]
Penampakan
[sunting | sunting sumber]Sirius juga dikenali secara basahan sebagai "Bintang Anjing", mencerminkan prominensnya dalam burujnya, Canis Major (Anjing Besar).[11] Terbitan helios Sirius menandakan pembanjiran Sungai Nil di Mesir Purba dan "hari anjing" musim panas untuk orang Yunani Purba, sementara untuk orang Polinesia ini menandakan musim sejuk dan merupakan bintang penting untuk pandu arah di sekitar Lautan Pasifik.
Nama bintang ini berasal dari bahasa Yunani Σείριος (Seirios, yang berarti "menyala-nyala" atau "amat panas"[21]). Sebagai bintang paling terang di rasi "Anjing Besar", sering kali disebut juga sebagai "Bintang Anjing". Penamaan ini turut diturunkan kepada Canicula ("anjing kecil") dalam bahasa Latin serta Al-Kalb (الكلب, "sang Anjing") dalam bahasa Arab, Al-Kalb turut diserapkan dalam bahasa Melayu menurut kamus A Malay-English dictionary (1901) himpunan R. J. Wilkinson.[22]
Bintang ini turut dikenali dalam astronomi Islam dengan nama الشعرى, aš-šyi‘rā seperti yang disebut dalam Al-Quran berbunyi:
Dan bahawasanya Dialah yang Tuhan (yang memiliki) bintang syi'ra. (Surah An-Najm ayat 49)
Dalam bahasa Sanskrit, bintang ini dikenal sebagai Mrgavyadha ("pemburu rusa") atau Lubdhaka ("pemburu"). Sebagai Mrgavyadha, Sirius melambangkan Siwa.
Dalam Bahasa Cina bintang ini dikenal sebagai bintang serigala langit atau (satu bintang di buruj) Serigala di Langit[23][1]. (Bahasa Cina dan Jepun: 天狼; Bahasa Korea: 천랑; Perumian Cina: Tiānláng; Perumian Jepun: Tenrō; Perumian Korea: Cheonlang) dalam Rumah Jǐng (井宿) (buruj Cina yang merupakan sebahagian dari buruj Gemini moden), sementara nama dalam bahasa pasar Jepun untuk bintang ini adalah 青星 (Aoboshi, "bintang biru").
Nama setempat lain yang diberikan para ahli falak terdahulu adalah:
nama lain | asal bahasa | arti |
---|---|---|
Lokibrenna | Skandinavia | obor Loki[24] |
Hundastjarna | Skandinavia | bintang anjing[25] |
狼星 / Lángxīng | Bahasa Cina | bintang serigala[26] |
天狼星 / Tiānlángxīng | bintang serigala langit[26] | |
賊星 / Zéixīng | bintang pencuri, sang meteor[26] | |
Skidi | Amerika asli | bintang serigala[27] |
Tishiya (disebut juga Tishiga, Tistrija, Tishtrya) | Bahasa Sanskrit | bintang pemimpin[27] |
Kak-shisha | Bahasa Parsi | anjing yang memimpin[27] |
Du-shisha, Mul-lik-ud | Akkadia | pemimpin, bintang anjing di matahari[27] |
Kal-bu Sa-mas | bahasa Assyria | anjing matahari[27] |
Tir | Bahasa Parsi | panah[27] |
Sihor | Mesir Kuno | bintang sungai Nil[27] |
Hannabeah | Punisia | penggonggong[27] |
Takarua | Maori[28] | |
Hatun Coyllur [29] | Inca | bintang besar |
ʻAʻā | bahasa Hawaii[30] | cemerlang dan membakar |
Sionpàš | Chakavia[31] | nama Chakavia untuk bintang ini[32] |
Singuuriq[33] | bahasa Inuit | seperti lampu yang terang |
Selain rasi Canis Major, bintang ini juga merupakan anggota dari berbagai rasi, asterisma atau kelompok berikut:
Pengamatan moden
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan perubahan gerak dirinya, pada 1844 Friedrich Wilhelm Bessel menarik kesimpulan bahawa Sirius kemungkinan memiliki pasangan. Hampir dua dekad kemudian, pada 1862, Alvan Graham Clark menemukan pasangan redup tersebut yang kemudian dinamai Sirius B, yang dikenal dengan panggilan sayang “Sang Anak Anjing”. Komponen yang terlihat saat ini kadang-kadang disebut sebagai Sirius A.
