Pergi ke kandungan

Senarai lagu yang dirakamkan oleh Erra Fazira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erra pada Julai 2015.

Penyanyi wanita Malaysia, Erra Fazira telah merakamkan lagu untuk enam album studio, satu album EP dan sejumlah kolaborasi. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Polygram Records pada tahun 1994 dan merakamkan EP sulung yang mengambil namanya sebagai judul album,[1][2] yang mengandungi 5 lagu termasuk "Cinta Abadi" yang dikeluarkan sebagai single pengenalan.[3] Album studio pertamanya, Aku dan Dia dikeluarkan pada April 1995.[4] Ia memuatkan single "Yang Terindah Hanya Sementara" yang berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 11 bagi kategori Balada, namun terkandas. Erra turut menyumbangkan lirik untuk lagu yang bertajuk sama.

Album ketiga dan terakhir Erra bersama Polygram, 2.5 Sayang dikeluarkan pada Oktober 1996. Single utamanya, "Pertemuan" yang mana liriknya ditulis sendiri oleh Erra bersama Ram Ghazali.[5][6] Beliau menyertai Sony Music dan muncul bersama album keempatnya yang juga album pertamanya bersama Sony, Kini (1999). Single pertama album ini, "Jendela Hati" dicalonkan bagi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-14 manakala single kedua, "Teman Bicara" berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 15, juga bagi kategori Balada, namun terkandas. Menerusi album ini, Erra menulis lirik untuk lagu "Kata Hati". Album keempat beliau, Sampai Bertemu dikeluarkan pada April 2002. Dua lagu telah dikeluarkan sebagai single, iaitu runut tajuk dan "Lepaskankah". Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Rio Febrian menerusi lagu "Nada Kasih".[7][8] Pada Januari 2004, beliau melancarkan album kelimanya, Kini Kembali dengan dua single yang dikeluarkan, iaitu "Hanya di Mata" dan sebuah lagu duet bersama bekas suaminya, Yusry Abdul Halim dari kumpulan KRU.[9][10][11]

Pada Jun 2006, album keenam dan terakhir Erra, Ya Atau Tidak dikeluarkan. Salah satu lagu dalam album ini, "Wang Kite Gale" dirakamkan dalam bahasa Bangkahulu.[12] Beliau melancarkan single "Menangkah Cinta" hasil nukilan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Ia menjadi rakaman rasmi pertamanya dalam tempoh 13 tahun selepas album terakhirnya, Ya Atau Tidak.[13] Beliau turut merakamkan lagu untuk runut bunyi: "Pasrah" dan "Soal Hati" untuk filem bertajuk sama lakonannya, "Ucapkanlah" duet bersama Yusry untuk filem Mr. Cinderella dan "Tangis Dalam Gerimis" untuk Cinta Kolestrol.

Isi kandungan
A · B · C · D · F · G · H · I · J · K · L · M · N · O · P · R · S · T · U · W · Y
Kunci
Lagu yang dikeluarkan sebagai single Menunjukkan lagu yang dikeluarkan sebagai single
# Menunjukkan lagu yang dikeluarkan sebagai single promosi
Menunjukkan lagu yang ditulis oleh Erra Fazira
* Menunjukkan lagu yang dirakamkan oleh Erra Fazira dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu
Lagu Komposer Penulis lirik Album Tahun Ruj.
