Sekolah Berasrama Penuh
![]() |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/79/LogoSBP.png/220px-LogoSBP.png)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah berasrama yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti. Perkembangan SBP mula diberi penekanan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975-1980).[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[2]
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”[3]. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, sempena nama Raja Permaisuri Agong yang pertama.[4]
Pada September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah mencadangkan penubuhan enam buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu, Sekolah Dato’ Abdul Razak (1956), Sekolah Tun Fatimah (1956), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1957), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (1963), Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah, 1963) dan Sekolah Seri Puteri (1968).
Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah di Klang, Selangor[5]. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang.[6] Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).
Antara tahun 1973 hingga 1975, 10 buah SBP yang lain telah dibina menerusi Rancangan Malaysia Kedua. Penubuhan ini bertujuan untuk memberi peluang pendidikan sains kepada pelajar dari kawasan luar bandar.[7][8]
Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai 72 buah SBP: 11 buah SBP Premier, 46 buah Sekolah Menengah Sains (SMS), 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Enam buah SBP merupakan sekolah lelaki dan enam buah SBP yang lain merupakan sekolah perempuan.
Jenis Sekolah Berasrama Penuh
[sunting | sunting sumber]SBP Premier
[sunting | sunting sumber]SBP Premier terdiri daripada beberapa buah sekolah berasrama penuh yang terawal ditubuhkan dan kebanyakannya diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Sehingga kini terdapat 11 buah sekolah yang tergolong dalam SBP Premier.
Sekolah Menengah Sains (SMS)
[sunting | sunting sumber]Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada pemimpin negara. Oleh itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”[9]
Sebanyak 10 buah Sekolah Menengah Sains yang terawal telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua. Sehingga kini, terdapat 46 buah Sekolah Menengah Sains yang telah dibina di serata negara. SESS menjadi Sekolah Menengah Sains yang paling baharu dibuka iaitu pada tahun 2024.
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
[sunting | sunting sumber]Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982. Sehingga kini terdapat tiga buah SMAP di serata negara iaitu di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
[sunting | sunting sumber]Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. Sehingga kini terdapat 12 buah SBPI di seluruh negara.
Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014, SMAP Bentong menjadi SBP pertama yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Bagi SBP tersebut, para pelajar perlu menamatkan hafazan Al-Quran dalam tempoh lima tahun persekolahan. Sehingga kini terdapat empat SBP yang telah melaksanakan program ini termasuklah SBPI Batu Rakit, SBPI Rawang, SMAP Bentong dan SBPI Selandar.[10]
Tradisi SBP
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa tradisi dan kejohanan SBP yang berprestij. Tradisi dan kejohanan berikut ialah:
- Hari Kecemerlangan SBP, HKSBP
- Bahas Piala Perdana Menteri
- Pertandingan SBP Wind Orchestra
- Kejohanan Ragbi SBP 7 sebelah
- Kejohanan Ragbi SBP 10 Sebelah
- Nadwah Kepimpinan Islam, NKI
- Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO)
- Fully Residential Schools' International Symposium (FRSIS) antarabangsa [11]
- Pertandingan Gamelan dan Caklempong
Falsafah SBP
[sunting | sunting sumber]Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
Matlamat SBP