Para ahli falak Balai Cerap Gunung Wilson menemukan pada 1915 bahawa Sirius B adalah sebuah kerdil putih. Diameter Sirius A pertama kali diukur oleh Robert Hanbury Brown dan Richard Q. Twiss pada 1959 di Jodrell Bank menggunakan interferometer intensiti mereka.[41] Pada 2005, menggunakan Hubble Space Telescope, astronom menemukan bahawa diameter Sirius B hampir sama dengan diameter Bumi, yaitu sekitar 12.000 kilometer, dengan jisim 98% Matahari.[42]
Sistem
[sunting | sunting sumber]Sirius adalah salah satu sistem bintang terdekat dengan Bumi pada jarak 2,6 parsek atau 8,6 tahun cahaya.[43] Jiran terdekatnya adalah sistem bintang Procyon, pada jarak 1.61 parsec atau 5.24 tahun cahaya.[44]
Sirius A ialah sebuah bintang jujukan utama dengan kelas spektrum A0 atau A1 dan memiliki jisim sekitar 2.1 kali Matahari.[44][45] Pasangannya, Sirius B, adalah bintang yang sudah berevolusi dari jujukan utama menjadi kerdil putih. Kedua-dua bintang ini mengorbit satu sama lain pada jarak sekitar 20 AU (hampir sama dengan jarak Matahari dan Uranus) dengan tempoh orbit mendekati 50 tahun. Orbit tersebut dapat membuat Sirius B kadangkala berada di depan Sirius A sehingga jumlah kadar kekuatan cahaya kedua-dua jisim menurun sebentar. Disebabkan ini, sistem Sirius diperhitungkan sebagai bintang ganda gerhana.
Kerdll putih biasa memiliki jisim 0.5–0.6 jisim matahari. Dengan jisim hampir sama dengan Matahari, Sirus B adalah salah satu kerdil putih termasif yang diketahui. Jisim tersebut terkandung hanya dalam isi padu yang sebanding dengan Bumi. Kerdil putih hanya terbentuk setelah bintang melewati tahap deret utama dan raksasa merah. Dua tahap tersebut telah dilalui Sirius B kurang dari setengah usianya sekarang, sekitar 120 juta tahun yang lalu. Bintang awalnya dianggarkan 5 kali jisim matahari[46] dengan kelas spektrum B7V ketika berada di jujukan utama.
Ketika berada pada tahap gergasi merah, Sirius B boleh jadi memperkaya kelogaman Sirius A. Inilah yang menjadi sebab kelimpahan logam Sirius A lebih tinggi dari harga normal (kelogaman dikatakan normal jika sama dengan nilai yang dimiliki Matahari).[44] Sirius A dianggar akan kehabisan bahan api hidrogen di terasnya dalam satu bilion tahun lagi. Setelah itu ia akan menempuh tahap gergasi merah sebelum akhirnya akan menjadi kerdil putih juga.[44]
Kemungkinan adanya komponen ketiga
[sunting | sunting sumber]Sejak 1894, sedikit ketidakteraturan dalam gerak orbit Sirius B teramati, yang menyarankan kemungkinan adanya komponen ketiga, tetapi hal ini tidak pernah benar-benar disahihkan.[47]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanote-Astrometry
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanote-Magnitude
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanote-Luminosity
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j "Sirius A". SIMBAD Astronomical Database. Centre de Données astronomiques de Strasbourg. Dicapai pada 20 October 2007.
- ^ a b c d e McCook, G. P.; Sion, E. M. "Entry for WD 0642-166". A Catalogue of Spectroscopically Identified White Dwarfs (August 2006 version). CDS. ID III/235A.)
- ^ Hoffleit, D.; Warren Jr., W. H. (1991). "Entry for HR 2491". Bright Star Catalogue, 5th Revised Ed. (Preliminary Version). CDS. ID V/50.
- ^ a b van Leeuwen, F. (November 2007), "Validation of the new Hipparcos reduction", Astronomy and Astrophysics, 474 (2): 653–664, arXiv:0708.1752, Bibcode:2007A&A...474..653V, doi:10.1051/0004-6361:20078357
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaVanDenBos1960
- ^ a b c d e f g h i Liebert, J.; Young, P. A.; Arnett, D.; Holberg, J. B.; Williams, K. A. (2005). "The Age and Progenitor Mass of Sirius B". The Astrophysical Journal. 630 (1): L69–L72. arXiv:astro-ph/0507523. Bibcode:2005ApJ...630L..69L. doi:10.1086/462419.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Adelman, Saul J. (July 8–13, 2004). "The Physical Properties of normal A stars". Proceedings of the International Astronomical Union. Poprad, Slovakia: Cambridge University Press. m/s. 1–11. doi:10.1017/S1743921304004314.
- ^ Qiu, H. M.; Zhao, G.; Chen, Y. Q.; Li, Z. W. (2001). "The Abundance Patterns of Sirius and Vega". The Astrophysical Journal. 548 (2): 953–965. Bibcode:2001ApJ...548..953Q. doi:10.1086/319000.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Royer, F.; Gerbaldi, M.; Faraggiana, R.; Gómez, A. E. (2002). "Rotational velocities of A-type stars. I. Measurement of v sin i in the southern hemisphere". Astronomy and Astrophysics. 381 (1): 105–121. arXiv:astro-ph/0110490. Bibcode:2002A&A...381..105R. doi:10.1051/0004-6361:20011422.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Holberg, J. B.; Barstow, M. A.; Bruhweiler, F. C.; Cruise, A. M.; Penny, A. J. (1998). "Sirius B: A New, More Accurate View". The Astrophysical Journal. 497 (2): 935–942. Bibcode:1998ApJ...497..935H. doi:10.1086/305489.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Hinckley, Richard Allen (1899). Star-names and Their Meanings. New York: G. E. Stechert. m/s. 117–25.