"Adakah" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Apa Yang Terjadi" Azlan Abu Hassan Mohariz Yaakup Kini Kembali 2004 [15]
"Aku dan Dia" Firdaus Erra Fazira ‡ Aku dan Dia 1995 [16]
"Bara Cinta" Johari Teh Johari Teh 2.5 Sayang 1996 [17]
"Bebaskan Dirimu" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Nicky Ooi Juwie Erra Fazira 1994 [18]
"Bermula Dengan Mimpi" Audi Mok Shah Shamshiri Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Bermula Detik Ini" Ross Ariffin Habsah Hassan Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Berteman Sepi" Adnan Abu Hassan Amran Omar Kini 1999 [20]
"Biarpun Sekilas Memandangmu" Riza Juwie 2.5 Sayang 1996 [17]
"Bicara Berakhir Disini" Asheq Habsah Hassan Kini 1999 [20]
"Cantik" Richard Lane Richard Lane Erra Fazira 1994 [18]
"Cemburu" Razman Azam Dungun Aku dan Dia 1995 [16]
"Ceritera Cinta" Razman Habsah Hassan 2.5 Sayang 1996 [17]
"Cinta Abadi" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Razman Habsah Hassan Erra Fazira 1994 [18]
"Cinta Dusta" Eddie Kuyup Nurnisha 2.5 Sayang 1996 [17]
"Citra Cinta" Ajai Abie Abdullah Kini Kembali 2004 [15]
"Cita Cinta Ku" Azmeer Azmeer Kini Kembali 2004 [15]
"Demi Cinta Kita" Ali Nusantara Ali Nusantara Aku dan Dia 1995 [16]
"Di Jendela Separuh Terbuka" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Fahamilah" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Gemilang" Johari Teh Johari Teh 2.5 Sayang 1996 [17]
"Hadirmu" OST Soal Hati 2000 [21]
"Hadirnya" Johan Farid Khairuddin, Omar K Azlan Abu Hassan Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Hanya Bagimu" Zam Ram Ghazali Aku dan Dia 1995 [16]
"Hanya di Mata"[a] Lagu yang dikeluarkan sebagai single Azlan Abu Hassan Ucu Kini Kembali 2004 [15]
"Harapan Hanya Impian" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Adnan Abu Hassan Habsah Hassan Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Harapan Tanpa Suara"[b] #
Erra Fazira merupakan sebahagian daripada "Kempen Kami Prihatin"
S. Atan Habsah Hassan Keluaran single promosi 2010 [22]
"Impi Kita" Cat Farish Cat Farish Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Ingin Tahu" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Kini Kembali 2004 [15]
"Janji Kita" Fauzi Marzuki Habsah Hassan Sampai Bertemu 2002 [14]
"Jendela Hati"[c] Lagu yang dikeluarkan sebagai single Fauzi Marzuki Habsah Hassan Kini 1999 [20]
"Jika Kau Tiada"
Duet bersama Yusry Abdul Halim Lagu yang dikeluarkan sebagai single
Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Kini Kembali 2004 [15]
"Kata Hati" Razman Erra Fazira ‡ Kini 1999 [20]
"Katakanlah" Touch Najah Aku dan Dia 1995 [16]
"Kekasih Misteri" Audi Mok Shah Shamshiri Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Kembalilah" Azlan Abu Hassan Ireani Yaacob Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Kerana" OST Soal Hati 2000 [21]
"Kerna Menyayangimu" Kudin Lukhman S Aku dan Dia 1995 [16]
"Khabar Gembira" Firdaus Amran Omar 2.5 Sayang 1996 [17]
"Kita Yang Sederhana" Ajai Darwish Kini 1999 [20]
"Kompromi" Sharon Paul Sharon Paul Kini Kembali 2004 [15]
"Lepaskanku" KRU KRU Sampai Bertemu 2002 [14]
"Maafkanlah" Low Hang Kok Ewe Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Menangkah Cinta" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Hafiz Hamidun Hafiz Hamidun Bukan album single 2019 [24]
"Menentang Kasih" Zul Juwie Aku dan Dia 1995 [16]
"Mengapa Kau Harus Membenciku?" Razman Juwie Aku dan Dia 1995 [16]
"Menyambut Cinta" Ajai Roslen Fadzil Kini Kembali 2004 [15]
"Mulia"[d] Iman Wan Darwish Warna Warni Aidilfitri 1998 [25][26]
"Nada Kasih"
Duet bersama Rio Febrian
Dorie Kalmas Dorie Kalmas Sampai Bertemu 2002 [14]
"Oh... La... La... Indahnya!" Pacai Pacai Kini 1999 [20]
"Pasrah"[e] Lagu yang dikeluarkan sebagai single Saari Amri Yusof Kelana Kini 1999 [20]
