Semenanjung Emas
Semenanjung Emas (Jawi: سمننجوڠ امس; bahasa Yunani Purba: Χρυσῆ Χερσόνησος, Chrysḗ Chersónēsos; bahasa Latin: Chersonesus Aurea) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh ilmuan Yunani Purba. Semasa zaman Rom kuno, semenanjung (Chersonesos) ini ialah sumber utama emas, oleh itu gelaran Semenanjung Emas diberikan untuk merujuk semenanjung ini (kini Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand).
Taburan emas semasa
[sunting | sunting sumber]Mengikut pengetahuan hari ini, taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di di sempadan Kelantan–Thailand, menuju ke selatan melalui Sokor dan Pulai di Kelantan, Lipis dan Raub di Pahang, Chenderas dan Batu Bersawah di Negeri Sembilan dan berakhir di Gunung Ledang di Johor. Di sebelah barat Jalur Tengah juga terdapat satu jalur emas yang dikenali sebagai Jalur Barat, yang bermula dari sempadan Perak–Thailand dan menganjur ke selatan sehingga ke Tampin di sempadan Negeri Sembilan–Melaka, melalui sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.[1][2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khersonese Emas: Geologi Emas Semenanjung Malaysia Penerbit UKM. 2007.
- ^ Indahnya senja di Kuala Terengganu Utusan Malaysia Online - Timur. 18 Jan 2010.