- ^ Gingerich, O. (1987). "Zoomorphic Astrolabes and the Introduction of Arabic Star Names into Europe". Annals of the New York Academy of Sciences. 500: 89–104. Bibcode:1987NYASA.500...89G. doi:10.1111/j.1749-6632.1987.tb37197.x.
- ^ Singh, Nagendra Kumar (2002). Encyclopaedia of Hinduism, A Continuing Series. Anmol Publications PVT. LTD. m/s. 794. ISBN 81-7488-168-9.
- ^ Spahn, Mark; Hadamitzky, Wolfgang; Fujie-Winter, Kimiko (1996). The Kanji dictionary. Tuttle language library. Tuttle Publishing. m/s. 724. ISBN 0-8048-2058-9.
- ^ "Sirius B". SIMBAD Astronomical Database. Centre de Données astronomiques de Strasbourg. Dicapai pada 23 October 2007.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaVanAltena1995
- ^ Schaaf, Fred (2008). The Brightest Stars. Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons. m/s. 94. ISBN 0-471-70410-5.
- ^ Perryman, M. A. C.; Lindegren, L.; Kovalevsky, J.; dll. (Julai 1997), "The Hipparcos Catalogue", Astronomy and Astrophysics, 323: L49–L52, Bibcode:1997A&A...323L..49P Explicit use of et al. in:
|last4=
(bantuan) - ^ Perryman, Michael (2010), The Making of History's Greatest Star Map, Heidelberg: Springer-Verlag, doi:10.1007/978-3-642-11602-5
- ^ Henry, Dr. Todd J. (2006-07-01). "The One Hundred Nearest Star Systems" (dalam bahasa English). RECONS. Dicapai pada 2006-08-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sirius" (dalam bahasa English). Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 15-02-2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 136. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ salah satu buruj bintang menurut bangsa Cina
- ^ nama salah satu dewa di daerah Skandinavia
- ^ http://www.vikinganswerlady.com/stars.shtml
- ^ a b c http://www.chinese-tools.com/tools/sinograms.html
- ^ a b c d e f g h http://www.constellationsofwords.com/stars/Sirius.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04. Dicapai pada 2020-10-13.
- ^ a b c http://www.astronomy.pomona.edu/archeo/andes/startable2.html
- ^ http://honolulu.hawaii.edu/hawaiian/voyaging/files/t07-navigation/t07-01_glossary.html#sect0105
- ^ bahasa di sebuah kepulauan di laut Adriatik
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04. Dicapai pada 2020-10-13.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-08. Dicapai pada 2011-11-08.
- ^ http://honolulu.hawaii.edu/hawaiian/voyaging/files/t07-navigation/t07-02_fsl.html#bailer
- ^ http://epress.anu.edu.au/pac_ling/lexicon/pdf/ch06.pdf
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-02-02. Dicapai pada 2020-10-13.
- ^ http://articles.adsabs.harvard.edu/full/2008POBeo..85...97C
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-13. Dicapai pada 2020-10-13.
- ^ Eggen, Olin J. (1992). "The Sirius supercluster in the FK5". Astronomical Journal. 104 (4): 1493–1504. doi:10.1086/116334. Dicapai pada 2007-11-22.
- ^ http://articles.adsabs.harvard.edu/full/1983AJ.....88..642E
- ^ R.H. Brown, R.Q. Twiss (1958). "Interferometry of the Intensity Fluctuations in Light. IV. A Test of an Intensity Interferometer on Sirius A". Proceedings of the Royal Society of London. 248 (1253): 222–237. Dicapai pada 2006-07-04.
- ^ Peter Bond (2005-12-14). "Astronomers Use Hubble to 'Weigh' Dog Star's Companion". Royal Astronomical Socoiety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2006-08-04.
- ^ Henry, Dr. Todd J. (2006-07-01). "The One Hundred Nearest Star Systems" (dalam bahasa English). RECONS. Dicapai pada 4 Ogos 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d "Sirius 2" (dalam bahasa English). SolStation. Dicapai pada 4 Ogos 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Pedro, Braganca (2003-07-15). "The 10 Brightest Stars" (dalam bahasa English). SPACE.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-17. Dicapai pada 2006-08-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ J. Liebert, P.A. Young, D. Arnett, J.B. Holberg, K. A. Williams (2005). "The Age and Progenitor Mass of Sirius B". The Astrophysical Journal. 630: L69–L72. Unknown parameter
|http://www.journals.uchicago.edu/cgi-bin/resolve?id=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Benest, D., & Duvent, J. L. (1995, July). Is Sirius a triple star? Astronomy and Astrophysics, 299, 621-628. (available at The NASA Astrophysics Data System)
<ref>
dengan nama "Dictionary.com" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sirius |
- Gambar Pilihan Harian Astronomi untuk Sirius B dalam sinar X (Inggeris)
- Perbincangan tentang isu Dogon (Inggeris)
- Waktu Sirius (Inggeris)
- Barker, Tho. (1760). "Remarks on the Mutations of the Stars". Philosophical Transactions. 51 (0): 498–504. doi:10.1098/rstl.1759.0049. JSTOR 105393. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)