"Pelita" Mac Chew Johan Nawawi Kini 1999 [20]
"Pengemis Muda" Surya Boots Waizek Ismail Kini Kembali 2004 [15]
"Penyesalan" Razman Habsah Hassan 2.5 Sayang 1996 [17]
"Pertemuan" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Adyl Erra Fazira[f] 2.5 Sayang 1996 [17]
"Pertemuan Tidak Dirancang" Ajai CK Ismail Kini 1999 [20]
"Perpisahan Hanya Waktu" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Pesatria" Richard Lane Lukhman S Erra Fazira 1994 [18]
"Pijama Ungu Bangku Biru" Nan Kurnia 2.5 Sayang 1996 [17]
"Racun" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Resah" Touch Najah Aku dan Dia 1995 [16]
"Rindu Mengambang" Aidit Alfian Amran Omar Kini 1999 [20]
"Romeo" OST Soal Hati 2000 [21]
"Sampai Bertemu" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Adnan Abu Hassan Amran Omar Sampai Bertemu 2002 [14]
"Sandarkan" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Dick Lee Amran Omar Koleksi Istimewa Buatmu 2001 [26]
"Sekejap Pun... Jadilah" Richard Lane Lukhman S Erra Fazira 1994 [18]
"Seluas Angkasa" Sampai Bertemu 2002 [14]
"Semarak Kedamaian"[g] #
Duet bersama Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Yusry KRU, Fazley, dan Ezlynn
Hafiz Khamis Hafiz Khamis Keluaran single promosi 2003 [27]
"Suluhkan Sinar"[h] #
Erra Fazira merupakan sebahagian daripada Artis Bersatu
KRU KRU Keluaran single promosi 2005 [28]
"SMS Saja" Pacai Pacai Kini Kembali 2004 [15]
"Soal Hati" Lagu yang dikeluarkan sebagai single OST Soal Hati 2000 [21]
"Tak Tentu Arah" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Kini Kembali 2004 [15]
"Teman Bicara" Fauzi Marzuki Habsah Hassan Kini 1999 [20]
"Terpaksaku Melangkah" Saari Amri Azam Dungun 2.5 Sayang 1996 [17]
"Terserah Padamu" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Koleksi Istimewa Buatmu 2001 [26]
"Ucapkanlah" Lagu yang dikeluarkan sebagai single
Duet bersama Yusry Abdul Halim
OST Mr. Cinderella 2002 [29]
"Wang Kite Gale"[i] * Nai Kong Erra Fazira ‡ Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Ya Atau Tidak" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Ya Atau Tidak 2006 [19]
"Yang Terindah Hanya Sementara" Lagu yang dikeluarkan sebagai single Riza Habsah Hassan Aku dan Dia 1995 [16]
  1. ^ "Hanya di Mata" turut terdapat dalam versi minus one.
  2. ^ "Harapan Tanpa Suara" ialah lagu tema promosi untuk menghentikan penderaan kanak-kanak oleh Utusan Malaysia. Artis yang terlibat ialah Adibah Noor, Aishah, Aizat Amdan, Alyah, Amy Mastura, Anuar Zain, Anita Sarawak, Siti Nurhaliza, Lah Ahmad, Mawi, Maya Karin, Misha Omar, dan lain-lain.[22][23]
  3. ^ "Jendela Hati" turut dirakamkan dalam versi adunan semula dengan tempoh masanya selama 4 minit.
  4. ^ "Mulia" dimuatkan dalam album khas Hari Raya, Warna Warni Aidilfitri terbitan Sony Music. Ia kemudian dimuatkan dalam album kompilasi Koleksi Istimewa Buatmu.
  5. ^ "Pasrah" dikeluarkan sebagai trek bonus untuk album Kini dan sebagai lagu tema untuk filem 2000 bertajuk sama.
  6. ^ Beliau turut menulis lirik bersama Ram Ghazali.
  7. ^ "Semarak Kedamaian" merupakan lagu tema bagi kempen Aman Malaysia yang menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang mempertahankan keamanan. Artis yang terlibat ialah Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Yusry KRU, Fazley dan Ezlynn.[27]
  8. ^ "Suluhkan Sinar" merupakan lagu tema bagi solidariti terhadap mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004. Artis yang terlibat ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, AC Mizal, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, Anita Sarawak dan ramai lagi.[28]
  9. ^ Lagu pertama ciptaan Erra yang ditulis dalam dialek Bangkahulu. "Wang Kite Gale" bermaksud Orang Kita Semua.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Album tentukan nasib Erra". Berita Harian. 22 Februari 1994. Dicapai pada 7 April 2020.
