Shakilla Khoriri
Shakilla Khoriri | |
---|---|
Kelahiran | Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri 27 Jun 1989 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Fizi Ali (k. 2018; c. 2021) Fariz Zulkeply (k. 2024) |
Anak-anak | 1 |
Nurul Shakilla Mohd Khoriri (lahir 27 Jun 1989) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, yang kebanyakannya bergiat aktif di televisyen menerusi drama dan telefilem.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009 dan telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem, beliau amat terkenal dengan watak antagonis yang dilakonkannya.[1][2][3] Antara drama yang menaikkan nama Shakilla ialah drama Adam dan Hawa di mana beliau memegang watak Eja iaitu adik kepada Nadiya Nisaa. Watak itu hanya diperolehi oleh beliau selepas tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni.[4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada April 2014, Shakilla mendedahkan kepada media yang beliau pernah diserang oleh seorang wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dan membenci dengan watak antagonis lakonannya di dalam sebuah drama. Menurutnya, beliau ketika itu sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum wanita itu menyerangnya dari arah belakang. Selain itu, beliau turut menerima ugutan dirogol, dibunuh dan disimbah asid sekiranya beliau terus membawakan watak antagonis.[5]
Pada 16 Julai 2017, Shakilla telah bertunang dengan Fizi Ali yang merupakan seorang penyampai radio Suria FM. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[6][7] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.
Shakila sah menjadi isteri kepada Fizi pada 18 Februari 2018. Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.[8] Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Adnan Semp-It | Kawan Nadia | |
2013 | Ops Kossa Dappa 3 |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Gerak Khas (Musim 11) | Mangsa ragut | TV2 | Episod: "Geng Ragut"; tidak dinamakan |
Seteguh Impian | ||||
Bagi Balik Jandaku | Astro Ria | |||
Akademi Polis | TV9 | |||
2010 | Adnan Sempit The Series | Astro Warna | ||
Duyong Aridinata | Tom Diana | TV3 | ||
Rumi & Jawi | Astro Prima | |||
Putera Katak | Olin | TV3 | ||
2011 | Hilang | Mona | TV9 | |
2012 | BFF: Teman Tapi Mesra | Fiza | TV3 | |
Bicara Hati | Yanie | Astro Prima | ||
Adam & Hawa | Eja | Astro Mustika HD | ||
2013 | Cinta Kau Dan Aku | Zamilah | TV1 | |
Kerana Sarah | Efira | TV3 | ||
2014 | 7 Suami | Suri | ||
Aku Isterinya | Suzanne | |||
Lembayung Kasihmu | TV2 | |||
Kusinero Cinta | Aishah | Astro Ria | ||
Kristal Maya | Shaza | TV3 | ||
Kifarah: Amanah | Shida | |||
Cinta Ilahi | Shakira | |||
2015 | Delina | Tasha | ||
Orang Gaji IQ | ||||
Bidadari | Balkish | TV3 | ||
Ema Emyliana (Musim 3) | Cikgu Zara | |||
Kasih Malisa | Salmi | |||
Maria Terindah | ||||
Alif Imani | Nadia | TV9 | ||
Kasih Jasmin | Shera | |||
2016 | Anakku Diva | Amy | TV3 | |
Aku Bukan Bimbo | Astro Ria | |||
Uda Dan Dara | ||||
Jasmine | Opie | TV3 | ||
Nasi Minyak Kuah Cinta | Nita | |||
Impian Lulu | Sabrina | |||
2017 | Papa Ricky | Kayla | Astro Ria | |
Sape Dari Itali | Sarah | TV2 | ||
Cinta Di Langit Cardiff | Natalia | |||
2018 | KOPI | Tonton | Episod: "Cinta Kopi" | |
Geng Tadarus | Lily | TV2 | ||
Air Mata Di Bumi Matador | Harlina | |||
Selamat Malam Tan Sri | Mazwin | |||
2019 | Biar Jadi Kaktus | Seha | ||
2021 | Fam I Love You | Marissa | Astro Ceria | |
Saat Kau Takluk Cinta Ini | Khadijah | TV3 | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | ||
30 Hari Sebelum Raya | Hamidah | |||
Mem & Bibik Bibik | Bibik Ram | TV3 | ||
Bisik Bisik Gelora | Juni | |||
Impian Lara | Kella | Awesome TV | ||
Suri Hati | Irma | TV3 | ||
2024 | Takdir Itu Milik Aku | Adira | Astro Ria |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Andai Itu Takdirnya | ||
2014 | Dari Pintu Neraka | ||
2015 | Cinta Gila | ||
Cempaka Padang Lerek | |||
2016 | Alim-Alim Kucing | ||
Takraw Kampung | Su | TV9 | |
Berhantunya Raya | Iftar | ||
2017 | Kapur Kuning Buat Puteh | Cikgu Suraya | |
2018 | Luyak | Hidayah | TV2 |
2022 | Hajat Buat Lagu | Hajar | |
Bukan Khadijah | Khadijah | TV1 | |
2023 | Selamat Hari Bapa Kak Long | Kak Long/Along | TV2 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | Episod 8 |
2018 | Mahligai Cinta | Artis Jemputan bersama Fizi Ali | TV3 | Episod 11 |
2022 | Xcamp | Pengacara | TV Okey | bersama Farali Khan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhidayyu Zainal (6 April 2016). "Shakilla Khoriri: 'Saya idam watak heroin'". Sinar Harian Online. Dicapai pada 6 April 2016.
- ^ Ariffudin Ishak (28 Mac 2017). ""Impian Jadi Heroin Sudah Berkubur" - Shakilla Khoriri". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Mac 2017.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (18 Mac 2017). "Shakilla Khoriri selesa berkawan dengan artis senior - Hiburan". bHarian Online. Dicapai pada 20 Mac 2017.
- ^ Aidil Mohamad (12 September 2016). "Angkara rakan, Shakilla Khoriri derita dua tahun - Hiburan". bHarian Online.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (29 April 2014). "Shakilla Khoriri diserang peminat kerana watak jahat". mSTAR Online. Dicapai pada 27 Julai 2014.
- ^ Jemang Rahman (30 Mei 2017). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 1 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (6 September 2016). Shakilla Khoriri, Fizi Ali buat perancangan naik pelamin - Hiburan Bharian Online. Dicapai pada 7 September 2016.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (18 Februari 2018). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami-Isteri Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine Mstar Online. Dicapai pada 18 Februari 2018.