[sunting | sunting sumber]- Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
- Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
Senarai SBP
[sunting | sunting sumber]Bil | Sekolah Berasrama Penuh | Jenis | Singkatan | Zon | Tahun ditubuhkan | Moto | Laman web rasmi sekolah |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
SBP Premier | MCKK | Utara | 1905 | Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) | [1] |
2 | ![]() |
SBP Premier | TKC | Selatan | 1947 | Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan | [2] |
3 | ![]() |
SBP Premier | KISAS | Tengah | 1955 | Bersama Merangkul Keunggulan | [[3]] |
4 | ![]() |
SBP Premier | SDAR | Selatan | 1956 | Berilmu untuk Berjasa | [4] |
5 | ![]() |
SBP Premier | STF | Selatan | 1956 | Berusaha Tangga Kejayaan | [5] |
6 | ![]() |
SBP Premier | STAR | Utara | 1957 | Ilmu Panduan Hidup | [6] |
7 | ![]() |
SBP Premier | JENAN | Utara | 1963 | Belajar dan Berbakti | [7] |
8 | ![]() |
SBP Premier | SAS | Tengah | 1963 | Chita, Usaha, Jaya | [8] |
9 | ![]() |
SBP Premier | SSP | Tengah | 1968 | Ilmu, Usaha, Jaya | [9] |
10 | ![]() |
SMS | SMSJ | Selatan | 1973 | Budi, Karya, Bakti, Ikhlas | [10] |
11 | ![]() |
SMS | MOZAC | Selatan | 1973 | Bersikap Membina | [11] |
12 | ![]() |
SMS | SMSS | Tengah | 1973 | Budi, Usaha, Bakti | [12] |
13 | SMS | SEMSAS | Timur | 1973 | Hidup Berjasa | [13] | |
14 | ![]() |
SBP Premier | SESMA | Timur | 1973 | Disiplin, Kualiti, Dedikasi | [14] |
15 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | SMS | SEMOJI | Utara | 1973 | Berilmu dan Berbudi | [15] |
16 | ![]() |
SBP Premier | FARIS | Timur | 1973 | Sains Asas Kemajuan | [16] |
17 | ![]() |
SMS | STJ | Selatan | 1973 | Maju Sempurna | [17] |
18 | ![]() |
SMS | SYED PUTRA | Utara | 1973 | Tekun, Usaha, Jaya | |
19 | ![]() |
SMS | TUN SYED | Utara | 1973 | Ilmu Asas Kemajuan | [18] |
20 | ![]() |
SMAP | SMAPL | Selatan | 1982 | Ilmu, Iman, Amal | [19] |
21 | Sekolah Menengah Sains Dungun | SMS | SMSD | Timur | 1982 | Berilmu, Berdisiplin, Berbakti | [20] |
22 | ![]() |
SMS | SERATAS | Utara | 1982 | Berdisiplin, Berilmu, Berbakti | [21] |
23 | ![]() |
SMS | SEMESTA | Timur | 1983 | Ilmu, Amal, Budi | [22] |
24 | ![]() |
SMS | SMACH | Timur | 1983 | Berilmu, Berusaha, Berbakti | [23] |
25 | Sekolah Menengah Sains Muar | SMS | SAMURA | Selatan | 1983 | Berilmu, Berbakti | [24] |
26 | ![]() |
SMS | SMESH | SQL | 1984 | Teguh, Setia, Budi | [25] |
27 | ![]() |
SMS | SEMESTI | Utara | 1984 | Ilmu Teras Hidup | [26] |
28 | ![]() |
SMS | SMEXCEL | SQL | 1985 | Usaha, Jaya, Bakti | [27] |
29 | SMS | SHIELD | SQL | 1988 | Berilmu, Bersatu, Terus Maju | [28] | |
30 | ![]() |
SMAP | SMAPK | Tengah | 1989 | Ilmu, Iman, Amal | [29] |
31 | ![]() |
SMS | SHAH Pekan | Timur | 1989 | Ilmu, Amal, Budi | [30] |
32 | ![]() |
SMS | SAINSRI | SQL | 1990 | Berusaha, Berilmu, Beramal | [31] |
33 | ![]() |
SMS | SAINSKU | SQL | 1994 | Berilmu, Berwawasan | [32] |
34 | ![]() |
SMS | SAINA | Utara | 1995 | Berilmu, Beramal, Bertaqwa | [33] |
35 | SMS | SAKTI | Selatan | 1996 | Ilmu, Bakti, Kualiti | [34] | |
36 | Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor | SMS | KUSESS | Tengah | 1996 | Berilmu, Beramal, Berbakti | [35] |
37 | ![]() |
SMS | SCIPP | Timur | 1998 | Ilmu, Amal, Gemilang | [36] |
38 | ![]() |
SMS | SESTER | Timur | 2000 | Menjana Kecemerlangan Jati Diri | |
39 | ![]() |
SMS | SEMASHUR | Tengah | 2000 | Usaha, Amal, Bakti | [37] |
40 | ![]() |
SBPI | INTEJ | Selatan | 2002 | Ilmu Memantapkan Iman | [38] |
41 | ![]() |
SBPI | SEPINTAR | Tengah | 2002 | Sumber Penjana Muslim Bestari | [39] |
42 | SBPI | INTESABER | Tengah | 2002 | Ilmu, Iman, Istiqamah | [40] | |
43 | ![]() |
SBPI | INSOFT | Timur | 2002 | Ilmu, Iman, Amal | [41] |
44 | ![]() |
SMS | SASER | Selatan | 2002 | Berilmu, Beriman, Berbakti | [42] |
45 | ![]() |
SBPI | INSTAR | Timur | 2003 | Beyond Success | [43] |
46 | ![]() |
SBPI | SISME | Selatan | 2003 | Cemerlang, Berwawasan | [44] |