  2. ^ Marina Abdul Ghani (5 Februari 1994). "Small dose of Erra". The Malay Mail. Dicapai pada 7 April 2020.
  3. ^ Zulkifli Ali (24 Julai 1994). "Cinta Abadi sesuai dengan suara Erra Fazira". Berita Minggu. Dicapai pada 7 April 2020.
  4. ^ Hartati Hassan Basri (21 Mac 1995). "Album kedua Erra April ini". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2020.
  5. ^ Zurina Waji (22 September 1996). "Erra promosi album". Metro Ahad. Dicapai pada 8 April 2020.
  6. ^ Zurina Waji (28 September 1996). "Album Erra unik". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  7. ^ "'Sampai Bertemu' buat peminat dari Erra Fazira". Utusan Malaysia. 11 April 2002. Dicapai pada 9 April 2018.
  8. ^ Abie Abdullah (10 April 2002). "Usaha Erra berbaloi". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2020.
  9. ^ "(Kini Kembali menterjemahkan makna...)". Berita Harian. 19 Februari 2004. Dicapai pada 9 April 2020.
  10. ^ Zul Husni Abdul Hamid (17 Februari 2004). "Erra Fazira matang dalam Kini Kembali". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
  11. ^ Meor Shariman (16 Mac 2004). "The diva returns". The Malay Mail. Dicapai pada 9 April 2020.
  12. ^ Erra Fazira luahkan perasaan dalam lagu Diarkibkan 2018-07-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 30 Mei 2006. Dicapai pada 22 Julai 2010.
  13. ^ Asyraf Roslan (28 September 2019). "Ubati rindu peminat, Erra Fazira hadir dengan 'Menangkah Cinta'". Astro Awani. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  14. ^ a b c d e f g h i j Sampai Bertemu (catatan media). Erra Fazira. Sony Music. 2002. 507867 2.CS1 maint: others (link)
  15. ^ a b c d e f g h i j k Kini Kembali (catatan media). Erra Fazira. Sony Music. 2004. 513969 2.CS1 maint: others (link)
  16. ^ a b c d e f g h i j Aku dan Dia (catatan media). Erra Fazira. Polygram Records. 1995. 5284834.CS1 maint: others (link)
  17. ^ a b c d e f g h i j 2.5 Sayang (catatan media). Erra Fazira. Polygram Records. 1996. 534293-2.CS1 maint: others (link)
  18. ^ a b c d e Erra Fazira (catatan media). Erra Fazira. Polygram Records. 1994.CS1 maint: others (link)
  19. ^ a b c d e f g h i j Ya Atau Tidak (Catatan media). Erra Fazira. Sony BMG Music Entertainment. 2006. 82876873002.CS1 maint: others (link)
  20. ^ a b c d e f g h i j k Kini (catatan media). Erra Fazira. Sony Music. 1999. 495478 2.CS1 maint: others (link)
  21. ^ a b c d Soal Hati: Original Soundtrack (Catatan media). Pelbagai artis. Serangkai Holdings dan Sony Music. 2000.CS1 maint: others (link)
  22. ^ a b Saharudin Musthafa (6 April 2010). Mereka prihatin, anda bagaimana Diarkibkan 2018-01-04 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diakses pada 14 Ogos 2016.
  23. ^ Warga mStar (14 April 2010). 'Harapan Tanpa Suara' Sarat Mesej Kemanusiaan Diarkibkan 2018-01-04 di Wayback Machine mStar Diakses pada 14 Ogos 2016.
  24. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (3 Mac 2019). "Erra Fazira guna khidmat Hafiz Hamidun dalam 'Menangkah Cinta?'". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  25. ^ Warna Warni Aidilfitri (catatan media). Pelbagai artis. Sony Music. 1998.CS1 maint: others (link)
  26. ^ a b c Koleksi Istimewa Buatmu (catatan media). Erra Fazira. Sony Music. 2001.CS1 maint: others (link)
  27. ^ a b Utusan Malaysia Staff (19 February 2003). "Semarak Kedamaian lagu tema Aman Malaysia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-28. Dicapai pada 2016-08-14.
  28. ^ a b "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  29. ^ Ellyna Ali (25 Ogos 2002). "Erra & Yusry berdebar". Berita Minggu. Dicapai pada 9 April 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]