47 | SBPI | BRAINS | Timur | 2003 | Berilmu, Berakhlak, Berkualiti | [45] | |
48 | ![]() |
SBPI | INTEGOMB | Tengah | 2003 | Benar, Tepat, Efektif | [46] |
49 | ![]() |
SBPI | I-GOP | Utara | 2003 | Ilmu, Amal, Iman | [47] |
50 | ![]() |
SBPI | INTEK | Timur | 2003 | Membentuk Generasi Pemimpin | [48] |
51 | ![]() |
SMS | ASIS | Tengah | 2003 | Kreatif, Inovatif, Produktif | [49] |
52 | ![]() |
SMS | SESERI | Tengah | 2003 | Proaktif, Inovatif, Efektif | [50] |
53 | ![]() |
SMS | ISKANDAR | Selatan | 2003 | Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif | [51] |
54 | ![]() |
SBPI | I-KUPS | Utara | 2004 | Cemerlang, Gemilang, Terbilang | [52] |
55 | ![]() |
SMS | SABDA | Utara | 2009 | Unggul Terbilang | [53] |
56 | ![]() |
SMS | SAKBA | Utara | 2009 | Kualiti Pemangkin Kecemerlangan | [54] |
57 | SMS | KUPSIS | Utara | 2009 | Sukses, Kreatif, Produktif | [55] | |
58 | ![]() |
SMS | SEMESRA | Selatan | 2009 | Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang | [56] |
59 | ![]() |
SMS | SESTA | Utara | 2010 | Berilmu, Bertakwa | [57] |
60 | ![]() |
SMS | SAHUT | Timur | 2011 | Menjana Kecemerlangan Jati Diri | |
61 | ![]() |
SMS | SASEM | Selatan | 2011 | Ihsan, Ilmu, Khalifah | [58] |
62 | Sekolah Menengah Sains Setiu | SMS | SAIS | Timur | 2011 | Ilmu, Sahsiah, Gemilang | [59] |
63 | SMS | BASiS | Tengah | 2012 | Berilmu, Beramal, Berbakti | [60][61] | |
64 | ![]() |
SMS | SEHEBAT | Selatan | 2012 | Integriti, Kredibiliti, Inovatif | [62] |
65 | SMAP | SUPERB | Timur | 2013 | Melangkaui Kecemerlangan | [63] | |
66 | SMS | JeSS | Timur | 2013 | Ilmu, Amal, Taqwa | [64] | |
67 | ![]() |
SMS | SAKURA | SQL | 2013 | Ilmu, Integriti, Iltizam | |
68 | SMS | SGS | Selatan | 2014 | Modal Insan Aspirasi Negara | [65] | |
69 | ![]() |
SMS | GUAMSS | Timur | 2015 | Ilmu, Budi, Kebijaksanaan | |
70 | Akademi Sains Pendang | SMS | PENDETA | Utara | 2021 | Nurturing Leaders in Humanising Technology | |
71 | Sekolah Menengah Sains Alor Gajah | SMS | SAGA | Selatan | 2023 | Beriman, Berilmu, Berjasa | |
72 | Sekolah Menengah Sains Segamat | SMS | SESS | Selatan | 2024 | Holistik, Inovatif, Progresif |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "KPM - Sekolah Berasrama Penuh". www.moe.gov.my. Dicapai pada 2023-09-28.
- ^ "Sejarah SBP". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 3 Disember 2021.
- ^ "Seabad merakam sejarah". Utusan Malaysia. 16 February 2013. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ "History". Tunku Kurshiah College (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-03.
- ^ Moris, Zailan (2010). 50 Years of Higher Education Development in Malaysia, 1957-2007. National Higher Education Research Institute. m/s. 27. Dicapai pada 14 November 2024.
- ^ Pacific Scientific Information No.2 Scientific Facilities and Information Services of the Federation of Malaya and State of Singapore (dalam bahasa English). 2. Universiti Chicago: National Science Foundation. 1961. m/s. 16.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH SAINS KHAS MOHAMMAD RAHMAT". Bernama (dalam bahasa Malay). 1972-02-21. Dicapai pada 2024-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2), 1971-1975 [Second Malaysia Plan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. m/s. 237.
- ^ Kerajaan Malaysia, p. 237.
- ^ Abdullah, Nor Azam (2022-01-01). Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam talian guru mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah-sekolah berasrama penuh TMUA / Nor Azam Abdullah (Tesis) (dalam bahasa Malay). Universiti Teknologi MARA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "324 pelajar SBP sertai simposium antarabangsa". Berita Harian. 2019-06-13. Dicapai pada 2025-01-24.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Maktab Rendah Sains MARA
- Sekolah Berprestasi Tinggi
- Sekolah Kluster Kecemerlangan
- Sekolah Menengah Teknik
- Sekolah Sukan Malaysia
- Senarai sekolah menengah di Malaysia